Followers

Tuesday, 30 June 2015

Journey of Princess RA : Buka Akaun Tabung Haji

Hi & Assalammualaikum..

30 June 2015 (Tues), Putrajaya


Nah belanja dulu gambar Cik Raudhah satu! :)

Dari Raudhah dalam perut lagi sy & eshat memang dah ada niat nak bukak kat akaun tabung haji Raudhah..
Cuma tunggu Raudhah keluar je dah ada dokumen semua baru boleh bukak kan akaun dia..
Raudhah habis pantang, dah boleh keluar jalan2 baru lah sy ajak eshat pergi..
Kena jugak pergi.. Sebab bila tangguh2 tak pergi nanti..

Mula2 tak tau pon kat putrajaya ada cawangan TH ni..
Tanya MIL, rupa2 ada..
Ni address..

Tabung Haji Cawangan Putrajaya
Address : Lot. G3 Blok E, 16 Parcel E Precinct 1, Wilayah Persekutuan, 62000 Putrajaya
Tel No : 03-8889 2449

Sampai je register semua, kena isi 2 3 borang..
Masa tu tak ramai sangat orang..
Mungkin hari bekerja..
Prosess cepat sikit..

Dokumen cuma nak ic original ibu & anak..
Nanti kat kaunter, just nak kan cap jari ibu je..
Tak payah buat copy ic ke surat beranak semua..
Sy pon beriya-iya la sediakan..
Tapi pegawai kat kaunter tu tak mintak pon..


Alhamdullilah dapat dah bukak kan akaun tabung haji untuk Raudhah..
Lepas ni boleh lah simpan duit raya Raudhah & monthly saving untuk dia..


Sy tengah berurusan kat kaunter, eshat bawak Raudhah jalan2, tau2 je dia dah lelap..
Sampai la bawak masuk kereta tidur je dia..
Yeayyy anak ibu dah ada buku tabung haji..
Lepas ni ibu register kan haji untuk Raudhah ye..

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 24 June 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Hi & Assalammualaikum..

Dah shopping raya lom kawan-kawan?
Kalau tak sempat nak keluar shopping, boleh shopping raya kat nile.com.my..
Macam-macam ada..


Tak lama lagi nak raya, nile,com.my ada buat jualan raya meletop 2015..
Cepat-cepat pergi usha tengok apa yang ada..
Dan nile.com.my pon ada buat contest untuk blogger..
Nak join, klik SINI..

Kat bawah ni 5 item yang sy nak sangat-sangat dari nile.com.my ni :-






Kalau menang voucher RM150 dari nile.com.my boleh shopping raya..
Cepat sapa nak join, boleh klik nile.com.my..
Mana tahu rezeki bulan2 puasa ni.. :)

Love, Rina Ellisa

Monday, 22 June 2015

Tauhuanora

Hi & Assalammualaikum..

5 June 2015, Friday

Lama dah teringin nak makan tauhuanora ni..
Dari mengandung lagi mengidam..
Baby dah keluar baru lah dapat merasa.. SobsSobss..
Dalam pantang tengok kat IG @tauhunora lagi la tak tahan..
Habis je pantang terus order..
Haaa gelojoh betul! :p


Minimum order 10pcs..
Harga RM2.50 1pc..
Sy pick up kat Presint 9 putrajaya..
Tauhunora ada sedia kan delivery & self pick up..


Dapat je bawak masuk kereta memang rasa tak sabar nak makan..
Dengan bau semerbak harum..


Kuih kicap makan dengan tauhu tu..
Rasa masam sikit, manis sikit..
1 keping tauhu tu di potong empat..
Dalam tauhu ni isi kentang & sayur campur..

Kebetulan adik sy ada kat rumah time tu, sy dengan dia jela makan..
Berulang-ulang makan masing-masing sebab sodap sangat! Hahaha..

12 June 2015, Friday

Next week nya sy repeat order..
Tak tahan nak makan lagi..
Rasa macam ketagih pulak..


Order 10pcs makan la berdua dengan adik lagi kat rumah..
Eshat tak makan sebab ada sayur campur dalam tauhu ni..


Haishhh tengok gambar tengah puasa ni buat terliur..
Khamis ni repeat order lagi..
Yeyyyy!!!
Boleh walk in Bazar Ramadhan duduk Taman Melawati KL kalau nak carik tauhuanora ni..
Diaorang ada bukak kedai kat sana..

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 17 June 2015

Journey of Princess RA : Check Up 2 Months

Hi & Assalammualaikum..

16 June 2015 (Tues), KK Dengkil

Next check up kena bawak Raudhah ke KK Dengkil..
Sebab ikut alamat rumah Kota warisan..
Kalau pergi jugak ke KK Salak, di kira kes luar kawasan ke macam mana tah..
Tak dapat dah nak check up Raudhah kat KK Salak lagi..

First time pergi KK Dengkil terkejut jugak sebab keadaan kat situ jauh berbeza dari KK Salak..
Tak canggih macam KK Salak..
Ok lepas ni tiap-tiap bulan akan datang ke situ..
So hadap jela.. Huhuhu..


Anak ibu dah 2bulan! :)


Umur 2bulan ni memang time dia tidur jela..
Lagi2 waktu pagi memang waktu dia tidur..

Dah timbang berat tinggi semua..
Alhamdullilah berat Raudhah naik..



Ok settle dah check up..
Jom balik.. Ibu Abah dah lapor nak makan.. Hihihi..


Selfie dulu dengan ibu.. Hihihi..
Next check up Raudhah kena cucuk 3bulan..
Apa kena cucuk???
Ibu trauma dengar kena cucuk2 ni..
Sebab teringat Raudhah kena cucuk hari-hari dulu ambik darah masa warded jaundice.. T__T

Love, Rina Ellisa

Lunch Date Officemates!

Hi & Assalammualaikum..

17 June 2015 (Wed), Watie Corner Nilai

Sebelum puasa, jom ramai-ramai lunch kat luar..
Esok kita puasa dah..


Menu yang order:-
Ikan Patin masak lemak tempoyak
Daging salai masak lemak
Ikan tenggiri masak asam pedas
Ayam kampung goreng


Kat watie corner ni famous dengan gulai lemak..
Memang sedap! Kuah pon pekat..
Sambal colek pon sedap..
Semua nya sedap la..


Haa penuh meja uolls..



My officemates posing dulu sebelum makan..
Padahal perut dah krikk krikk bunyik lapa.. Huhuhu.. :p




Sebelum balik selfie beramai-ramai dulu..
Kenyang perut senyum je.. :)

Selamat menyambut ibadah puasa semua..

Love, Rina Ellisa

Sunday, 14 June 2015

Saturday Date!

Hi & Assalammualaikum..

13 June 2015 (Sat), Saba Restaurant Cyberjaya

Haritu nak jumpa ema lin tak jadi..
Plan nak datang rumah sy tengok baby..
Tapi ema pulak tetiba demam masa tu..
Cancel plan nak datang rumah sy buat portluck..
Baru nak rasa ema buat sup daging, lin buat bubur ayam..

Weekend haritu sy balik rumah mil, terus set date jumpa ema lin..
Eshat kerja hari sabtu tu, boleh la keluar dengan diaorang..
Plan jumpa makan2 minum sebelum lin bersalin..
Carik tempat dekat-dekat je..
Lin nak makan nasi arab kat saba cyberjaya..

Nak jalan jauh2 susah lagi2 ada baby kecik..
Lagi2 sy nak handle baby sorang2 eshat takde memang tidak nak keluar jauh2.. Huhuhu..
Awal lagi tak biasa nak handle baby sorang2..

Pukul 1pm ema pick up sy kat rumah mil kat putrajaya..
Kebetulan Raudhah time tu jaga nak menyusu..
Haaa kelam kabut nak bagi dia susu, sy nak siap lagi..
Lepas tu nak salin pampers dia dulu..
Huwaaa terasa huru haraaa.. Hahaha..
Bila letak dia menangis..

Sampai je Saba, tulis nama dulu & tunggu turn..
Orang ramai hari sabtu tu..
Tak lama lin & joe pon sampai..


 Raudhah keluar dengan ibu berdua..
Abah kerja..


Raudhah & Antie Lin..
Lin mula-mula takot nak pegang..
Raudhah pon gelisah bila lin pegang..


Bila uncle Joe pegang dia senyap..
Ooooo dengan lelaki nak yea.. Hahaha..
Joe kekok pegang baby..
Belajar joe.. Anytime je anak ko nak keluar tu.. Hahaha..
Nanti dah ada anak, automatik tahu nak pegang anak macam mana..


Antie Ema pegang Raudhah jap ibu nak makan..


Lin & joe order chicken mandy large..
Portion large pon banyak..
Tapi makan duaorang habis la..


Ema order lamb..
Sodap katanya..









Ok puas dah bergambar, jom balik! Hahahha..
Raudhah pon sedap je tidur..
Tapi lengguh jugak la ibu dukung..
Terus rasa best nye kalau ada wrap ni..
Letak je dia dalam wrap haa tidur la puas2 dalam tu nak..
Ibu nak merayap2 dalam mall jap.. Huhuhu..

Love, Rina Ellisa

Sunday, 7 June 2015

Shopping @Marissa Shoppe Shah Alam

Hi & Assalammualaikum..

7 June 2015, Sunday

Sesiapa nak cari barang baby, boleh pergi tengok kat Marissa Shoppe Shah Alam..
Macam-macam ada.. Rambang mata tengok..
Dah ada anak ni mengila nak beli barang-barang anak je..
Baju sendiri pon tak berapa kesah sangat dah.. Huhuhu..

Pergi marissa shoppe ni niat nya nak beli storage botol, storrage plastik & ice pack je..
Tapi bila dah masuk kedai yg ada macam2 jual, terus tergugat.. Y__Y


Hasil :-
1) Storage botol
2) Storage plastik
3) Minyak telon
4) Set grooming TT
5) Ice pack
6) Baby Food Storage Cup

Kan dah terbeli grooming set TT, minyak telon & storage cup..
Storage botol & plastik, storage cup tu tengah ada promosi..
Minyak telon tu beli 2botol standby nak keluar ke mana-mana nanti..

Boleh terjah instagram @marissa_shoppe kalau nak beli online..
Selamat membeli belah barang2 anak!

Love, Rina Ellisa