Followers

Tuesday, 24 February 2015

Engagement Carleena & Akhmal

Hi & Assalammualaikum..

21 Feb 2015 (Sat), USJ Height Subang

Hari sabtu lepas sangat padat, sampai ke malam attend wedding/engagement..
Balik dari kenduri rumah lin siang tu, balik rumah mak salak kejap bagi barang..
Lepas tu terus balik rumah sewa siap-siap nak pergi majlis tunang cousin eshat pulak belah malam..

Majlis start pukul 7malam..
Tapi pukul 830 macam tu baru kitaorang sampai..
Nasib baik waze bawak jalan betul..
Kitaorang sampai je majlis tak start lagi..
Rombongan pihak lelaki belum sampai..
Duduk kejap jumpa sedara mara eshat, tak lama tu rombongan pon sampai..


Welcome board..


Photobooth cantik & simple!
Tapi sayang sportlight cerah sangat..
Tak ramai boleh bergambar kat sini..
Termasuk la kitaorang.. SobsSobssSob..
Setting semua dah meletop!


Ada live update dari canopy kat luar rumah..
Dalam rumah dah penuh, kitaorang tengok live dari luar je..
Bincang dalam 15 minit, sarung cincin, lepas tu boleh makan dah..
Baby dah tendang2 sebab lapar.. Hihihi..




Kesian budak kenit ni kena buli dengan paksu dia.. Hihihi :p



Pelamin tunang yang sangat cantik!


Kak Carl and Akhmal's family..


Tengah tunggu turn nak bergambar dengan Kak Carl kat pelamin..
Kengkawan kak Carl je pon dah berduyun duyun nak bergambar.. Huhuhu..


Haaa dapat pon ambik..
Ni pon antie Roy (mummy kak Carl) panggil suruh ke pelamin cepat..


Eshat & sepupu dia Amirul..


Tadi bergambar ramai-ramai faten takde..
Ni baru ada faten sekali..


Senyap je budak kenit tu..


Sebelum balik bergambar dengan Antie Roy dulu..
InsyaAllah Kak Carl akan nikah 20 March, reception 21 March ni..
Baju eshat pon dah pergi hantar tailor tempah..
Baju sy hantar orter je.. Beli jubah yang dah siap..


And last gambar pose dari kak Carl..
Cantik sangat kak Carl malam tu..
Mohon kenan kat baby sikit cantik tu! :p

Love, Rina Ellisa

Monday, 23 February 2015

Reception Lean & Joe

Hi & Assalammualaikum..

21 Feb 2015 (Sat), Desa Salak Permai Sepang

Dari kampung sabtu tu terus pergi kenduri lin..
Tapi singgah kenduri aqiqah rumah kak Ana (officemates) dulu kat Taman Seroja..
Lepas tu baru pergi rumah lin..


Sampai je ambik gambar dengan lin & Joe dulu..
Lepas tu laju je pekena cendol..
Makan cendol panas-panas nikmat nyaaaaaa.. ^^


Haritu ada 2 pasang pengantin..
Kakak lin bersanding sekali..
Cuma lin je taknak bersanding..
Dia nak buat makan beradap je..


Lin nikah bulan 8 tahun lepas..
Sekarang dia dah pregnant 5bulan..
Kira kenduri bertiga la ni..
Nampak dah lin bumbum.. Heheheheeh ;p



Motif pegang baby bump bini masing-masing????
Memula si Joe la pegi pegang baby bump lin..
Sy pon nak la jugak..
Ok snap gambar lagi banyak-banyak..
Hahahaha..


Nak balik tu, otw ke kereta terserempak dengan Sarah..
Nasib baik jumpa.. Ni pon dah lama tak jumpa sarah..
Sarah makin comil sekarang!


Haaa ni doorgift lin..
Biskut gula tu sodap!

Lin, selesai dah semua nya..
Lepas ni buat preparation sambut baby pulak ye..
Selamat melayari rumah tangga dengan Joe hingga ke akhir hayat.. Amin Ya Rabb..

Love, Rina Ellisa

Sunday, 22 February 2015

Birthday Celebration & Bbq

Hi & Assalammualaikum..

20 Feb 2015 (Fri), Batu Kikir Kuala Pilah

Cuti public CNY haritu, family in law buat makan-makan bbq dan sambut birthday sekali..
Sesiapa free boleh la balik kampung berkumpul ramai-ramai..
Sy & eshat gerak balik kampung khamis malam..
Siang tu eshat kerja lagi..
Masing2 sibuk update dalam whatsapp jalan jem kat lekas, kat kuala pilah siang tu..
Sampai ke malam rupa nya jalan jem..
Kitaorang balik malam tu ikut jalan jelebu..
Langsung tak jem.. Jalan dalam kan, memang tak banyak kereta la..
Lagi-lagi malam.. Sunyi je jalan..

Sampai kampung dalam pukul 10malam macam tu..
Eshat terus ke dapur carik makanan..
Haaa ambik ayam masak gulai lemak cili padi sekawah diaorang masak siang tu..
Sy awal-awal dah berhenti makan dulu.. Lapoorrr!!!

Acara kemuncak hari jumaat lepas zohor..
Sebab sabtu ramai nak balik dah..
Ada nak kena attend kenduri dan macam-macam hal lagi..
Jumaat petang tu selesai makan-makan ada yang dah balik pon..

Pagi tu sibuk dah masing-masing ambik tugas perap ayam daging semua..
Dalam pukul 11lebih dah start membakar..


Ada ayam, kambing, udang, burung puyuh, hotdog, sotong..
Kambing kena bakar last sekali..
Sebab siap je bakar, laju je habisssss..


Kaum adam ambik turn membakar dulu sebelum sembahyang jumaat..
Diaorang semua dah ke masjid, kaum hawa pulak take turn..
Berpeluh peluh masing-masing membakar.. Hihihi..
Mak buyung tolong kipas-kipas halau lalat je.. :p

Diaorang habis je sembahyang jumaat, sesi bakar membakar pon selesai..
Masing-masing dah kelaparan..


Sebelum tu cabut dulu nombor bertuah..
Mana tau dapat menang tv ke, mesin basuh ke kannnnn.. Hihihi..
Takla.. Hadiah biasa-biasa je..
Cabutan bertuah ni my mom in law yang sponsor..
Saja suka-suka memeriahkan majlis..


Ucapan aluan dari KakNgah..
Semua dah get ready duduk nak makan..


Setel cabut nombor bertuah, kata-kata aluan, doa semua, potong cake pulak..
Ramai rupa nya family member yang birthday bulan dua..
Kakngah 10 Feb, Maklong & Maklang 11 Feb, Afiq (sepupu) 13 Feb tak silap..
Nenek, Husna (wife sepupu eshat), Dayana (sepupu) birthday, Pakcu bulan satu..
Yang eshat kat situ saje menyibuk nak bergambar..
Birthday dia lambat lagi..


Kek sponsor by Maklang..
Happy birthday you all!!!
Semoga selalu di bawah lindungan Allah SWT.. Amin Ya Rabb..





Start lah sesi makan-makan sampai ke petang..
Menu petang tu ada mee goreng, kfc, kuih muih..
Teringat-ingat pulak ayam bakar sedap haritu..



Sambil-sambil makan, cabut nombor cabutan bertuah..
Yang kelakar nya, lelaki yang cabut nombor, semua dapat hadiah kecik botol air avon..
Perempuan yang cabut nombor dapat beg avon.. Hahahaha..
Kebetulan pulak..
Saja have fun mom in law buat cabutan bertuah ni..



Petang tu lepas makan2, eshat dengan sepupu dia pergi mandi air terjun kat tengkek..
Tak ke jeles tengok gambar-gambar diaorang..
Jelesssssssss tak dapat ikottt!!! Y__Y
Dapat mandi air terjun sejuk-sejuk tu syiok nye..
Tapi apa kan daya, mak buyung tidak di benarkan sama sekali ikut..
Sebab jalan nak masuk ke air terjun tengkek ni gerun sikit..
Lagi pun kawasan tu keras sikit..
Takpela next time boleh pergi..

Sabtu pagi tu sy & eshat dah gerak balik..
Nak attend resepsi lin & joe..
InsyaAllah hujung tahun kita sambut birthday ramai-ramai lagi macam ni..

Love, Rina Ellisa

Thursday, 19 February 2015

Pregnancy Journey - Check Up 30 Weeks 1 Day

Hi & Assalammualaikum..

17 Feb 2015 (Tues), Klinik Kesihatan Salak

Sampai klinik 830am.. Sepatutnya appointment pukul 8am kena minum air gula..
Letak buku pink dalam bakul, tak lama tu dapat no giliran..
Dan lama sikit nombor naik, nurse cakap salah letak dalam bakul ni..
Kalau nak minum air gula kena letak tempat lain..

Kali ni kena ambik darah kat lengan..
Sebab kena minum air gula kali kedua check up kali ni..
Dan siap ambik darah, kena bagi sampel air kencing macam biasa..
Lepas tu baru minum air gula..


Ni la air gula yang jadi mimpi ngeri ibu-ibu mengandung.. Huhuhu..
Air gula ni hampir penuh.. Tapi sy dah minum 2 3 tengguk, baru teringat nak snap gambar..
Nasib baik rasa air gula ni sama masa first time sy minum haritu..
Dan nasib baik jugak tak muntah..
Pagi tu dah rasa mual-mual..
Ada akak tu dah habis minum, sekali keluar balik semua nya..
Kena buat appointment baru..

Setel minum air gula, tunggu no giliran naik untuk jumpa doctor..
Kali ni appointment jumpa doctor nak scan perut..
Masuk je bilik doctor, scan perut dulu..
Sy tanya la nak tengok gender..
Sampai ke sudah doctor tak bagitau gender baby.. -,-'
Doc tunjuk jantung baby..
Doc bagitau kepala baby dah kebawah, air ketuban semua nya ok..
Yang tak best doctor gov ni, sepatah kita tanya, sepatah la dia jawab..
HB, berat badan semua nya doc tak terangkan..
Sy lagi suka kalau appointment dengan nurse..
Dengan nurse semua nya diaorang terang kan..


Ubat pon dia tak note dalam buku pink tu..
Sampai kaunter farmasi, dah tak tahu nak ambik ubat apa.. Adoiyailaaaaaa...


Ni gambar scan baby..
Satu apa pon sy & eshat tak paham gambar ni..
Detail scan baby pon doc tak terang kan..
Haihhhh sabar jela..


Sy start dah kira baby gerak..
Lepas ni kena datang check up 2 minggu sekali dah..
Sebab dah hujung2 pregnancy..

Dah siap check up dengan doctor, kena tunggu 2jam untuk ambik darah balik..
Ambik darah kali kedua tu terasa sakit..
Nurse bagitau urat sy besarrrrrrrrrrrr..
Patut la sakit..

Boleh tak dah nak balik baru teringat sy tak ambik suntikan kali kedua untuk kancing gigi lagi..
Masuk balik klinik jumpa nurse..
Haa terus kena suntik..
Adoiii macam mana la boleh terlepas..

Alhamdullilah bacaan HB check up kali ni ok, 12.5..
Harap2 lepas ni tak turun2 dah..

Love, Rina Ellisa

Wedding Invitation Feb & March 2015!

Hi & Assalammualaikum..

Bulan 2 & 3 ni ramai orang kahwin..
Lagi-lagi cuti chinese new year ni..
Sy ada 2 wedding invitation weekend cuti CNY ni..


Majlis resepi Joe & Lean sabtu 21 Feb 2015 ni..


Wedding invitation dari Yatt (ex schoolmate sekolah teknik dulu)..
Majlis dia kat cheras..
Pon sabtu ni 21 Feb..


Afiqah ex classmate sekolah teknik dulu..
Majlis dia 7 Mac 2015 kat One City Subang..


Kak yanti, officemates..
Rasa macam tak dapat pergi sebab jauh kat ulu selangor..
Huwaaaaa!! Y__Y

Rasa serba salah kalau jemputan kahwin ni bertindih tarikh..
Mesti kena mengalah salah satu nak pergi..
Minta maaf sangat-sangat mana wedding yang sy tak dapat attend tu..
Sy kirimkan doa untuk kalian dari jauh..
Semoga majlis berjalan dengan lancar.. Amin Ya Rabb..

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 18 February 2015

Pregnancy Journey - Free Sample Pampers Huggies

Hi & Assalammualaikum..

11 Feb 2015 (Wed)

Sy request online awal Jan kot.. Lupa dah..
Sebulan jugak baru sampai parcel..
Berkurun tunggu..
Nak free sample dari HUGGIES, klik SINI..


Lama dah request, sampai terkejut tetiba dapat parcel..
Lama dah tak shopping on9..


Rupa nya sampel pampers dari HUGGIES..


Yang best dapat 4pcs sampel..
2pcs untuk newborn, 2pcs untuk S..


Kalau nak free gift, boleh pergi website HUGGIES..
Kalau ada rezeki, dapat lah hadiah2 yang tertulis dalam flayers tu..

Love, Rina Ellisa

Saturday, 14 February 2015

Pregnancy Journey - First Trimester

Hi & Assalammualaikum..



Dah habis second trimester baru nak buat entry First Trimester ni..
Harap-harap dapat lah ingat apa yang jadi awal-awal pregnant dulu.. Huhuhu..
Dulu sebelum mengandung sy tak paham pon orang ngandung sebut minggu2 usia kandungan tu..
Dah mengandung ni baru lah tahu..
Ibu-ibu mengandung kira kandungan ikut minggu lagi senang..
Tapi orang sekeliling akan tanya "dah berapa bulan"..
Kadang-kadang sy bagitau random je.. Contoh dah 6bulan lebih..
Tak kan nak bagitau dah 18 minggu, dah 21 minggu..
Kang diaorang pelik pulak..
Selalu diaorang familiar dengan berapa bulan je..

Jadi, kat bawah ni alahan sy masa 1st trimester :-

SUKA
1. Makan kicap
Kalau nak makan, mesti nak bubuh kicap..
Kicap kan rasa masin manis sikit..

2. Makan daging
Daging je lalu makan.. 
Ayam langsung tak boleh makan..

3. Makan burger
Tiap-tiap minggu nak makan burger.. 
Tapi nak burger daging je..

4. Air masak
Macam mak sy dulu mengandung, air masak memang dia tak lalu..
Tekak dia rasa payau je..
Tapi sy alhamdullilah air masak boleh minum..
Maybe sebab hari-hari dah biasa minum kat office..
Takde masalah la kot minum..

5. Gula-gula hudson's
Mesti simpan stok dalam handbeg..
Lepas makan, kalau rasa makanan terlekat kat tekak, terus ngap gula-gula hudson's..

6.  Suka Tidur
Pantang ada masa nak tido je..
Masuk dalam kereta balik rumah mak putra pon boleh tido..

TAK SUKA/ALAHAN
1. Makan ayam
Sebelum mengandung ayam daging boleh makan..
Dah mengandung, ayam memang tak boleh makan langsung.. T__T

2. Meloya
Tak boleh bau masakan tumis-tumis.. 
Rasa nak muntahhhhhhh!!
Lag-lagi bau bawang.. Uwekkkkkkk!!!

3. Bau nasi
Tak boleh bau nasi yang tengah masak jugak..
Apatah lagi nak makan nasi..
Masa awal-awal tu memang nak makan mee-mee je..
Nasi tak lalu sangat nak makan..
Tapi paksa makan jugak sikit sebab nanti perut lapar..

4. Bau perfume
3bulan pertama pergi kerja memang tak pakai perfume dah..
Bau perfume boleh buat kepala pening gilerrrrrrr..

5. Pakai jam
Tak selesa pakai jam..
Rasa macam ada benda melekat kat tangan..

6. Susah bangun pagi
Paling azab nak bangun pagi..
Sampai kena paksa bangun sembahyang subuh.. T__T
Macam ada gam kat atas katil tu!

7. Malas
Malas sangat-sangat.. Rasa nak baring je..
Kalau boleh makan tido je depan tv..
Nak pergi kerja pon malas.. UWaaaaaaaaaaaaaa!!

Pergi kerja pon pakai jubah je..
Malas nak gosok baju..
Masuk office, pagi-pagi dah melepet..
Rasa pening, tak larat semua ada..

8. Tak suka pakai sabun badan
Matik la semua orang dah tahu lepas ni.. Hahahha..
Sy mandi tak suka pakai sabun sebabbbb TAK SUKAAAA.. Hikhik..
Rasa bila pakai sabun tu, rasa lama nya duduk dalam bilik air..
Rasa nak mandi cepat-cepat, lepas tu nak baring jeeee..
Pelik-pelik betul la peel masa mengandung ni..

9. Perut rasa tak selesa
Nak tido perut rasa tak selesa..
Kena selalu gosok-gosok perut..
Nak tido malam pon merengek-rengek kat orang sebelah.. Huhuhu :p
Kadang-kadang rasa senak perut, pedih ulu hati..

10. Pening
Tak boleh diri lama-lama..
Rasa nak tumbang..
Rasa berpinar-pinar biji mata..
Lepas tu rasa tercungap-cungap macam tak cukup nafas..
Kerap pening waktu pagi..
Dah hujung-hujung 1st trimester ni ada jugak pening belah-belah petang..

11. Muntah
Sy cuma muntah 2 kali je masa 1st trimester ni..
Tu pon muntah keluar angin je..
Lepas pada tu takde dah muntah-muntah..
Cuma tekak jela makan apa pon tak sedap.. Y__Y

12. Sembelit
Susahnya nak b***k.. 
Sampai masuk ubat bagi senang keluar..
Ada satu hari tu sy sakit perut rasa sakit nak jalan..
Pergi klinik, doc try bagi ubat lawas tu..
Berapa saat je masuk kan ubat tu, terus membuang..
Lepas tu perut rasa ok.. 
LEGAAAA!!

13. Terlebih sensitif
3bulan pertama selalu nangis..
Kena marah dengan eshat sikit nangis..
Mood tak betul.. Y__Y

14. Mengidam
Rasa nak makan semua benda..
Bila mengidam alhamdullilah dapat makan..
Tapi bila dah dapat makan, rasa tak sedap pulak..
Mula-mula mengidam mintak mak masak kan labu masak lemak..
Tu pon makan 2 3 ketul je labu tu..
Selain tu takde mengidam pelik-pelik pon masa 1st trimester ni..
Kira mengidam senang nak carik la benda tu..

15. Kerap kencing
Tiap-tiap malam mesti bangun nak buang air kecik..
Memang tidur terganggu masa awal-awal pregnant tu..

16. Susah Tido Malam
Susah sangat nak tidur malam-malam..
Kadang-kadang pukul 2 3 pagi baru dapat tidur..
Tu yang pagi susah giler nak bangun tu..
Lepas tu mimpi pelik-pelik je..
Mimpi hantu la, mimpi rumah terbakar la..
Menakutkan je!

Sy ada pergi kerja naik motor eshat hantar..
Sebab kereta takleh start pagi tu.. T__T
Time tu memang ngam-ngam genap 12minggu..
4hari pergi kerja naik motor..
Alhamdullilah takde pape..
Tempat kerja pon dekat je dari rumah..

Hari-hari tension nak makan apa.. Hahaha..
Kalau boleh taknak lalu waktu breakfast, lunch &dinner..
Sebab kena pikir nak makan apa..
Yang tekak boleh terima..
Stresssssssssss!!

First trimester yang sangat mencabar..
Memang menguji kesabaran suami ku.. Hihihi..
Sekarang ni bila di pikir-pikirkan balik, sy rasa serba salah dengan eshat..
Sebab perangai tah apa-apa masa 1st trimester tu.. :p

Love, Rina Ellisa

Friday, 13 February 2015

Pregnancy Journey - Legging RM5

Hi & Assalammualaikum...

13 Feb 2015, Friday

Setiap kali gaji, ada bukak jualan booth2 kat office ni..
Dulu masa belum kahwin, sikit pon tak pandang baju2 baby ni..
Dah kahwin ni, lagi2 dah pregnant ni pantang nampak sikit baju2 baby..
Laju je menonong terjah.. Hihihi..

Masa belum tahu gender baby lagi, usha2 dulu tengok..
Bila dah tahu je gender baby, haaa ape lagi laju jela memborong..


Sy menggila tengok legging yg dijual..
Pilih2, haaa ambik 5helai terus..
Balik rumah tunjuk kat eshat..
Dia cakap dah agak dah mesti ade beli something kat office utk baby kan..
Tak tertahan nafsu tengok baju seluar bby comil2.. weeeee :p


Sehelai RM5 je..
Macam mana tak gila tengok..
Haritu akak yang jual tu tak bawak lagi satu beg isi baju2..
Kalau tak boleh beli baju sekali, matchingkan dengan legging2 ni..
Takpe next time boleh beli lagi..

Love, Rina Ellisa