Followers

Tuesday, 28 April 2015

Pengalaman Bersalin Part 1

Hi & Assalammualaikum..

Sebelum terlupa kenangan manis pahit bersalin haritu, baik cepat2 sy update kat blog..
PrincessRA dah besar nanti, sila carik dan baca dalam blog ibu ni ok sayang! :)

13 April 2015, Isnin



Kedai Makan
Malam isnin tu sempat lagi keluar makan dengan Sarah..
Keluar makan pon dekat-dekat dengan rumah je..
Beg hospital bawak masuk kereta siap-siap..
Eshat nak jumpa ijat (husband sarah) nak ambik barang..
Alang-alang tu terus pergi makan malam sekali..
Magrib tu perut sy dah mengeras lain macam..
Sejam sekali mengeras..
Time tengah makan pon kerap mengeras..
Sy cakap dengan eshat, tah2 nak beranak dah kot..
Ok kita makan puas2 dulu malam tu..
Menu tomyam, sotong goreng tepung, kailan ikan masin & telur dadar..
Habis makan ambik2 gambar dulu dengan sarah lepas tu terus balik rumah..

Hari isnin tu hari last day kerja..
Due date 28 April 2015.. Ada 2 minggu lagi nak due..
Eshat suruh ambik cuti awal..
Takut-takut sakit nak beranak tengah drive ke nanti..
Ok sy menurut perintah..
Siap-siap kan kerja, handover kerja2 baru seronok nak cuti awal..

Dalam Bilik
Siap2 sembahyang isyak pastu nak masuk tidur..
Tengah golek2 atas katil dalam bilik, pukul 1130pm tetiba bunyi "POP"..
Tak lama tu rasa air panas suam keluar meleleh...
Terus panggil eshat, dia pon kelam kabut masuk bilik..
Sy rasa tu air ketuban..
Terus teringat cerita air ketuban Kak Ana (officemates) pecah time dia tengah tido.. Huhuhu..
Air yang keluar tu tak berbau pon.. Jernih je..
Memang sah la air ketuban dah pecah..
Call mak sy bagitau ada air keluar.. Mak suruh pergi hospital terus..
Takut baby lemas ke dalam perut..

14 April 2015, Selasa
Kat rumah lagi
Eshat dah tak senang duduk, sy lagi la tak senang duduk..
Tapi sempat lagi baring konon-konon nak sambung tidur..
Esok pagi baru pergi hospital..
Siap alas katil dengan plastik sebab air duk keluar je..
Lepas tu siap pakai pad lagi.. Hahaha..
Taknak bagi tilam basah..

Bila dah siap alas2 semua nak tidur, takleh tidur pulak..
Risau gelabah semua ada.. Apa nak buat lepas air ketuban pecah pon tak tahu..
Kitaorang berdua jadi macam tak tentu arah apa nak buat ni..
Eshat lagi la cuak apa nak buat time tu.. hahaaha..
Dia boleh plak sempat google pasal air ketuban semua.. Adoi la suami..
Sy dah get ready ambik jubah & tudung sangkut siap2..
Kalau rasa sakit je, terus sarung pakai pergi hospital..
Tak lama tu, eshat tak sedap hati dia call mak dia..
Mak dia suruh balik rumah putra dulu..
1230 tengahmalam baru gerak balik rumah mak putra..
Dalam kereta air duk keluar je.. Siap alas kusyen dengan plastik lagi..
Time ni memang tak rasa sakit apa lagi..

14 April 2015, Selasa
Rumah mil
Sampai je rumah mil, mil terus suruh pergi hospital.
Takut pape jadi kat baby..
Tapi sempat lagi buang air kejap.. Memang terasa nak kencing je..
Huwaaa nak bersalin dah ke ni?????
130pagi sampai hospital putrajaya register semua..
Hospital tak sampai 5minit je dari rumah mil..

Dewan Bersalin Hospital Putrajaya
Sampai je kaunter bagi buku pink semua, nurse bagitau wad bersalin & wad penuh.. Alamak!
Kemungkinan kena transfer HKL atau kajang..
Kalau boleh sy taknak pergi HKL sebab jauh sangat..
Dan kalau boleh taknak jugak pergi hospital kajang sebab dengar2 review facilities kat situ kureng..
Tah apa kakNgah & eshat ayat nurse kaunter tu, akhirnya dapat pon bersalin kat situ..
KakNgah teman hantar pagi tu.. Sian dia pukul 4pagi baru balik, esok pagi2 kena kerja..

Bilik 1
Lepas urusan kat kaunter, sy di suruh masuk ke dalam..
Timbang berat turun ke 53.8kg..
Maybe air ketuban dah pecah, berat pon turun..
Kena baring atas katil, nurse nak pantau jantung baby..
Sejuk pon boleh tahan dalam bilik tu..
Time ni air ketuban keluar je..
145pagi dah start rasa contraction..
Tapi tak kerap.. Sakit boleh tahan jugak la..
Dalam setengah jam macam tu, datang doc cina lelaki nak check bukaan jalan..
First time ni nak kena seluk nak check bukaan jalan..
Boleh tahan sakit T____T
Baru sy rasa apa perasaaan akak2 ni cerita sakitnya bila kena seluk.. Huhuhu...
Check bukaan baru 3cm..

Sy kena tunggu atas katil tu sampai pukul 3lebih..
Tah apa nurse & doc cina tu kehulur kehilir carik bilik ke tunggu labour room kosong ke pon tak tahu..
Contraction makin kerap.. Rasa nak terberak pon ada..
2 3 kali jugak sy ke toilet buang air..
Dengan sejuk nya lagi..

Bilik 2
Sementara tunggu labour room ready, sy di suruh baring sekejap..
Sebab time ni contraction kejap datang, kejap hilang..
Tak lama tu doc pon masuk..
Kali kedua kena seluk dengan doc perempuan melayu..
Aduhhh sakit nye dia seluk.. Kasarrrrrrr!! T___T
Bukaan lupa nak tanya dah berapa..
Dia masuk kan ubat kat montot untuk berak..
Berapa saat je zasss masuk toilet..

Labour Room
Lepas tu sy di suruh masuk ke satu bilik ni dan tukar baju putih..
Jalan pon dah terbongkok2 sebab sakit menahan contraction..
Sampai je bilik tu, doc cina yang check bukaan tadi tu cucuk kan jarum kat tangan kanan..
Sy tanya nurse sy nak kena masuk wad ke..
Eh tak la awak dah nak bersalin ni..
Sy tengok sekeliling bukan macam wad..
Tengok lampu kat hujung kaki, dan tah apa lagi yang ada..
Ohh dalam labour room dah ni..

Dalam pukul 4lebih pagi sy dah ada dalam labour room..
Pesan kat eshat suruh whatsapp mak yg sy dah masuk labour room..
Eshat pon dah teman kan sy dalam labour room tu dengan bawak masuk semua beg2 baju baby..
Nurse suruh makan pape sikit untuk tambah tenaga..
Eshat sempat lari pegi beli milo kotak & roti..
Tapi dalam labour room tu nurse ada bagi milo kotak suruh minum..
Sy minum sikit je sebab dah tak lalu nak makan minum sebab menahan contraction..

Nurse tanya nak ambik epidural ke tak..
Siap bagi pamplet suruh baca lagi..
Time tu sy baca memang tak masuk kepala dah..
Dah baca sy bagitau nurse taknak ambik apa-apa ubat tahan sakit..
Makin lama contraction makin kerap dan makin sakit..
Terus mintak kat nurse nak ambik epidural..
Kali ketiga kena seluk nak check bukaan dengan doc india perempuan..
Dia seluk pon sakittttttt!! Uwaaaaaaaaaaaa!! T__T
Dah la tengah contraction time tu..
Doc check bukaan dah 6cm..
Tak guna dah nak request epidural.. SobssSobss..
Nurse bagitau dia try call doc epidural pon tak dapat..
Jadinya sy hanya bergantung pada gas je bila nak tahan sakit.. T__T
Redha jela..

Sempat lagi tanya kat sorang nurse ni, apa kebaikan ambik epidural..
Sebelum ni sy memang tak teringat langsung hal-hal ubat tahan sakit ni bila nak bersalin..
Dah nak bersalin baru la nak tanya pendapat semua..
Semua dah terlambat..

Detik-detik menahan contraction dengan bantuan gas

Pukul 5lebih pagi macam tu contraction makin kerap..
Eshat setia kat sebelah bagi pinjam lengan dia..
Bila sakit contraction tu datang, sy pegang kuat2 lengan dia sambil sedut gas..
Sakit sangat-sangat..
Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena..
Bila sakit hilang, sy lepas kan gas tu..
Tetiba je kat hujung katil dah ada 2 orang standby..
Seorang doc india perempuan tu seluk lagi nak tau bukaan berapa..
Contraction makin kuat..
Dan bermula la perjuangan sy dalam labour room..

Bersambung part 2 nanti..
Rasa panjang menjela dah entry ni..
Nak refresh ingat kan balik.. Huhuhu..

Love, Rina Ellisa

12 comments:

  1. ok.baca ni mengimbas kembali zaman nak beranak dulu.rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.. rina mungkin akan rindu jgak nanti.. :)

      Delete
  2. Alahai sakitnya. Baca je pon terasa ngilu gak nih. Huhuhu! Papepun, alhamdulillah, dah selamat semuanya. Nanti sambung part 2, nak baca lagi. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah.. InsyaAllah nanti rina update.. :)

      Delete
  3. Seronok dapat baby tapi kalau boleh nak skip contraction part, boleh? Haha.

    Apapun, itulah pengalaman terindah yang tak dapat dilupa. Dah sakit2 rasa macam nak pelangkung orang, sekali tengok baby nurse letak atas dada, terus hilang rasa sakit semua.

    Tahniah Eshat dan Rina. Welcome to parenthood!

    p/s: Eh, akak tergatal, tertukar link blog. Jangan lupa jenguk akak sekali sekala tau. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak kalau boleh nak skip part contraction tu.. Sakit tuhan je tau.. Y__Y

      tapi tu la, bila ingat2 balik rindu semua tu.. Hahaha..

      Delete
  4. Baru nak mula excited baca, dah bersambung..hehe..papepon tahniah!.. =)

    ReplyDelete
  5. Heee seram baca bab kene seluk tu rina. Alhamdulillah sume dh selamat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. takde pe la kak.. sikit je tu.. :p

      Delete
  6. wuarghhhhh tetibe dpt refresh balik sakit contractionnn !!! sakittttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la contraction yg sakit tu.. beranak tak berapa sangat.. hihihi.. :p

      Delete