Followers

Friday, 9 January 2015

Sweet Sour 2014

Hi & Assalammualaikum..

Meh nak share sweet sour tahun 2014..
Awal-awal tahun 2014 memang busy dengan preparation kahwin..
Kepala otak memang dah tepu..
Kalau di ingat2 kan balik, memang buat kerja giler..
Sebab semua benda nak diy sendiri, semua benda nak buat sendiri..
B2B DIY & B2B budget cam gitu leee.. Hehehe..
Tapi sekarang dah rindu nak buat preparation2 tu semua..
Bila tengok musim2 sekarang ni baju nikah cantik2, pelamin2 letop2, henna cantik2, doorgift best2..
Memang rindu nak lalui dan rasa jadi raja sehari tu.. :)

22-23 Feb 2014, Bridal Shower



Tengah sibuk2 buat preparation kahwin tu, sempat lagi plan 3 orang dengan Sarah & Nadia buat bridal shower..
Tido 2 hari 1 malam kat hotel..
Hias bilik dengan ballon2, lepas tu masak, lepastu masing2 sakit perut..
Sebab makan lambat.. Sebab nya tak habis2 bergambar sakan dalam bilik masa tu.. Hahaha..

4 April 2014, Fruit Son Muhammad Izz Rizqi Bin Mohd Nizam


Tengah sibuk2 buat wedding preparation tu, di meriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga baru..
Muhammad Izz Rizqi anak adik sy..
Kira cucu pertama mak la ni..
Masa ika share gambar Izz ni, Ya Allah sebiji muka Adib (adik lelaki saya)..
Time Izz lahir ni, sy tengah kursus time tu..
Memang tak dapat tunggu Ika bersalin kat hospital..

18 April 2014, Bachelorette Party Elle Ninos


Kepala tengah serabut bercelaru pikir hal2 kahwin, kena suprise lagi dengan bridesmaids sy..
Tah bila diaorang plan, tah bila diaorang set up kat tempat tu semua pon tak tahu..
Diaorang semua cantik molek je dengan baju hitam kuning..
Sy pakai baju jersey je?? Kata kena suprise memang tak tahu apa2 pon.. Huhuhu..
Tapi memang serius memang dah naik hantu time tu sebab dah lambat nak jumpa diaorang semua..
Eshat boleh lagi berjuta kali pusing2 dia mencarik tempat konon nya nak jumpa member dia kejap..
Padahal mencarik tempat suprise ni tak jumpa2.. Hahaha..

2 May 2014, Alfatihah Hjh Derama Dalin (15.4.1933 - 2.5.2014)


Sehari sebelum sy di ijab kabul kan, pergi nya nenekanda tersayang..
Memang di luar jangkaan..
Terasa dunia sy kosong time tu..
Nak ke taknak, majlis kena teruskan jugak..
Walaupon tanpa andung.. :(

Sampai ke hari ni, ayat "dapat ke tak andung tengok ina kahwin" memang terngiang2 kat telinga ni..
Allah lebih sayangkan Andung..
Ina redha andung pergi..
Aman lah Andung kat sana..
Alfatihah~

3 May 2014 (Nikah), 4 May 2014 (Sanding), 10 May 2014 (Tandang)


Alhamdullilah dengan 2 kali lafaz, sah kitaorang jadi suami isteri..
Siapa sangka kawan sendiri boleh jadi suami..
Tu la orang tua2 cakap.. Jangan cakap taknak, nanti yang tu jugak kita dapat.. Hihihi..
Tiap kali sy tukar no telefon, tiap kali tu tak pernah pon hilang contact dengan Eshat..
Rupa nya sejak dari sekolah menengah lagi jodoh memang dah ada depan mata..
Sy ni je memilih sangat!
Tapi sekarang dah jadi suami isteri pon..
Happyyyyyyyyyy!! :)



Ingat lagi ayat sy pm kat FB dengan eshat "walau aku kahwin dengan siapa pon, ko kena datang tau beb"...
Haaa sekarang memang kena ada dia sekali time sy kahwin..
Kalau tak, camne nak kahwin???? Hihihi..
Jodoh tu kan rahsia Allah.. :)

3 June 2014, Alfatihah Muhammad Izz Rizqi Bin Mohd Nizam
(4.4.2014 - 3.6.2014)


Dalam seronok mood pengantin baru, sebulan selepas sy nikah keluarga sy di uji..
Pergi nya anak buah Muhammad Izz Rizzqi tercinta menghadap ilahi..
2 bulan arwah Izz dengan kami sekeluarga cukup membahagiakan..

Arwah Izz di sahkan menghidap jatuh berlubang dan ada komplikasi lain..
Time tu sehari selepas majlis sebelah sy.. Adik sy bawak arwah izz ke hospital..
Dari situ mula la cerita-cerita akhir hidup Arwah Izz..
Arwah Izz kena operate secepat yang mungkin..
Dalam masa beberapa hari kena carik sejumlah duit yang banyak..
Alhamdullilah sy ada kawan-kawan, keluarga yang sama2 membantu mencari dana pembedahan arwah Izz..
Masa tu sumbangan datang dari pelbagai pihak..
Tapi takdir Allah siapa boleh halang..
Arwah Izz pergi tinggalkan ibu ayah dia & keluarga semua..
Izz tunggu Ibu Ayah di pintu syurga ye nak..

Terima kasih banyak2 sesiapa yang membantu arwah Izz..
Hanya tuhan dapat membalas jasa baik semua..



First time beraya jauh dari family..
Macam2 rasa sedih hiba pilu..
Dalam masa yang sama happy!
Sebab kali pertama sambut syawal dengan suami & keluarga baru..
First time kena bangun pagi2 basuh daging.. Hahaha..
Kalau kat rumah mak pagi2 raya buat kerja biasa2 je.. Macam buat air, isi kuih raya..
Haaa balik kampung eshat, lepas subuh bersilat kat dapur.. Kihkih..

Sy sorang je menangis beriya-iya salam pagi raya tu..
Sedara mara eshat yang lain-lain, rileks je gelak2 salam raya..
Apa yang sy sedih sangat pon tak tau.. Hahaha..

Aug 2014, Loan Rumah Tak Lulus


Baru sy tahu proses beli rumah bukan senang..
Macam2 benda kena buat..
Macam2 benda kena tahu dari A sampai Z..
Baru tahu kena kejar pemaju macam mana..
Baru tahu kena kejar bank macam mana..
Sikit banyak dapat bagi pengalaman untuk kitaorang dalam proses beli rumah ni..

Tapi takde rezeki lagi kitaorang laki bini dapat beli rumah sendiri..
InsyaAllah tahun ni usaha lagi beli rumah..
Rumah makin lama makin mahallllll..
Takot tengok harga ratusan ribuuuuu!!

Mula2 tu frust sangat-sangat bila loan tak lulus..
Rasa tak boleh tunggu tahun 2015 nak proses beli rumah semula..
Tapi lama2 bila sy pikir dalam2, mungkin ada hikmah tuhan tak bagi rezeki beli rumah lagi..
Mungkin tuhan bagi rezeki lain dulu ke kan..
Harap2 ada rezeki kitaorang lepas ni.. Amin..

25 August 2014, Pregnant


Alhamdullilah selepas 2bulan kahwin sy pregnant! :)
Rasa macam mimpi pon ada..
Selalu dengar news kawan-kawan yang baru kahwin pregnant..
Kali ni sy rasa sendiri teruja nye macam mana bila dapat tau diri sendiri mengandung..
Memang tak tau nak cakap macam mana.. Speechless!
Lepas sy pregnant, banyak sy dapat news kawan-kawan sy pregnant pulak.. Happy!
Irinajunior is coming auntie & uncle.. Hihihi.. :p
Doakan baby & sy baik-baik je..



Tengah mabuk2 kepayang pon nak jugak jalan-jalan..
Masa pergi cameron ni, kandungan sy baru 5weeks..
Memang peringkat awal-awal lagi..
Mom in Law tak bagi sebenarnya kitaorang pergi cameron ni..
Sebab jalan nak naik cameron tau la macam mana..
Sampaikan sy duduk dalam kereta alas cushion.. Hihihi..
Masa kat cameron, kadang2 perut rasa sakit & tak selesa..
Alhamdullilah takde pape..
Selamat pergi dan selamat balik..

Entry cameron pon banyak tergendala..
Sebab nya bila tengok gambar2 cameron sy jadi mualllll!!  Hahahaha..
Tunggu la bila dah tak mual sy update entry cameron lagi..

27 Sept 2014, Birthday Outing


Berapa bulan terperap je kat rumah..
Rasa nak baring tido je..
Nak keluar malas, nak bersiap malas.. Boleh di katakan semua nya malas lah!
Weekend lepas date birthday, sy ajak eshat keluar jalan-jalan mall..
Pergi makan pizza, makan kek..
Dalam masa yang sy nak pergi redeem hadiah birthday kat sunway piramid..
Alhamdullilah bertahan keluar sampai petang..
Kalau tak berjalan sikit ajak eshat balik rumah sebab tak larat..

Start bulan sept dan ke atas, rasa macam diri tak terurus sangat-sangat..
Pergi kerja malas gosok baju..
Hari2 pakai jubah hitam je..
Selera makan takde, tapi mintak makan macam-macam..
Memang kesian tengok eshat time tu.. Y___Y

25 Dec 2014, Paksu Juara Pencetus Ummah Musim Ke-2


Paksu (pakcik eshat) menang Juara Pencetus Ummah Musim kedua..
Rezeki paksu menang malam tu.. Alhamdullilah..
Benda paling tak boleh lupa, masa pergi tengok live pencetus umah ni, sy hampir2 terjatuh atas court badminton! Fuhhh!!
Nasib baik takde pape..

Wedding Family Members & Cousin


1. Solemnization Reza & Aishah
2. Wedding Faiz & Husna
3. Wedding Sarah & Ijat
4. Engagement Umie Akmal
5. Solemnization Lean & Joe
6. Solemnization Nadia & Wan
7. Wedding Reza & Aishah
8. Wedding Farhan & Amirah


9. Wedding Afiq & Niss

And last tahun 2014 ni, ramai kawan-kawan & keluarga menamatkan zaman bujang..
Rasa nya umur2 macam kitaorang ni sekarang ni, memang dah patut kahwin! Hahaha..
Semoga perkahwinan kita semua bahagia hingga ke syurga.. Amin..

Tu je nak share sweet sour memorintorinaellisa.blogspot.com untuk tahun 2014..
Harap tahun 2015 ni memberi seribu makna kebahagian, kegembiraan, keberkatan dalam hidup sy..
InsyaAllah Amin..

Selamat tahun baru semua! :)

Love, Rina Ellisa

8 comments:

  1. rindu kat rina =) anyway nie mesti due date dekat2 dengan emma jugak kan ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa rindu kat ema jugak.. Lama dah tak borak2 kan.. Hhihihi.. Rina due april 2015 :)

      Delete
  2. Replies
    1. Tq Puan Awin.. InsyaAllah April 2015 :)

      Delete
  3. semoga tahun ni semuanya yang manis2 belaka. hehehe. akk doakan rina cpt2 dpt beli rumah. mmg rumah skng sgt2 mahal. rumah akk duk skng ni pn dah rm300k padahal kecik sgt rmhnya. hampir double naik harga. akk beli rm185k je. rina try cri area lanjut murah lg kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak rina.. Tu la kak.. rumah sekarang ni mahalll.. Tak tau la sempat beli ke takk.. SobssSobbss T__T

      Ok noted kak.. Tq utk info..

      Delete
  4. Dan again , kita terlepas entry ni ! Eeeee budak ni sabor jela aku. Update habes tunggang terbalik. T_T

    ReplyDelete