Followers

Sunday, 29 March 2015

Pregnancy Journey - Wajib Buat Trimester Akhir!

Hi & Assalammualaikum..

Pejam celik, pejam celik dah trimester akhir pon..
Rasa macam baru je semalam pening pening lalat semua.. Huhuhu..
Dah hujung-hujung ni kena prepare mental & fizikal..
Tidur pon dah tak berapa lena dah..
Kejap kejap terjaga..

Ni ada info dari pa&ma..
Boleh la baca sama-sama tambah ilmu..

******************************************************************************************************************************************************************

Sebaik ibu hamil memasuki trimester akhir bermaksud semakin mendekati saat hendak melahirkan bayi. Ketika ini selain penjagaan kesihatan dan pengambilan makanan perlu lebih diberi perhatian, bakal ibu juga perlu ada senarai apa yang wajib dilakukan pada trimester ketiga kehamilan.

Mengira jumlah pergerakan bayi
Bayi dalam kandungan semakin aktif bergerak. Biasanya doktor akan menyuruh ibu mengira jumlah pergerakan tersebut dalam sehari mesti melebihi 10 kali untuk memastikan bayi sihat dan selamat. Maka nikmati saat manis pergerakan bayi anda yang pasti akan dirindui apabila dia sudah dilahirkan kelak.

First time kira pergerakan baby salah.. T__T.. Sampai kena marah dengan nurse sebab salah kira.. Ni salah Doc yang bagitau sy la.. Next checkp up nurse tengok cara kira sy dah betul.. Yeayyyy!!!

Belajar menyusukan bayi
Sebagai bakal ibu tentu anda mahu berikan yang terbaik kepada bayi. Jika berazam untuk memberikan susu ibu secara eksklusif, mulalah belajar pelbagai panduan penyusuan daripada kawan-kawan yang berpengalaman selain banyak membaca dan mencari info.

Sy cuba sedaya boleh ambik ilmu dari orang-orang yang dah ada pengalaman.. Banyak kan membaca pasal ilmu-ilmu penyusuan.. Memang niat dari awal pregnant lagi nak menyusukan anak sampai umur dia 2tahun.. InsyaAllah Amin..

Memilih doktor menyambut kelahiran
Tidak kira apa pilihan hospital bersalin anda, diharap semuanya dapat memenuhi kehendak dan 
keupayaan anda dalam melahirkan si buah hati kelak.

Sy pilih bersalin di hospital Putrajaya atau Serdang.. Harap-harap lah dipermudahkan semua nya.. Takut jugak antara dua hospital ni penuh.. Kalau putrajaya atau serdang penuh akan di transfer ke HKL.. Huwaaaa jauhnya.. Pilihan doctor sy & eshat tak kisah lelaki atau perempuan.. Yang penting sy & baby selamat..

Menyiapkan beg ke hospital
Jangan lupa mengemas barang keperluan ibu dan anak untuk dibawa ke hospital. Simpan beg tersebut dalam kereta bagi memudahkan anda ketika menghadapi saat kecemasan ke hospital pada bila-bila masa.

Tak lengkapkan lagi beg hospital.. Baru je masuk kan pampers, barang mandian, bantal.. Baju2 baby pon tak masuk kan lagi.. Hihihi..

Membasuh pakaian bayi
Segala pakaian dan segala keperluan bayi yang baharu dibeli hendaklah dibasuh bersih terlebih dahulu sebelum dipakai oleh bayi. Oleh itu pastikan anda membersihkannya di awal trimester ketiga kerana siapa tahu anda bersalin awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Dua kali buat trip mendobi baju baby.. Fuhhh boleh tahan letih jugak.. Di sebabkan taknak basuh guna mesin basuh, kena la guna kudrat tenaga.. Nasib baik la eshat pon tolong basuh sekali.. Kalau tak nangis la sy sorang2 membasuh baju-baju baby.. Penat oooOOOoo..

Info : pa&ma
Love, Rina Ellisa

6 comments:

  1. kite bersalin dkt hospital serdang....penuh gak..tapi die xkan tolak kite ke hospital lain ...kate doktor situ la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oyke.. Mintak2 takde la kena tolak ke hospital lain turn sy nanti..

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan makcik , tak sabar nak tengok baby awak ni ! Hehehee. Ritu dah kena kick , nak kena kick betul betul pula. Ekekekee. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Tq makcik.. Tak lama je lagi makcik.. :p

      Delete
  3. semoga semuanya lancar rina.. dan baby sihat n mommy nyer pun sihat! :)

    ReplyDelete