Followers

Wednesday, 18 March 2015

Pregnancy Journey - Kaki Kejang/Cramp

Hi & Assalammualaikum..

Pagi tadi tengah sedap tido, lepas tu mengeliat..
Sekali tetiba kaki kejanggggggg..
Kena attack serta merta!
Sakit sangattttttttttttttttt!!!! --'
Terus kelam kabut eshat bangun pegang kaki sy urut-urutkan..
Dia suruh lembut kan kaki..
Jangan keras kan kaki lawan sakit tu..
Tengah sakit sy tak boleh buat apa..
Rasa betis kaki tu tegang sangat-sangat!

Nasib baik lah eshat cuti time tu..
Sebab nak teman sy check up..
Kalau sy sorang2 time tu tak tahu nak buat apa..
Dah la first time kena ni..
Minggu ke 34 ni baru kena kaki kejang kat betis..

Dalam 2 3 minit kejang tu hilang dengan sendiri..
Tapi bila bangun berjalan terasa sakit jugak la sikit-sikit..



Lepas dah kena kaki kejang ni, terus google carik info..
Kat bawah ni sy jumpa di www.babycenter.com.my..
Dah baca dah google baru lah tahu sebab apa kaki kejang lagi-lagi time pregnant..


Mengapa saya mengalami kekejangan kaki pada waktu malam?

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 


Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?


  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.


Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 

  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.


Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • betis anda membengkak.

Sumber : Baby Center

Love, Rina Ellisa

4 comments:

  1. Kalau orang kita panggil Simpul Mengkarung. Hahahaha. Dulu rajin kena dalam tido. Sebab sejuk kot. Pastu siap nanges nanges. Da lama tak kena , minta minta jangan singgah lagi la. Hahaha. Sakit uuii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa simpul menkarung pon kita ada dengar..

      Lepas ni kena banyak2 minum susu makcik.. Elak kan kena kaki kejang ni..

      Sakit gilerrrrrrrrrr lak tu! --'

      Delete
  2. fadh pown ade 3 4x jgk kene mase awal2 30weeks dlu rina..ade sekali tu kene sampai menangis2 tersedu2 sbb die serang kite 2x..suami urut2kan tibe2 die kejang balik..mmg xbole lupe la insiden tu..cengenggg sgt ! haha..rina tido pakai stokin..in syaAllah kurang sbb fadh skrg tido pakai stokin tebal skit, mmg xkene dah ular2, simpul mengkarung sume tu..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. saila pun pernah kena hampir 10x jugak sepanjang pregnant..sebab saila x boleh minum susu tetiba je alah. huhuhu! dalam banyak2 kali tu, sekali paling teruk, paling sakit. menangis jugak lah..sepanjang hari jalan tempang sikit. tak sanggup kalau diingat2 balik. paling kesian husband lah, terperanjat beruk time tido sbb kita tetiba terjerit sakit..huhu

    ReplyDelete