Followers

Thursday, 23 July 2015

3 Syawal 1436H - Beraya Di Kuala Pilah

Hi & Assalammualaikum..

19 July 2015 (Sun), Batu Kikir Kuala Pilah

Hari ahad raya ketiga ramai yang nak balik dah..
Mom in law pon dah siap2 nak balik putrajaya tengahari tu..
Maklang pon pagi-pagi dah gerak balik..
Maklong gerak balik malam..
Tinggal la berapa family je kat kampung..

Lepas zohor siap-siap keluar beraya..
Rumah pertama pergi kg lonek rumah kawan eshat time dia praktikal dulu..
Dekat je dari rumah nenek..
Rumah dia keliling sawah padi..
Cantik sangat..
Tak dapat pulak bergambar kat sawah padi..

Rumah kedua beraya ke rumah sedara sebelah rumah nenek..
Balik terus singgah..
Habis jalan raya, masuk je parking berderet2 pulak kereta kakngah & pak2 mak2 sedara masuk parking baru balik beraya..
Terus la kita bergambar raya kat halaman rumah nenek atuk..


Mommy, Raudhah & Ibu..


Mommy & Raudhah..


Family photo raya ketiga..


Cubaan tok cu nak tinggi kan Raudhah dengan sebelah tangan..
Tapi tak berjaya sebab kepala raudhah tak kuat lagi..


Malam kita duduk rumah je..
Rehat-rehat kat rumah..
Ibu pon dah start rasa tak sihat..


Si bambam ibu, Cik Raudhah..
Petang tu tekak sy dah start sakit..
Ingatkan salah makan ke apa..
Rupanya petanda nak start demam..
Last demam last year masa dapat tahu pregnant kan Raudhah..
Lama jugak tak demam..
Malam nak tidur badan sejuk sangat..
Panas dalam..


Ampau Raudhah dapat kat kg Pilah..
Raudhah ibu nak sikit nak beli pandora emas boleh??? Hahahaha..
Duduk dalam rumah kat kg je berduyun-duyun raudhah dapat ampau..

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. waaaa byk nye raudah dapat duit raya.... hehehe

    ReplyDelete