Followers

Wednesday, 4 March 2015

Pregnancy Journey - 32 Weeks 1 Day

Hi & Assalammualaikum..

3 Mar 3015(Tues), KK Salak Tinggi

Kali ni pergi check up sorang..
Eshat tak cuti.. Lagi pon dia kena outstation ke Melaka..
Tapi nasib baik la dia pergi balik hari je..
Kalau bermalam kat sana, uwaaaaa tido sorang-sorang la T___T

Sampai klinik carik parking.. Banyak pulak kereta haritu..
Sekali masuk klinik, penuh giler oranggggg..
Selalu pukul 10 11 macam tu orang dah kurang sikit..
Haritu meriah betul lah KK..


Dapat no giliran, macam biasa ambik darah sikit hujung jari, ambik sample air kencing..
Lepas tu tunggu turn masuk bilik jumpa nurse..

Dah sabar menunggu, no giliran naik..
Masuk2 je bilik, nurse tanya apa yang awak paham tanda pergerakan baby ni?
Rupa nya sy salah  kira pergerakan baby..
Uwaaaaaa ni doc yang sy scan sebelum ni la bagitau nak kira baby gerak macam mana..
Tak pasal2 sy kena sembur dengan nurse haritu..
Nurse tu macam dah marah2, nak tinggi suara..
Sy balas balik.. Suka2 je nak marah-marah orang..
Cakap elok-elok tak boleh ke????? --'
Sy macam dah tinggi suara sikit, baru lah dia cakap elok-elok..
Barulah dia ok..
Haihhh sabar jela..
Ok dah lupa kan nurse tetiba nak moody tak tentu hala tu..

Check up kali ni HB ok, cuma turun sikit dari sebelum ni..
Sebelum ni 12.5, kali ni bacaan HB 12.00..
Kena maintain kan bacaan ni sampai bersalin..
Berat naik 0.5kg je..
Berat baby 1.3kg dah.. Berat baby ok normal untuk minggu 32weeks ni..
Berat bby ideal 2.5kg..
Nurse check perut, ukur tinggi rahim, dengar jantung baby semua..
Lepas tu nurse brief sikit pasal perancangan keluarga..

Sy dah minggu ke 32, nurse tanya barang-barang baby dah beli ke..
Dia suruh basuh-basuh baju baby dah..
Jangan guna nila.. Sebab kulit baby sensitive..
Buku pink kena bawak ke mana-mana pergi..
Incase terberanak awal ke..


Sy request nak jumpa doc gigi..
Sebab sy gosok gigi berdarah..
Masuk jumpa doc gigi, kena buang plak..
Last sy scalling gigi masa bukak braces tahun lepas.. Time tu nak kahwin..
Haaa dekat 9bulan gigi tak scalling.. Haiyoooo Y__Y
Di sebabkan dah lama tak scalling, ngilu tak payah cakap lah..
Sampai keluar airmata.. Hihihi..

Setel scalling gigi, jumpa nurse balik bagi buku pink..
Lepas tu setel dah..
Lagi 2 minggu datang check up lagi..

Nurse tanya sy plan nak bersalin kat mana..
Sy bagitau walk in je kat putrajaya..
Dia bagitau kalau putrajaya penuh, akan di tolak ke hospital kajang..
Officemate bagitau, hospital kajang takde pakar..
Dalam dilema nak bersalin kat mana dah ni.. Y__Y
Eshat cakap walk in je kat Putrajaya..
InsyaAllah tak penuh nanti katanya..


Nah baby bump 32weeks 1 day..
Semua orang tegur cakap perut kecik je.. :D

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment