Followers

Monday, 2 February 2015

Kisah Izara Di Hujung Minggu

Hi & Assalammualaikum..

31 Jan 2015, Saturday

Weekend haritu balik rumah mom in law..
Eshat kerja sabtu ahad..
Jadi jom la balik rumah MIL..
Takde la boring kalau duduk rumah sorang-sorang..

Anak buah sy Izara ada kat rumah MIL..
Weekend haritu kitaorang sama-sama jaga izara..
Sebab mama dia balik kampung tengok Mak Tok Izara sakit kena demam denggi..
Selalu memang melekat je dengan mama dia 24jam..
Weekend haritu baru lah berenggang dengan mama dia..


Izara 4bulan lebih..
Tapi gigi dah tumbuh sebatang belah bawah..


Budak kenit baru bangun tido..
Celik je mata dia, mula la kisah izara di hujung minggu bersama oma, mummy & maksu..
Izara tak pandai minum susu guna botol susu..
Agak mencabar jugak kitaorang nak menjaga..
Tapi kalau bagi susu guna sudu atau cawan baru dia minum..
Kalau bagi botol susu, dia kunyah-kunyah puting susu tu..
Tapi dia ada jugak hisap sikit-sikit susu tu..
Agaknya dia dah lapar sangat kot.. Dia telan jugak susu tu..

MIL risau sangat-sangat dia tak dapat minum susu secukupnya..
Risau dia tak kenyang ke apa..
Asal dia menangis je kitaorang dah kelam kelibut.. Hahahha..
Bagi botol susu taknak..
Agaknya dia cari mama dia kot..


Ni dia dah puas menangis, enjut2 kan lelap pon..

Nak tido malam pon mencabar jugak..
Asal nangis je kitaorang dah takot..
Bagi jugak la botol susu..
Tapi dia taknak minum sangat..
Dia nak menyusu dengan mama dia tu..
Sian sangat tengok dia.. T__T


Haa tengok oma potong cake tu..
Eshat la ni pegi letak dia atas meja makan..
Dia pon seronok pusing-pusing atas tu..

Asalkan dia diam, lega sikit semua orang dalam rumah tu..
Bila dia menangis semua jadi runsing.. Hahaha..
Izara oh izara manja sangat awak ni..


Nak terbang cari mama ke izara? Hihihi..
Malam tu pukul 4pagi MIL & mummyngah tido sebab izara kejap bangun kejap bangun..
Paksu pon tolong pokpok kan izara biar tido..
Maksu dah selamat di buai mimpi malam tu.. Hahaha..

Mommies semua, ada cara tak nak ajar dia minum susu botol?
Buat masa ni mama izara fulltime housewife..
Tu mungkin dia melekat je nak direct bf dengan mama dia..

Harini mama dia dah balik pon..
Tamat dah kisah izara di hujung minggu dengan oma, mummy & maksu..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment