Followers

Monday, 27 July 2015

Raya Di Langat

Hi & Assalammualaikum..

26 Jul 2015 (Sun), Batu 17 Hulu Langat

Tunggu eka dah balik sini baru jalan raya ke langat..
Balik raya langat pon dah takde sesiapa..
Andung dah takde dah tak semeriah selalu balik raya langat..
Tapi kitaorang masih ada anak nenek saudara yang boleh di ziarah..
Dapat sikit pengubat rindu kat andung..
Tengok rumah andung pon dari jauh je..

Tahun ni beraya ke langat bawak orang baru..
Seronok raudhah jumpa onyang saudara dia..
Lepas ni tiap-tiap tahun kena wajib datang raya rumah nenek soyah ni..

Sampai langat tengahari, nenek soyah jamu makan nasik..
Laksa ada, mee goreng ada..Macam-macam ada..


Family photo raya lagi..


Yeyyy raudhah dah sampai kampung Atuk Dan! :)


Masam je muka anak ibu ni tau..


Ibu posing dengan makngah jap ye kat luar rumah..


Posing dengan antie cik, uncle cu suka sibukkkk..


Sebelum balik ambik gambar buat kenangan..
Tiap-tiap tahun kena ambik gambar macam ni..






Cik Raudhah posing dengan makngah pulak..
Lama2 muka raudhah ikut muka makngah la ye.. Hihihi..

Balik dari langat, singgah beraya rumah sepupu mak..
Dapat pergi 2buah rumah je..
Tak larat dah nak beraya banyak rumah lagi..
Perut dah penuh.. Huhuhu..


And last gambar pose dari raudhah yang comil kalah ibu & makngah.. Hahaha..

Love, Rina Ellisa

Saturday, 25 July 2015

Open House & Wedding Raya

Hi & Assalammualaikum..

25 July 2015, Saturday

Beberapa hari duduk rumah sebab sy demam..
Dengan batuk selsema lagi..
Raudhah pon berjangkit kena selsema & batuk.. Sian dia Y__Y
Hari sabtu baru lah boleh keluar berjalan raya..
Itu pon batuk selsema tak hilang lagi..

Tak best time raya la demam..
Memang duduk rumah jela tak dapat pergi mana-mana.. Huhuhu..


Ibu selfie dengan raudhah dulu..
Salah posing lagi ni nampak muka raudhah bambam.. :p



Tengahari pergi rumah ema dulu ada makan-makan..
Lepas tu baru pergi wedding sedara eshat kat shah alam..
Anak buah ema suka sangat main2 dengan raudhah..


Bergambar dengan antie ema..
Antie lin tak habis pantang lagi tak dapat la jumpa..
Sian dia time-time raya berpantang..
Takpe nanti kita pergi tengok antie lin beramai-ramai..

Restoran Zam Zam Shah Alam


Setel pergi rumah ema, terus ke shah alam..
Sampai shah alam pukul 2petang..
Pengantin pon dah selesai bersanding makan beradap semua..
Kitaorang sampai pengantin tengah bergambar2 kat pelamin..
Masuk je hall waaaa cantik nye pelamin dan setting dewan semua..
Tetiba rasa nak naik pelamin lagi.. Hahaha..



Dari shah alam terus ke KL pergi rumah cousin eshat..
Haritu tak sempat nak jumpa kat kampung..
Kitaorang dah sampai kampung diaorang dah balik..
Mikail debab tembam.. Geram antie tengok tau..

Setel beraya haritu terus balik rumah..
Esok nya nak jalan raya lagi..

Love, Rina Ellisa

Friday, 24 July 2015

4 Syawal 1436h - Balik Kampung Rantau

Hi & Assalammualaikum..

20 July 2015 (Mon), Rantau Negeri Sembilan

Isnin pagi packing2 baju nak balik dah..
Selasa eshat dah start kerja..
Sy cuti sampai selasa..


Bangun pagi tu badan sy dah start panas..
Check suhu badan 37.3 darjah celcius..
Sy bawak mandi pagi tu..
Lepas je mandi badan panas balik..
Kemas-kemas beg, siap-siap semua terus melepet demam tv sementara nak tunggu makan tengahari sebelum balik..

Sebelum balik rumah singgah kampung abah dulu kat rantau..
Sekali jalan nak balik rumah, singgah dulu beraya dengan atuk nenek..
Otw balik tu jemm giler..
Sy dalam kereta memang tidur je tak larat dah dengan badan panas, kepala pening..

Sampai kampung abah, antie roy, antie ina & pakngah ada..
Dapatlah diaorang tengok Raudhah..
Ada family members tak tengok raudhah lagi..


Sebelum balik bergambar dulu..
Time ni badan memang panas sangat-sangat..
Muka pon sememeh je tak sihat.. Huhuhu..
Ku gagahkan jugak bergambar..

Love, Rina Ellisa

Thursday, 23 July 2015

3 Syawal 1436H - Beraya Di Kuala Pilah

Hi & Assalammualaikum..

19 July 2015 (Sun), Batu Kikir Kuala Pilah

Hari ahad raya ketiga ramai yang nak balik dah..
Mom in law pon dah siap2 nak balik putrajaya tengahari tu..
Maklang pon pagi-pagi dah gerak balik..
Maklong gerak balik malam..
Tinggal la berapa family je kat kampung..

Lepas zohor siap-siap keluar beraya..
Rumah pertama pergi kg lonek rumah kawan eshat time dia praktikal dulu..
Dekat je dari rumah nenek..
Rumah dia keliling sawah padi..
Cantik sangat..
Tak dapat pulak bergambar kat sawah padi..

Rumah kedua beraya ke rumah sedara sebelah rumah nenek..
Balik terus singgah..
Habis jalan raya, masuk je parking berderet2 pulak kereta kakngah & pak2 mak2 sedara masuk parking baru balik beraya..
Terus la kita bergambar raya kat halaman rumah nenek atuk..


Mommy, Raudhah & Ibu..


Mommy & Raudhah..


Family photo raya ketiga..


Cubaan tok cu nak tinggi kan Raudhah dengan sebelah tangan..
Tapi tak berjaya sebab kepala raudhah tak kuat lagi..


Malam kita duduk rumah je..
Rehat-rehat kat rumah..
Ibu pon dah start rasa tak sihat..


Si bambam ibu, Cik Raudhah..
Petang tu tekak sy dah start sakit..
Ingatkan salah makan ke apa..
Rupanya petanda nak start demam..
Last demam last year masa dapat tahu pregnant kan Raudhah..
Lama jugak tak demam..
Malam nak tidur badan sejuk sangat..
Panas dalam..


Ampau Raudhah dapat kat kg Pilah..
Raudhah ibu nak sikit nak beli pandora emas boleh??? Hahahaha..
Duduk dalam rumah kat kg je berduyun-duyun raudhah dapat ampau..

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 22 July 2015

2 Syawal 1436H

Hi & Assalammualaikum..

18 July 2015, Saturday

Raya kedua pagi duduk rumah tunggu tetamu datang..
Tengahari baru siap-siap keluar jalan raya..


OOTD Cik Raudhah hari raya kedua..
Ngam-ngam je baju kurung ni..
Tak lama boleh pakai..
Comil anak ibu pakai baju kurung ni.. :)


Aik nampak mok pulak raudhah dalam gambar ni..
Salah pose ni ibu..
Ibu takde beli handbag pon untuk raya tahun ni sebab Raudhah "handbag raya" ibu paling mahal tahun ni..
Tak ternilai harga "handbag raya" ibu tahun ni..
Ibu Abah seronok excited sambut raya tahun ni sebab ada Raudhah.. :)


Rumah pertama beraya ke rumah makngah kat sg merab..
Lepas tu rumah kedua ke rumah kenalan makjang(babysitter anak makjang time kecik2 dulu)..
Besar2 dah sepupu sepapat sy ni..
Boleh kahwin dah ni..


Ekin schoolmates Teknik ERT Setapak KL dulu..
Lama dah tak jumpa dia..
Last jumpa masa wedding sy last year..
Ekin anak pada baby sitter makjang dulu..
Dulu balik asrama ada jugak tumpang ekin balik..
Tu yang kenal ekin dan family dia..


Musim buah kan sekarang ni..
Tengok tepi rumah ekin de rambutan bergayut-gayut..
Eshat apa lagi ambik galah laaa..
Berterabur rambutan jatuh..


Antie ekin nak selfie dengan Raudhah..
Cepat2 kawen kin..


Raudhah nak bergambar dengan onyang juge..
Satu raya tak sempat nak bergambar dengan onyang..
Onyang sibuk layan sedara mara datang..

Petang dah siap-siap packing nak balik kampung eshat kat Kuala Pilah..
Dalam pukul 6lebih gerak balik..
OTW balik kampung petang tu, jemm sikit..
Pukul 8baru sampai kampung..

Sampai kampung je Abg & faten dah nak balik, sepupu eshat pon dah nak balik..
Tapi sempat lagi bertukar-tukar ampau time tengah sibuk ada yang baru sampai, ada yang nak balik, ada yang nak keluar beraya.. Hahaha..
Bila ingat-ingat balik kelakar pulak..
Ampau raya tetap bertukar-tukar tangan..


Sampai kampung pon dah malam, tak sempat nak beraya kemana..
Esok je la kita keluar beraya..
Cik Raudhah pon dah kepenatan beraya siang tu..
Time untuk caj bateri, esok nya kita sambung raya lagi..


Cousin eshat, abg iwan faten & antie cik bagi raudhah baju...
Nanti dah muat raudhah pakai yea..

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 21 July 2015

1 Syawal 1436H

Hi & Assalammualaikum..

17 July 2015 (Fri), Kg Salak Tengah Sepang 

Tahun lepas tragedi tersalah bawak songkok eshat balik kampung pagi raya..
Tahun ni tragedi terlupa bawak keluar pampers anak dalam bonet kereta.. T__T
Eshat pergi sembahyang raya pagi tu dia bawak kereta..
Sudahnya terpaksa la pinjam dulu pampers kat sedara sebelah rumah nenek..
Kalau nak tunggu eshat balik sembahyang raya lama pulak nanti..
Sian lah si comil ibu tu sejuk tak berbaju..
Ishhh baru anak sorang pampers pon boleh lupa..


Haa siap dah anak ibu..
Pakcu Ashiq main dengan raudhah dulu yea..
Along nak bersiap..


Manja sangat ni..
Nak pakai sampin raya pon suruh bini pegang kan..
Kita busy nak pakai tudung, dia pon sibuk la nak memanja.. Ishhh..

Pagi tu eshat pergi sembahyang raya dulu dengan adik-adik..
Sy kat rumah siap kan raudhah dan tolong mak siap2 kan makanan..
Dah setel siapkan raudhah, baru sy bersiap..
Eshat balik je sembahyang raya, makan dulu lepas tu baru lah salam raya..




Selfie Rayaaaa..


Gambar salam raya laki bini takleh publish..
Letak gambar salam raya adik2 je.. Hihihi..
Nanti mengundang kontroversi..


Gambar terlebih cahaya lah pulok..


Adik2 bujang dah besar panjang..
Tahun depan boleh kahwin dah.. Eh!


Alamak nampak senteng pulak jubah raudhah ni..
Kan eshat pegang dia, terangkat la sikit baju dia..
Tu yang nampak macam senteng..
Tapi sebenarnya, ngam2 je sampai buku lali jubah raudhah ni..

Anak-anak perempuan mak.. Tak cukup lagi sorang ni..

Habis salam raya, ambik gambar raya puas-puas, baru turun rumah nenek beraya..
Kitaorang turun pon lambat..
Rumah nenek selalu nya pagi2 raya penuh dengan anak cucu sedara datang..
Kitaorang salam raya cepat2, ambik gambar raya cepat2 lepas tu terus keluar jalan raya..
Gi beraya rumah sedara dekat-dekat dulu jalan kaki..
Hari jumaat kan pendek je rasa masa..
Pergi 2 rumah tau2 je dah pukul 12lebih..
Stop kejap jalan raya, petang sambung pergi beraya lagi..


Jejaka kacak lagi menawan.. Eh!



Ika tahun ni beraya kat sebelah suami dia..
Tapi petang raya tu dia balik rumah mak kejap..
Dapat lah bergambar raya petang tu..
Tapi tak sedondon la dengan kitaorang sekeluarga..
Tak cukup korum ni.. Aidil dah pergi kerja tengahari tu..
Adib tah beraya ke mana, atuk nenek ada sedara mara datang beraya pulak..
Jadi nya ambik jela gambar raya tak cukup korum ni..


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Sy, Suami dan princess Raudhatul Aaishah..
Kosong-kosong yea! :)


Duit raya raudhah hari raya pertama..
Seronok rupa nya beraya ada anak ni..
Pergi raya je mesti dapat ampau..
Tapi untuk raudhah la..
Ibu abah raudhah je excited lebih..
Padahal anak punya.. Hihihi..
Serius excited bila dapat ampau..
Yela zaman kegemilangan dapat ampau dah lama berlalu..
Sekarang kumpul ampau anak pulak.. :p

Love, Rina Ellisa