Followers

Tuesday, 30 June 2015

Journey of Princess RA : Buka Akaun Tabung Haji

Hi & Assalammualaikum..

30 June 2015 (Tues), Putrajaya


Nah belanja dulu gambar Cik Raudhah satu! :)

Dari Raudhah dalam perut lagi sy & eshat memang dah ada niat nak bukak kat akaun tabung haji Raudhah..
Cuma tunggu Raudhah keluar je dah ada dokumen semua baru boleh bukak kan akaun dia..
Raudhah habis pantang, dah boleh keluar jalan2 baru lah sy ajak eshat pergi..
Kena jugak pergi.. Sebab bila tangguh2 tak pergi nanti..

Mula2 tak tau pon kat putrajaya ada cawangan TH ni..
Tanya MIL, rupa2 ada..
Ni address..

Tabung Haji Cawangan Putrajaya
Address : Lot. G3 Blok E, 16 Parcel E Precinct 1, Wilayah Persekutuan, 62000 Putrajaya
Tel No : 03-8889 2449

Sampai je register semua, kena isi 2 3 borang..
Masa tu tak ramai sangat orang..
Mungkin hari bekerja..
Prosess cepat sikit..

Dokumen cuma nak ic original ibu & anak..
Nanti kat kaunter, just nak kan cap jari ibu je..
Tak payah buat copy ic ke surat beranak semua..
Sy pon beriya-iya la sediakan..
Tapi pegawai kat kaunter tu tak mintak pon..


Alhamdullilah dapat dah bukak kan akaun tabung haji untuk Raudhah..
Lepas ni boleh lah simpan duit raya Raudhah & monthly saving untuk dia..


Sy tengah berurusan kat kaunter, eshat bawak Raudhah jalan2, tau2 je dia dah lelap..
Sampai la bawak masuk kereta tidur je dia..
Yeayyy anak ibu dah ada buku tabung haji..
Lepas ni ibu register kan haji untuk Raudhah ye..

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. ngeeee...cute je baby kai sunglass ibu..
    lama x singgah sini, tau2 je baby dah besar.. :D

    ReplyDelete