Followers

Sunday, 29 March 2015

Maternity & Children Expo @ Mid Valley

Hi & Assalammualaikum..

28 March 2015 (Sat), Mid Valley KL

Last minit ajak eshat pergi expo baby kat Mid Valley ni..
Nasib baik la dia nak pergi..
Tapi sy janji dengan dia last expo pegi sebelum bersalin.. Hihihi..

Keluar awal sikit rumah..
Dalam pukul 12lebih macam tu sampai dah mid valley..
Ya ampun! Orang ramai giler kat expo baby tu..
Nak daftar pon kena beratur panjang..
Tapi nasib baik lah tak lama sangat beratur..


Goodies bag dapat pad sofy, cawan & voucher untuk body health screening kot..

Masuk je hall tu pening tengok orang ramai giler..
Nak jalan pon berlaga-laga bahu..
Sy rasa tak perlu la bawak stroller masuk dalam tu..
Buat tambah sesak dan susah nak berjalan!
Apa kata stoller & bby tinggal je kat luar sekejap dengan husband..
Kadang2 tu kesian la tengok bby dalam stoller tu..
Berhimpit dalam orang ramai..

Tujuan utama sy pergi expo kat mid valley ni nak tengok breastpump Avent Manual..
Pergi la kat booth avent..
Harga RM199 lebih macam tu lepas diskaun..
Boleh tahan mahal jugak..
Baik beli on9 jela..

Booth drypers ramai giler orang beratur..
2pack RM50 boleh campur saiz kot..
Tengok macam2 tu je harga..
Sy nak beratur beli.. Eshat cakap takpayah la penat2 beratur panjang....
Beza 2 3 ringgit je.. Baik beli kat luar je..

Pukul 1lebih macam tu ajak eshat balik dah..
Tak sanggup redah dengan manusia makin lama makin ramai..
Balik terus pergi manjaku bangi beli drypers kat situ je..


Ni hasil shopping kat expo baby mid valley :-
1) Barut baby - 7 pcs (RM40)
2) Tungku baby - 1 pc (RM10)
3) Legging - 1 pc (RM10)
4) Blanket - 1 pc (RM25)
5) Towel - 1 pc (RM25)

Barut baby RM6 sehelai.. Sy beli 7 helai, total RM40.. Dapat less RM2..
Selalu sy jumpa barut baby RM5 je sehelai kalau kat expo2 baby..
Haritu ada 1 booth ni jual barut bby RM5 sehelai..
Tapi corak dan jenis kain tak best..
Last sekali, sy beli je barut yang RM6 ni sehelai..
Kalau tolak tambah nak beli barut on9 sama je kos postage semua..

Tungku baby dah jumpa RM10 terus je beli..
Kalau beli on9 harga postage lagi..
Legging sambar je beli sehelai..
Blanket & towel beli kat booth ICHIRO..
Dapat RM50 untuk dua item tu, dan free sapu tangan 3pcs..


Ni hasil shopping kat manjaku bangi :-
1) Drypers - 1 pack (RM24.90)
2) Mosquite Net - 1 pc (RM23.90)
3) Towel - 1 pc (RM16.90)
4) Pureen Baby Wipes - 2 paket small (1 paket RM4.90)

Mosquite net, towel, selimut boleh jadi items yang last sekali beli pulak..
Pergi expo baby selalu dah.. Benda2 tu boleh lupa nak beli..
Sebab nye bila pergi expo baby, sy mengila tengok baju2 baby je.. Hihihi..

Drypers boleh pulak tersalah beli saizzzzzzzz.. T__T
Masa susun2 nak snap gambar baru perasan saiz S..
Ya Allah matik la kalau eshat tahu ni..Huhuhu..
Tapi takpela nanti beli saiz newborn..
Saiz S ni boleh simpan baby pakai bila dah besar sikit..

Alhamdullilah kelengkapan baby hampir lengkap semua dah..
Ada 1 2 barang yang belum beli lagi..
Yang tu baby dah keluar pon boleh pergi beli nanti..


And last baby bump 35weeks.. :)

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. Takyah risau, saiz s dgn newborn sama je.. yg beza new born ada lekuk skit kt tempat pusat,, jgn beli newborn byk2.. just pakai sampai putus pusat tu je.. hihihi *justshare

    ReplyDelete