Followers

Sunday, 22 February 2015

Birthday Celebration & Bbq

Hi & Assalammualaikum..

20 Feb 2015 (Fri), Batu Kikir Kuala Pilah

Cuti public CNY haritu, family in law buat makan-makan bbq dan sambut birthday sekali..
Sesiapa free boleh la balik kampung berkumpul ramai-ramai..
Sy & eshat gerak balik kampung khamis malam..
Siang tu eshat kerja lagi..
Masing2 sibuk update dalam whatsapp jalan jem kat lekas, kat kuala pilah siang tu..
Sampai ke malam rupa nya jalan jem..
Kitaorang balik malam tu ikut jalan jelebu..
Langsung tak jem.. Jalan dalam kan, memang tak banyak kereta la..
Lagi-lagi malam.. Sunyi je jalan..

Sampai kampung dalam pukul 10malam macam tu..
Eshat terus ke dapur carik makanan..
Haaa ambik ayam masak gulai lemak cili padi sekawah diaorang masak siang tu..
Sy awal-awal dah berhenti makan dulu.. Lapoorrr!!!

Acara kemuncak hari jumaat lepas zohor..
Sebab sabtu ramai nak balik dah..
Ada nak kena attend kenduri dan macam-macam hal lagi..
Jumaat petang tu selesai makan-makan ada yang dah balik pon..

Pagi tu sibuk dah masing-masing ambik tugas perap ayam daging semua..
Dalam pukul 11lebih dah start membakar..


Ada ayam, kambing, udang, burung puyuh, hotdog, sotong..
Kambing kena bakar last sekali..
Sebab siap je bakar, laju je habisssss..


Kaum adam ambik turn membakar dulu sebelum sembahyang jumaat..
Diaorang semua dah ke masjid, kaum hawa pulak take turn..
Berpeluh peluh masing-masing membakar.. Hihihi..
Mak buyung tolong kipas-kipas halau lalat je.. :p

Diaorang habis je sembahyang jumaat, sesi bakar membakar pon selesai..
Masing-masing dah kelaparan..


Sebelum tu cabut dulu nombor bertuah..
Mana tau dapat menang tv ke, mesin basuh ke kannnnn.. Hihihi..
Takla.. Hadiah biasa-biasa je..
Cabutan bertuah ni my mom in law yang sponsor..
Saja suka-suka memeriahkan majlis..


Ucapan aluan dari KakNgah..
Semua dah get ready duduk nak makan..


Setel cabut nombor bertuah, kata-kata aluan, doa semua, potong cake pulak..
Ramai rupa nya family member yang birthday bulan dua..
Kakngah 10 Feb, Maklong & Maklang 11 Feb, Afiq (sepupu) 13 Feb tak silap..
Nenek, Husna (wife sepupu eshat), Dayana (sepupu) birthday, Pakcu bulan satu..
Yang eshat kat situ saje menyibuk nak bergambar..
Birthday dia lambat lagi..


Kek sponsor by Maklang..
Happy birthday you all!!!
Semoga selalu di bawah lindungan Allah SWT.. Amin Ya Rabb..





Start lah sesi makan-makan sampai ke petang..
Menu petang tu ada mee goreng, kfc, kuih muih..
Teringat-ingat pulak ayam bakar sedap haritu..



Sambil-sambil makan, cabut nombor cabutan bertuah..
Yang kelakar nya, lelaki yang cabut nombor, semua dapat hadiah kecik botol air avon..
Perempuan yang cabut nombor dapat beg avon.. Hahahaha..
Kebetulan pulak..
Saja have fun mom in law buat cabutan bertuah ni..



Petang tu lepas makan2, eshat dengan sepupu dia pergi mandi air terjun kat tengkek..
Tak ke jeles tengok gambar-gambar diaorang..
Jelesssssssss tak dapat ikottt!!! Y__Y
Dapat mandi air terjun sejuk-sejuk tu syiok nye..
Tapi apa kan daya, mak buyung tidak di benarkan sama sekali ikut..
Sebab jalan nak masuk ke air terjun tengkek ni gerun sikit..
Lagi pun kawasan tu keras sikit..
Takpela next time boleh pergi..

Sabtu pagi tu sy & eshat dah gerak balik..
Nak attend resepsi lin & joe..
InsyaAllah hujung tahun kita sambut birthday ramai-ramai lagi macam ni..

Love, Rina Ellisa

4 comments:

  1. Aktiviti kita CNY haritu pun bakar membakar. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai bakar membakar CNY haritu kan.. hahahaha..

      Delete
  2. sabar ye mommy to be xdpt g air terjun skrg, nnti ada bby lg syok main air sama2 dgn bby pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nanti ada baby bawak bby pulak berendam.. :p

      Delete