Followers

Friday, 27 March 2015

Pregnancy Journey - Braxton Hicks

Hi & Assalammualaikum..


24 Mar 2015, Tuesday

Selasa petang lepas kerja pergi scan baby kat Klinik Maria Kota Warisan..
Klinik situ ada doctor perempuan hari selasa dari 530pm-10pm..
Hari-hari lain doctor lelaki..
Dan nasib baik Dr Norseha duty lagi kat klinik maria tu dan dia ada setiap hari selasa..
Best kalau dapat jumpa Dr Norseha..

Scan baby alhamdullilah semua nya ok..
Air ketuban ok.. Baby pon dah penuh dalam dalam perut sy ni.. :)
Baby dah turun kebawah..
Dr Seha bagitau mungkin minggu ke 37 sy dah bersalin..
Uwaaaa tetiba sy rasa neves..
Tengah happy-happy sekodeng baby, terus neves... T___T

Masa nak scan tu, tetiba baby mengeras..
Sy pon bagitau Dr Seha yang sekarang baby kerap mengeras..
Dia bagitau tu nama nya "Braxton Hicks" atau "kontraksi palsu"..
Oooooo barulah sy tahu..
Sebab kalau baby tak mengeras, macam mana dia nak turun ke laluan Dr Seha bagitau..
Lepas tu Dr tanya berapa kerap baby mengeras, ada sakit pinggang ke tak..
Bby mengeras takde la sekerap selang 5 minit..
Pinggang pon takde rasa sakit apa pon..

Tapi bila BH tu datang perut sy memang rasa keras..
Sy start rasa BH ni rasa nya dari minggu ke 33 atau 34 macam tu..
Tapi minggu ke 35 ni rasa perut mengeras lebih kerap..
Kadang2 "tut" rasa sengal-sengal..
Kadang2 tu bila perut mengeras dan rasa sengal-sengal sekali datang, sy duduk diam-diam je..
Sebab menahan sakit.. Huhuhu..

Sy pon google la apa tu Braxton Hicks..
Sebelum ni ada baca blog mom to be cerita pasal BH ni..
Tapi baca sekali lalu je la..
Ni dah kena kat diri sendiri, baru lah tahu apa tu BH ni..
Kat bawah ni apa yang sy jumpa..



Antara tanda-tanda saat kelahiran semakin tiba adalah sakit kontraksi atau pengecutan otot rahim sebagai persediaan untuk pembukaan pintu serviks. Bagaimanapun kontraksi yang anda alami belum tentu merupakan tanda bayi akan terus lahir.
Ini kerana ada kemungkinan ibu hamil akan mengalami kontraksi palsu (false alarm) di akhir kehamilan. Kebanyakan wanita yang hamil untuk pertama kali pasti mengalami kekeliruan tentang bagaimana untuk mengenal pasti perbezaan antara kontraksi sebenar dan kontraksi palsu.
Jom kenali perbezaan keduanya agar anda lebih bersedia ketika berhadapan dengan sakit kontraksi tersebut.
Kontraksi Sebenar
*Rasa memulas disertai ngilu di bahagian pinggang sampai ke bawah.
*Sakit kontraksi muncul bila usia kehamilan sudah cukup bulan iaitu sekitar minggu ke-37 hingga 40.
*Kekerapannya bermula sekitar 30 – 60 saat dan pada fasa kelahiran semakin hampir, sakit paling aktif dirasakan iaitu sekitar 75 saat.
*Semakin lama sakit kontraksi semakin cepat iaitu setiap 5 – 10 minit sekali dan biasanya semakin kuat disertai sensasi ada sesuatu akan keluar dari vagina.
*Sakit kontraksi tidak akan hilang walaupun anda cuba mengubah posisi anda.
Apa yang mesti dilakukan?
Segera ke hospital sekiranya sakit kontraksi berlaku setiap lima minit. Apatah lagi sekiranya disertai dengan tanda seperti:
*Keluar lendir yang bercampur sedikit darah dari vagina.
*Kantung ketuban pecah diikuti keluar air ketuban.
*Ngilu di kawasan pinggul, kemudian menjalar ke pangkal paha dan perut bahagian bawah.
*Bahagian leher rahim (perut bahagian bawah) terasa panas dan sakit.
Kontraksi Palsu
*Rasa memulas tanpa ngilur, bermula dari bahagian atas rahim dan turun ke bawah.
*Rasa sakit ini boleh berlaku pada trimester kedua (20 minggu ke atas) dan pada usia kehamilan 37 – 40 minggu.
*Kontraksi berlaku kurang daripada 20 saat tetapi adakalanya boleh mencecah dua minit atau lebih.
*Biasanyaberlaku satu atau dua kali sehari dan tidak bertambah.
*Rasa sakit akan hilang sekiranya ibu mengubah posisi.
Apa yang mesti dilakukan?
*Ia adalah perkara normal yang tidak perlu dikhuatiri. Sekiranya anda berasa tidak selesa, segera bertenang, berbaring atau berjalan di sekitar rumah.
*Bila kontraksi semakin kuat dan berlaku selama beberapa jam atau hari, atau bila keluar darah/cairan lain dari vagina, segera berjumpa doktor. Dikhuatiri ia bukan kontraksi palsu teapi tanda kelahiran pramatang. Keadaan ini boleh berlaku kepada ibu hamil kembar.
Sumber : pa&ma
Love, Rina Ellisa

10 comments:

  1. oh itu lah BH. saila rasa tapi taktau pulak nama saintifik dia Braxton Hicks. saila start rasa masa preggy 6 bulan macam tu. makin membesar makin kuat rasa BH tu. Sampaikan dah nak bersalin saila taktau yang saila sakit nak bersalin, sebab saila rasa BH makin kuat je. sebab dah terbiasa BH dari 6 bulan..hehehehehe!

    ReplyDelete
  2. Hehehehehe yeke.. Rina tahu pon sebab Doc yang bagitau.. Kalau tak memang tak tahu pon apa tu BH.. kihkihkih..

    Dah hujung2 ni makin kerap rasa HB ni.. T__T

    ReplyDelete
  3. oooo... kite pernah dgr pasal BH ni..tapi xtau lak baby mengeras tu tnda BH..

    ReplyDelete
  4. Kita pernah dengar pasal BH , orang kata sakit juga. Huuuu. Semoga dipermudahkan makcik. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jugak la makcik rasa sakit nye macam mana.. Y__Y

      Delete
  5. Assalamualaikum rina. wahhh dah dekat dah ni. bestnya.. tak sabar tunggu rina jadi ibu.. semoga dipermudahkan ya.. macam pengalaman sheila dlu tanda tanda darah/air ketuban.. terus sakit 5 minit sekali. makin lama makin sakit. makin tak tahan, terus g spital. tahu2 dah 5cm bukaan. Rindu saat bersalin tu. Perjuangan terindah nak tengok zuriat sendiri ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Sheila.. InsyaAllah tak lama je lagi ni.. Neves pon ada ni. Heee :p

      Waaa memang dipermudahkan sheila nak bersalin kan.. tau2 dah 5cm..

      Doakan rina dipermudahkan semua nya yea.. Amin :)

      Delete
  6. rina ! tq 4 this entry..fadh tatau pown yg selama ni baby mengeras tu braxton hicks..sejak mggu ke 37 lg mmg salu die mengeras nak2 lagi kalo naik kete..dan skrg pown duduk bt keje, kejap2 die mengeras..pergerakan baby pown agak kasar lately ni..so tau dah ni BH..huhu..so lps nk kene fokus pade kontraksi sebenar tu..kene btol2 alert..hope rina dipermudahkan semuanyer..antara kite mst dkt2 je tarikh bersalin ni..gud luck tau !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome Fadh.. Lepas ni fadh kena alert betul2 tau..

      InsyaAllah anak kita lahir dekat-dekat je nanti.. Amin :)

      Delete