Followers

Monday, 2 March 2015

Pregnancy Journey - Shopping kat FOS

Hi & Assalammualaikum..

1 Mar 2015 (Sun), FOS Setia City Mall

Habis je event office tengahari tu, jalan2 jap tengok apa yg best kat SCM tu..
Jalan-jalan, ternampak FOS..
Haaa terus ajak eshat masuk nak tengok-tengok baju baby..
Kalau dah jumpa baju baby, lupa dah niat nak "tengok-tengok" mula tu..
Terus la ambik sepasang dua buat puas hati..
Nanti balik rumah teringat-ingat pulak.. Hihihi..

Sy ada baca review m2b, baju baby kat FOS ada yang RM10 sehelai..
Tu yang nak jugak tengok jenis design baju apa ada kat FOS tu..
Masuk2 je sy terus carik tempat jual baju seluar yang RM10 tu..
Sebenarnya RM15 sehelai.. Kalau beli 3 helai, baru dapat RM10 sehelai..


Kalau nak carik sweater, kat FOS banyak..
Eshat round-round, jumpa bahagian sweater ni..
Yang ni RM25 sehelai, free sehelai..
Merah tu eshat pilih, pink polkadot tu sy pilih..


Yang ni RM30 untuk 3helai..
Kalau beli sehelai RM15..
Rugi kan beli sehelai je..
Alang2 beli 3helai terus.. Baru puas hati! Hihihi..


Jadinya, dapat beli 5helai baju kat FOS..
Yeayyyyyy!!! Seronok! :D

Balik dari SCM tu, eshat ajak pergi manjaku bangi pulak..
Beli barang baby apa yang takde lagi..
Nak cari minyak telon sebenarnya..
Tapi kat manjaku bangi takde jual pulak..
Terus eshat ajak pergi billion bangi..
Sampai billion bangi, pergi kedai baby kat belah bawah tu pon takde jugak jual minyak telon baby..

1 Mar 2015 (Sun), Billion Bangi


Beli napkin printed 10pcs harga RM24.90 & changing mat pureen RM13.90 kat kedai baby tu..
Minyak telon beli kat farmasi dalam billion tu harga RM6.00..
Rasa macam mahal sikit harga minyak telon kat situ..
Tapi eshat cakap beli jela dah jumpa ni..

Stokin nak pakai time pantang nanti..
Beli kat masjid bangi..RM5 sepasang..
Sy beli sebab boleh masuk ibu jari kaki sekali..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment