Followers

Tuesday, 14 July 2015

Journey of Princess RA : Happy 3 Months Raudhatul Aaishah

Hi & Assalammualaikum..

14 July 2015, Tuesday

gambar pagi dalam kereta otw nak ke rumah makngah
Pagi ni ibu  & abah  hantar Raudhah pergi rumah makngah..
Lepas tu abah hantar ibu pergi kerja, baru abah pergi kerja bawak kereta sekali..
Abah ada barang nak bawak balik..

Harini Raudhah dah 3bulan.. Kejap je rasa..
Pejam celik pejam celik lengan betis dia dah sado..
Dulu masa lahirkan raudhah kecik je kaki tangan dia.. Hihihi..

Dah nak masuk 3bulan ni, Raudhah dah pandai senyum, gelak-gelak, borak semua..
Pagi2 kalau dia terjaga time kitaorang tengah sibuk2 siap nak pergi kerja, kita senyum kat dia, dia senyum kat kita balik..
Alahai anak, touching nye ibu tengok awak pagi2 dah buat hari ibu abah ceria.. :)

Lepas cucuk 2bulan haritu Raudhah tak demam..
Cuma dia batuk-batuk light2 je..
Batuk pon takde la kerap..
Macam selang 2 3 hari dia batuk..
Sampai sekarang pon dia ada batuk sikit-sikit..

Pagi-pagi kalau nak hantar dia pergi rumah makngah pon dia behave je..
Kadang2 tu angkat dia masuk kereta pon tidur lagi..
Masuk kereta letak dalam car seat dia pon tidur lagi..
Sampai rumah makngah dia pon tidur lagi..
Baik sungguh anak ibu ni.. Good girl!

Malam nak tidur, mesti nak mengempeng dengan ibu dia..
Ibu dia takde kat sebelah taknak tidur.. Hahahah..
Kalau lambat bagi susu dia punya jerit punyalah kuat.. :p

Makngah share gambar harini kat whatsapp..
Hari-hari makngah akan share gambar sebab abah raudhah hari-hari nak gambar anak nya..
Kadang2 tu sy takde mood nak buat kerja, tengok gambar raudhah terus datang semangat nak kerja..
Biasa la simpton mak-mak.. Huhuhu..


Haaa kan dah kena ikat dengan makngah duduk dalam buai enjut2 "abg iz" ni..
Kalau tak mengesot ke bawah je dia..
Kalau duduk dalam car seat pon suka mengesot kebawah..
Kalau letak atas changging mat dia pon pandai pusing 360 darjah dah.. Hahaha..

Muka raudhah pon berubah-ubah..
Kejap muka eshat, kejap muka saya..


Pandai dah tengok tb..
Leka kalau bagi tengok tb..
Lepas tu suka termenung..
Pandai jugak dah nyoyot tangan dia..
Kadang2 tak dapat tangan, jari pon dia nyoyot..
Kalau boleh tangan dia semua nak sumbat masuk mulut.. Hahaha..


Muka bulat, dagu dua, pipi tembam..
Comil anak ibu! :)

Makngah cerita kalau lambat bagi susu, dia mengamuk..
Hahahaha.. Raudhah buli makngah ye sayang.. :)

Happy 3 months sayang ibu..
Moga anak ibu sihat-sihat selalu dan selalu di lindungi Allah swt..
Esok check up 3bulan, kena suntik lagi..
Please be strong sayang.. Jumaat ni kita nak raya ni..

Love, Rina Ellisa

3 comments:

  1. comel raudhah.moga jadi anak yang solehah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah princess RA dah besar..progress baby kite sume same rina..hari2 bangun tido, die la yg ceriakan hari kite kan..happynyer jd ibu ! huhu

    ReplyDelete
  3. Ala tomey tomey aunty nad ni ! Auummm. :D

    ReplyDelete