Followers

Monday, 30 March 2015

Pregnancy Journey - Dobi Baju Baby Part 2

Hi & Assalammualaikum..

29 March 2015, Sunday

Bersambung dari part 1..
Part 2 ni sy basuh lampin, towel, & blanket baby..
Ada basuh barut 2 3 helai jugak..
Lepas tu basuh sekali kelengkapan sy masa dalam pantang nanti..
Macam kain batik, tudung express & stokin..
Basuh sekali sarung cadar tilam kekabu baby..


Rendam dulu kain lampin, towel, blanket & barut..
Biarkan sekejap, lepas tu bilas dan buat next step..
Tengah menaip ni, terbau-bau pulak bau sabun basuh ABD pureen ni..
Wangiiiiiiiiiiiiiii!!!


Mula-mula sy nak basuh guna mesin basuh je lampin-lampin ni semua..
Mak cakap nanti rosak lampin tu sebab baru lagi tak guna..
Jadinya, gigih jugak la basuh guna tangan dengan bantuan eshat..
Kalau sorang2 pengsannn.. Hahaha.. :D

Kain batik ehsan dari mak, mak mertua & nenek..
Nak sy ada stock kain batik kat rumah memang takde la.. Hihihi..
Nasib baik lah ada mak, mak mertua & nenek bagi sehelai dua sorang..
Ada dalam 5helai macam tu kain batik untuk pakai dalam pantang nanti..


Sidai sekejap je..
Agak-agak dah kering terus angkat..

Love, Rina Ellisa

Sunday, 29 March 2015

Pregnancy Journey - Wajib Buat Trimester Akhir!

Hi & Assalammualaikum..

Pejam celik, pejam celik dah trimester akhir pon..
Rasa macam baru je semalam pening pening lalat semua.. Huhuhu..
Dah hujung-hujung ni kena prepare mental & fizikal..
Tidur pon dah tak berapa lena dah..
Kejap kejap terjaga..

Ni ada info dari pa&ma..
Boleh la baca sama-sama tambah ilmu..

******************************************************************************************************************************************************************

Sebaik ibu hamil memasuki trimester akhir bermaksud semakin mendekati saat hendak melahirkan bayi. Ketika ini selain penjagaan kesihatan dan pengambilan makanan perlu lebih diberi perhatian, bakal ibu juga perlu ada senarai apa yang wajib dilakukan pada trimester ketiga kehamilan.

Mengira jumlah pergerakan bayi
Bayi dalam kandungan semakin aktif bergerak. Biasanya doktor akan menyuruh ibu mengira jumlah pergerakan tersebut dalam sehari mesti melebihi 10 kali untuk memastikan bayi sihat dan selamat. Maka nikmati saat manis pergerakan bayi anda yang pasti akan dirindui apabila dia sudah dilahirkan kelak.

First time kira pergerakan baby salah.. T__T.. Sampai kena marah dengan nurse sebab salah kira.. Ni salah Doc yang bagitau sy la.. Next checkp up nurse tengok cara kira sy dah betul.. Yeayyyy!!!

Belajar menyusukan bayi
Sebagai bakal ibu tentu anda mahu berikan yang terbaik kepada bayi. Jika berazam untuk memberikan susu ibu secara eksklusif, mulalah belajar pelbagai panduan penyusuan daripada kawan-kawan yang berpengalaman selain banyak membaca dan mencari info.

Sy cuba sedaya boleh ambik ilmu dari orang-orang yang dah ada pengalaman.. Banyak kan membaca pasal ilmu-ilmu penyusuan.. Memang niat dari awal pregnant lagi nak menyusukan anak sampai umur dia 2tahun.. InsyaAllah Amin..

Memilih doktor menyambut kelahiran
Tidak kira apa pilihan hospital bersalin anda, diharap semuanya dapat memenuhi kehendak dan 
keupayaan anda dalam melahirkan si buah hati kelak.

Sy pilih bersalin di hospital Putrajaya atau Serdang.. Harap-harap lah dipermudahkan semua nya.. Takut jugak antara dua hospital ni penuh.. Kalau putrajaya atau serdang penuh akan di transfer ke HKL.. Huwaaaa jauhnya.. Pilihan doctor sy & eshat tak kisah lelaki atau perempuan.. Yang penting sy & baby selamat..

Menyiapkan beg ke hospital
Jangan lupa mengemas barang keperluan ibu dan anak untuk dibawa ke hospital. Simpan beg tersebut dalam kereta bagi memudahkan anda ketika menghadapi saat kecemasan ke hospital pada bila-bila masa.

Tak lengkapkan lagi beg hospital.. Baru je masuk kan pampers, barang mandian, bantal.. Baju2 baby pon tak masuk kan lagi.. Hihihi..

Membasuh pakaian bayi
Segala pakaian dan segala keperluan bayi yang baharu dibeli hendaklah dibasuh bersih terlebih dahulu sebelum dipakai oleh bayi. Oleh itu pastikan anda membersihkannya di awal trimester ketiga kerana siapa tahu anda bersalin awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Dua kali buat trip mendobi baju baby.. Fuhhh boleh tahan letih jugak.. Di sebabkan taknak basuh guna mesin basuh, kena la guna kudrat tenaga.. Nasib baik la eshat pon tolong basuh sekali.. Kalau tak nangis la sy sorang2 membasuh baju-baju baby.. Penat oooOOOoo..

Info : pa&ma
Love, Rina Ellisa

Maternity & Children Expo @ Mid Valley

Hi & Assalammualaikum..

28 March 2015 (Sat), Mid Valley KL

Last minit ajak eshat pergi expo baby kat Mid Valley ni..
Nasib baik la dia nak pergi..
Tapi sy janji dengan dia last expo pegi sebelum bersalin.. Hihihi..

Keluar awal sikit rumah..
Dalam pukul 12lebih macam tu sampai dah mid valley..
Ya ampun! Orang ramai giler kat expo baby tu..
Nak daftar pon kena beratur panjang..
Tapi nasib baik lah tak lama sangat beratur..


Goodies bag dapat pad sofy, cawan & voucher untuk body health screening kot..

Masuk je hall tu pening tengok orang ramai giler..
Nak jalan pon berlaga-laga bahu..
Sy rasa tak perlu la bawak stroller masuk dalam tu..
Buat tambah sesak dan susah nak berjalan!
Apa kata stoller & bby tinggal je kat luar sekejap dengan husband..
Kadang2 tu kesian la tengok bby dalam stoller tu..
Berhimpit dalam orang ramai..

Tujuan utama sy pergi expo kat mid valley ni nak tengok breastpump Avent Manual..
Pergi la kat booth avent..
Harga RM199 lebih macam tu lepas diskaun..
Boleh tahan mahal jugak..
Baik beli on9 jela..

Booth drypers ramai giler orang beratur..
2pack RM50 boleh campur saiz kot..
Tengok macam2 tu je harga..
Sy nak beratur beli.. Eshat cakap takpayah la penat2 beratur panjang....
Beza 2 3 ringgit je.. Baik beli kat luar je..

Pukul 1lebih macam tu ajak eshat balik dah..
Tak sanggup redah dengan manusia makin lama makin ramai..
Balik terus pergi manjaku bangi beli drypers kat situ je..


Ni hasil shopping kat expo baby mid valley :-
1) Barut baby - 7 pcs (RM40)
2) Tungku baby - 1 pc (RM10)
3) Legging - 1 pc (RM10)
4) Blanket - 1 pc (RM25)
5) Towel - 1 pc (RM25)

Barut baby RM6 sehelai.. Sy beli 7 helai, total RM40.. Dapat less RM2..
Selalu sy jumpa barut baby RM5 je sehelai kalau kat expo2 baby..
Haritu ada 1 booth ni jual barut bby RM5 sehelai..
Tapi corak dan jenis kain tak best..
Last sekali, sy beli je barut yang RM6 ni sehelai..
Kalau tolak tambah nak beli barut on9 sama je kos postage semua..

Tungku baby dah jumpa RM10 terus je beli..
Kalau beli on9 harga postage lagi..
Legging sambar je beli sehelai..
Blanket & towel beli kat booth ICHIRO..
Dapat RM50 untuk dua item tu, dan free sapu tangan 3pcs..


Ni hasil shopping kat manjaku bangi :-
1) Drypers - 1 pack (RM24.90)
2) Mosquite Net - 1 pc (RM23.90)
3) Towel - 1 pc (RM16.90)
4) Pureen Baby Wipes - 2 paket small (1 paket RM4.90)

Mosquite net, towel, selimut boleh jadi items yang last sekali beli pulak..
Pergi expo baby selalu dah.. Benda2 tu boleh lupa nak beli..
Sebab nye bila pergi expo baby, sy mengila tengok baju2 baby je.. Hihihi..

Drypers boleh pulak tersalah beli saizzzzzzzz.. T__T
Masa susun2 nak snap gambar baru perasan saiz S..
Ya Allah matik la kalau eshat tahu ni..Huhuhu..
Tapi takpela nanti beli saiz newborn..
Saiz S ni boleh simpan baby pakai bila dah besar sikit..

Alhamdullilah kelengkapan baby hampir lengkap semua dah..
Ada 1 2 barang yang belum beli lagi..
Yang tu baby dah keluar pon boleh pergi beli nanti..


And last baby bump 35weeks.. :)

Love, Rina Ellisa

Friday, 27 March 2015

Pregnancy Journey - Braxton Hicks

Hi & Assalammualaikum..


24 Mar 2015, Tuesday

Selasa petang lepas kerja pergi scan baby kat Klinik Maria Kota Warisan..
Klinik situ ada doctor perempuan hari selasa dari 530pm-10pm..
Hari-hari lain doctor lelaki..
Dan nasib baik Dr Norseha duty lagi kat klinik maria tu dan dia ada setiap hari selasa..
Best kalau dapat jumpa Dr Norseha..

Scan baby alhamdullilah semua nya ok..
Air ketuban ok.. Baby pon dah penuh dalam dalam perut sy ni.. :)
Baby dah turun kebawah..
Dr Seha bagitau mungkin minggu ke 37 sy dah bersalin..
Uwaaaa tetiba sy rasa neves..
Tengah happy-happy sekodeng baby, terus neves... T___T

Masa nak scan tu, tetiba baby mengeras..
Sy pon bagitau Dr Seha yang sekarang baby kerap mengeras..
Dia bagitau tu nama nya "Braxton Hicks" atau "kontraksi palsu"..
Oooooo barulah sy tahu..
Sebab kalau baby tak mengeras, macam mana dia nak turun ke laluan Dr Seha bagitau..
Lepas tu Dr tanya berapa kerap baby mengeras, ada sakit pinggang ke tak..
Bby mengeras takde la sekerap selang 5 minit..
Pinggang pon takde rasa sakit apa pon..

Tapi bila BH tu datang perut sy memang rasa keras..
Sy start rasa BH ni rasa nya dari minggu ke 33 atau 34 macam tu..
Tapi minggu ke 35 ni rasa perut mengeras lebih kerap..
Kadang2 "tut" rasa sengal-sengal..
Kadang2 tu bila perut mengeras dan rasa sengal-sengal sekali datang, sy duduk diam-diam je..
Sebab menahan sakit.. Huhuhu..

Sy pon google la apa tu Braxton Hicks..
Sebelum ni ada baca blog mom to be cerita pasal BH ni..
Tapi baca sekali lalu je la..
Ni dah kena kat diri sendiri, baru lah tahu apa tu BH ni..
Kat bawah ni apa yang sy jumpa..



Antara tanda-tanda saat kelahiran semakin tiba adalah sakit kontraksi atau pengecutan otot rahim sebagai persediaan untuk pembukaan pintu serviks. Bagaimanapun kontraksi yang anda alami belum tentu merupakan tanda bayi akan terus lahir.
Ini kerana ada kemungkinan ibu hamil akan mengalami kontraksi palsu (false alarm) di akhir kehamilan. Kebanyakan wanita yang hamil untuk pertama kali pasti mengalami kekeliruan tentang bagaimana untuk mengenal pasti perbezaan antara kontraksi sebenar dan kontraksi palsu.
Jom kenali perbezaan keduanya agar anda lebih bersedia ketika berhadapan dengan sakit kontraksi tersebut.
Kontraksi Sebenar
*Rasa memulas disertai ngilu di bahagian pinggang sampai ke bawah.
*Sakit kontraksi muncul bila usia kehamilan sudah cukup bulan iaitu sekitar minggu ke-37 hingga 40.
*Kekerapannya bermula sekitar 30 – 60 saat dan pada fasa kelahiran semakin hampir, sakit paling aktif dirasakan iaitu sekitar 75 saat.
*Semakin lama sakit kontraksi semakin cepat iaitu setiap 5 – 10 minit sekali dan biasanya semakin kuat disertai sensasi ada sesuatu akan keluar dari vagina.
*Sakit kontraksi tidak akan hilang walaupun anda cuba mengubah posisi anda.
Apa yang mesti dilakukan?
Segera ke hospital sekiranya sakit kontraksi berlaku setiap lima minit. Apatah lagi sekiranya disertai dengan tanda seperti:
*Keluar lendir yang bercampur sedikit darah dari vagina.
*Kantung ketuban pecah diikuti keluar air ketuban.
*Ngilu di kawasan pinggul, kemudian menjalar ke pangkal paha dan perut bahagian bawah.
*Bahagian leher rahim (perut bahagian bawah) terasa panas dan sakit.
Kontraksi Palsu
*Rasa memulas tanpa ngilur, bermula dari bahagian atas rahim dan turun ke bawah.
*Rasa sakit ini boleh berlaku pada trimester kedua (20 minggu ke atas) dan pada usia kehamilan 37 – 40 minggu.
*Kontraksi berlaku kurang daripada 20 saat tetapi adakalanya boleh mencecah dua minit atau lebih.
*Biasanyaberlaku satu atau dua kali sehari dan tidak bertambah.
*Rasa sakit akan hilang sekiranya ibu mengubah posisi.
Apa yang mesti dilakukan?
*Ia adalah perkara normal yang tidak perlu dikhuatiri. Sekiranya anda berasa tidak selesa, segera bertenang, berbaring atau berjalan di sekitar rumah.
*Bila kontraksi semakin kuat dan berlaku selama beberapa jam atau hari, atau bila keluar darah/cairan lain dari vagina, segera berjumpa doktor. Dikhuatiri ia bukan kontraksi palsu teapi tanda kelahiran pramatang. Keadaan ini boleh berlaku kepada ibu hamil kembar.
Sumber : pa&ma
Love, Rina Ellisa

Thursday, 26 March 2015

Wedding Tengku Nur Carleena & Akhmal

Hi & Assalammualaikum..

21 Mar 2015 (Sat), Majestic Hotel KL

Sebelum semua benda lupa nak buat, baik update cepat-cepat cerita weekend lepas..
Nanti jadi perkasam je gambar dalam folder.. Huhuhu..


Sabtu malam tu ada reception wedding sepupu eshat sebelah abah dia kat KL..
Sepupu dia nikah jumaat malam tu tak dapat datang, reception ni kena datang jugak..




Masuk2 je ballroom, tengok pelamin tersangat lah cantik..
Mewah sangat-sangat!


Pukul 9lebih pengantin berarak masuk..
Tapi sebelum pengantin masuk, tetamu VIP YM Tuanku Ampuan Najihah masuk dulu..


Haaa cantik nya la hai kak Carl ni..
Berseri-seri..
Mintak cantik kak Carl sikit kenan kat baby eh.. Heeee :p




Majlis di mulakan dengan merenjis dari YM Tuanku Ampuan Najihah..


Lepas tu makan beradab..
Sambil-sambil tu ada slide show dari Kak Carl tunang sampai la hari dia nikah jumaat malam tu..
Sampai part Aunty Roy (aunty eshat) bagi speech dalam slide tu masa engagement kak Carl, sy dah sebakkkk..
Huwaaaa nape sedih sangat Aunty Roy bagi speech.. Y__Y

Show habis, pengantin dah selesai makan beradap, pengantin pon berarak mengiringi tetamu VIP balik..
Majlis ada kaum kerabat ni memang sangat protokol..
MC cakap pon sopan-sopan.. Hihihi..

Tetamu VIP balik je, makan pon dah, masing-masing kehulur kehilir bergambar..
Sementara tunggu turn nak bergambar dengan pengantin..





















Banyak giler bergambar malam tu..


Congrats Kak Carl & Akhmal..
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
Dan dapat anak comil-comil.. :)


Our big family in law..
Tak ramai yang ada malam tu..
Rasa kurang sangat bila bergambar ramai yang takde..

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 25 March 2015

Pregnancy Journey - Produk Tropika Untuk Baby

Hi & Assalammualaikum..

Lama dah usha produk ni..
Geram je tengok bila tak dapat-dapat beli lagi..
Ada jumpa jual kat instagram @great_baby_skin_tropika_akk..
Boleh COD kat nilai..
Kebetulan nak beli produk Anugerah kat Rizi Biz Shop Bangi, ada jual produk tropika kat situ..
Terus je beli kat situ..


Sy beli :-
Krim Herba Bayi - RM32
VCO Tropika Blackcurrant - RM24
Baby Hair & Body Oil - RM16

Kalau baca review2 m2b, ramai cakap produk ni bagus..
Lagi-lagi krim herba bayi ni..
Bagus untuk kembung perut baby..
Eh kesemua produk yang sy beli ni kalau baca review memang bagus la..
Harap-harap serasi lah untuk bby sy nanti..

Cuma VCO tropika ni sy baru nak try makan & sapu kat perut..
Huwaaaa dah minggu ke 35 baru nak buat semua tu.. Huhuhu..
Kalau sesiapa nak cari produk tropika ni, boleh terjah :-

Rizi Biz Shop
No. 5, jalan 15/1B, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi Selangor
H/P number : 012 - 2080 004, Tel number : 03 - 8912 1900

Harga produk tropika kat kedai ni dapat murah sikit berbanding beli online..
Macam-macam produk ada di jual kat situ..
Kalau malas nak beli online, boleh pergi Rizi Biz Shop kat bangi ni..

Love, Rina Ellisa

Sunday, 22 March 2015

Pregnancy Journey - Flower Crown

Hi & Assalammualaikum..

Haritu saja-saja nak minta tolong kak Ain buatkan flower crown ni..
Lepas tu dia email mintak address..
2 3 hari lepas tu parcel pon sampai..

Sy pon whatsapp la Kak Ain bagitau flower crown dah sampai..
Rupa nya dia beli.. Tak sempat nak buatkan..
Waaaaaaa tq so much Kak Ain..
Terharuuuuu Y___Y


Sekejap je parcel dah sampai..


Sekali bukak warna pink..
Alalalala comil nyaaa!




Haa letak gambar banyak-banyak..
Baru sedap mata memandang.. Cewahhhhh..
Memang buat tak sabar nak pakai ni..

THANK YOU KAK AIN!!! :)

Love, Rina Ellisa

Pregnancy Journey - Dobi Baju Baby Part 1

Hi & Assalammualaikum..

21 March 2015, Saturday

Huwaaaaaaaa lambat betul sy mendobi baju-baju baby..
Minggu ke 34 baru nak mendobi..
Mak pon dah bising-bising..
Tapi takot jugak sebenarnya..
Takot tak sempat nak basuh, baby dah keluar..
Haaa memang kelam kabut la.. Hahahaha..


Mendobi baju baby ni sy buat part by part..
Part 1 sy basuh baju seluar, mittens, booties, barut, stokin, topi & bibs..
Sebab baju seluar baby kan kecik-kecik..
Jadi banyak kerja sikit la kena buat..

Nasib baik la eshat ada tolong..
Dia yang bancuhkan air sabun, dia yang tolong spin kan..
Dia yang tolong sidai kat luar rumah..
Kalau sy buat sorang2 semua tu, huwaaaa memang pengsan la..

Mula-mula sy asingkan dulu baju putih dan yang berwarna..
Nanti takde la baju2 putih bercapuk kena colour yang turun dari baju2 berwarna tu..


1st round rendam dulu baju-baju, mitten, booties, barut & topi yang colour putih & cream..
Biarkan 5 10 minit macam tu..
Lepas tu sental sikit-sikit je guna tangan, lepas tu bilas, lepas tu spin je masuk mesin basuh..
Rasa sayang pulak nak basuh baju2 baby ni guna mesin basuh.. Takot rosak.. Hahaha..
Tapi kena gigih sikit la kalau nak basuh guna tangan..
Sy guna sabun basuh baju baby ABD pureen tu memang wangi..
Terus rasa tak sabar nak baby keluar.. :p


2nd round basuh baju-baju berwarna pulak..
Buih sabun tak banyak dah..
Sebab tuang je semua baju2 berwarna dalam air sabun 1st round tadi..
Biarkan sekejap.. Lepas tu terus proceed next step..


Gigih eshat sidai baju-baju anak dia..
Berpeluh-peluh sidai baju.. Hahaha..
Nak jadi abah dah dia..
Sy snap gambar dari dalam rumah terus mata berkaca-kaca menahan sebak.. Y__Y




Tersusun cantik je baju-baju baby bersidai kat luar..
Macam tak percaya pon ada nak ada anak tak lama lagi.. :p
Ni pon selepas sy susun cantik-cantik hanger..
Lelaki kan buat kerja.. Janji bersidai dah cukup..
Kalau kita perempuan mesti nak sidai cantik-cantik tersusun..
Tapi atleast eshat nak jugak tolong sy sidai kan..
I appreciate u sayang! Thank you tau! :D


Kain kat ampaian bulat tu eshat yang susun.. :)
Dalam sejam lebih macam tu sidai, sy terus angkat..
Takleh lama-lama sidai..
Baju baby sidai kejap-kejap je kat luar mak pesan..
Dah kering terus je angkat..
Jangan biarkan baju2 tu kering kejung pulak bawah panas tu..

Dah la jiran sebelah kanan sy india..
Bila dia sembahyang, asap bau busuk sangattttt.. Y___Y
Tapi time tu nasib baik lah dia takde kat rumah..
Aman sikit la nak sidai baju2 kat luar..


Haritu jugak siap lipat baju2 baby & simpan dalam storage box..
Next week dobi lampin, towel, blanket dan lain-lain pulak..
Dah basuh sikit baju-baju baby ni, lega la sikit..
Kalau tak risau je..

Love, Rina Ellisa