Followers

Thursday, 30 April 2015

Raudhatul Aaishah Bt Muhammad Irsyad

Hi & Assalammualaikum..

Masa 1st trimester dah start cari nama anak..
Sy ada nama yg sy berkenan..
Eshat pon ada nama yg dia berkenan..
Memang mula2 tu gaduh2 manja sikit la nak pilih nama anak.. Hahaha..

Kalau ikutkan sy, sy suka nama melayu2 klasik..
Kalau nama perempuan suka nama mawar ke, melur ke, orkid ke, maryam ke, Laila ke, Fatimah ke..
Kalau nama lelaki Umar ke, Yusof ke..
Dan sy nak nama 1 perkataan je..
Macam Maryam Bt Muhammad Irsyad je..
Tapi eshat nak nama panjang2 sikit..

Kalau eshat dia suka gabungan nama kitaorang berdua..
Tapi tu la kalau dah gabungan kan nama kitaorang berdua nanti takut takde maksud pulak..
Dah masing2 malas nak pikir sebab gaduh manja masing2 nak pilih nama sendiri, kitaorang hold la dulu pilih nama anak..
Ada masa lagi boleh cari dan pilih..
Sampai la dah hujung2 trimester baru bukak balik cerita nama anak..

Sy memang berkenan sangat-sangat dengan nama 'RAUDHAH & 'AAISHAH'..
Tak tau la kenapa..
Ada satu malam  tu dah hujung2 pregnancy tu eshat cadangkan nama "Raudhatul"
Eh macam sedap jugak bunyi Raudhatul tu..
Tu yg terus list kan gabungan nama raudhatul dengan nama nama yg best...

Ni antara pilihan nama anak kitaorang :-
Raudhatul Aaishah
Raudhatul Aini
Raudhatul Sakinah
Raudhatul Jannah

Sy search jugak nama-nama bby dalam page FB Nama-Nama Indah Yang Bermakna..
Dalam page tu banyak sangat nama-nama yg best..
Kita boleh post cadangan nama bby dlm tu dan minta admin bagitau maksud nama tu..

Otw dalam kereta nak balik rumah lepas dah boleh keluar hospital hari kedua tu, barulah kitaorang bagi nama anak..
Dalam 4 pilihan nama kat atas tu, sy & eshat sama2 setuju pilih nama anak Raudhatul Aaishah..
Raudhatul/Raudhah bermaksud taman syurga..
Aaishah bermaksud hidup bahagia....

Kalau ikut nama yang di pilih ni macam pilih nama-nama yang sy berkenan je kan.. Hahaha..
Tapi nama raudhah tu eshat tukar letak Raudhatul..
Sedap jugak kalau di sebut sekali dengan Aaishah..

Mula-mula sy dan family semua panggil Aaishah..
Lepas tu sy tukar suruh diaorang panggil Raudhah pulak..
Nak panggil Raudhah boleh, Aaishah pon boleh..
Tapi family sebelah eshat panggil Aaishah..
Family belah sy panggil Raudhah..
Bila balik rumah mak putrajaya rasa janggal family sana panggil Aaishah..
Bila balik rumah mak salak family sy panggil Raudhah ok je..
Sebab dah sebati hari-hari duk sebut raudhah..
Tapi sy & eshat memang panggil Raudhah..
Kadang2 de jugak tersasul panggil aaishah..

2nd day Raudhatul Aaishah 

Assalammualaikum kawan-kawan ibu.. :)
Sy la Raudhatul Aaishah Bt Muhammad Irsyad yang selalu ibu cerita-cerita kan tentang sy masa sy dalam perut ibu lagi tu.. Hihihi..
Harap-harap serasi la nanti nama ni dengan anak kitaorang..
InsyaAllah..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment