Followers

Thursday, 19 February 2015

Pregnancy Journey - Check Up 30 Weeks 1 Day

Hi & Assalammualaikum..

17 Feb 2015 (Tues), Klinik Kesihatan Salak

Sampai klinik 830am.. Sepatutnya appointment pukul 8am kena minum air gula..
Letak buku pink dalam bakul, tak lama tu dapat no giliran..
Dan lama sikit nombor naik, nurse cakap salah letak dalam bakul ni..
Kalau nak minum air gula kena letak tempat lain..

Kali ni kena ambik darah kat lengan..
Sebab kena minum air gula kali kedua check up kali ni..
Dan siap ambik darah, kena bagi sampel air kencing macam biasa..
Lepas tu baru minum air gula..


Ni la air gula yang jadi mimpi ngeri ibu-ibu mengandung.. Huhuhu..
Air gula ni hampir penuh.. Tapi sy dah minum 2 3 tengguk, baru teringat nak snap gambar..
Nasib baik rasa air gula ni sama masa first time sy minum haritu..
Dan nasib baik jugak tak muntah..
Pagi tu dah rasa mual-mual..
Ada akak tu dah habis minum, sekali keluar balik semua nya..
Kena buat appointment baru..

Setel minum air gula, tunggu no giliran naik untuk jumpa doctor..
Kali ni appointment jumpa doctor nak scan perut..
Masuk je bilik doctor, scan perut dulu..
Sy tanya la nak tengok gender..
Sampai ke sudah doctor tak bagitau gender baby.. -,-'
Doc tunjuk jantung baby..
Doc bagitau kepala baby dah kebawah, air ketuban semua nya ok..
Yang tak best doctor gov ni, sepatah kita tanya, sepatah la dia jawab..
HB, berat badan semua nya doc tak terangkan..
Sy lagi suka kalau appointment dengan nurse..
Dengan nurse semua nya diaorang terang kan..


Ubat pon dia tak note dalam buku pink tu..
Sampai kaunter farmasi, dah tak tahu nak ambik ubat apa.. Adoiyailaaaaaa...


Ni gambar scan baby..
Satu apa pon sy & eshat tak paham gambar ni..
Detail scan baby pon doc tak terang kan..
Haihhhh sabar jela..


Sy start dah kira baby gerak..
Lepas ni kena datang check up 2 minggu sekali dah..
Sebab dah hujung2 pregnancy..

Dah siap check up dengan doctor, kena tunggu 2jam untuk ambik darah balik..
Ambik darah kali kedua tu terasa sakit..
Nurse bagitau urat sy besarrrrrrrrrrrr..
Patut la sakit..

Boleh tak dah nak balik baru teringat sy tak ambik suntikan kali kedua untuk kancing gigi lagi..
Masuk balik klinik jumpa nurse..
Haa terus kena suntik..
Adoiii macam mana la boleh terlepas..

Alhamdullilah bacaan HB check up kali ni ok, 12.5..
Harap2 lepas ni tak turun2 dah..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment