Followers

Sunday, 30 August 2015

Journey of Princess RA : Demam Kali Pertama

Hi & Assalammualaikum..

25 Aug 2015, Selasa

Lepas seminggu cucuk haritu kat KK Raudhah baru demam..
Sian anak ibu :(

Selasa malam check suhu badan Raudhah 36.3..
Sebab rasa macam panas sikit badan dia..
Pagi rabu tengah sedap tidur Raudhah terjaga..
Dia tidur tak lena.. Dia terjaga merengek..
Selalu dia terjaga nak susu je..
Lepas susu dia akan tidur balik..
Tapi pagi tu dia tak macam selalu..
Tidur nak berdukung dan nak berdodoi..

Sy angkat bawak keluar bilik tak lama tu dia muntah susu..
Terus selsema.. Y__Y
Sian anak ibu..
Lepas tu tidurkan dia balik, pukul 5pagi dia bangun balik..
Terus bawak dia tidur depan tv sampai la ke subuh..
Alhamdullilah lena dia tidur..
Sian dia mungkin badan tak selesa..

tengok tu dia angkat kepala nak bangun.. hihihi..
stokin pon dah tertanggal sebelah dia duk tarik2..
Risau nye la anak tak sihat ni..
Kesian dia tido tak lena..
Yela badan tak sedap kan..
Kita yang orang besar ni kalau demam pon badan tak selesa..
Apa tah la lagi baby yang tak reti nak mengadu bila sakit.. :(

26 Aug 2015, Rabu

Hari rabu tu hantar kat ika macam biasa..
Tapi ika check suhu badan dia 35.6..
Badan dia macam dedar nak demam..
Siang tu dia aktif je main-main...
Ika lap-lap kan la jugak badan dia dengan kain basah..
Tapi siang tu Raudhah berak sampai 4kali..
Malam berak lagi sekali..


Malam check suhu badan nak 36 balik..
Sy lap2 kan badan dia dengan air asam jawa..
Ada kurang sikit dan lena je dia tidur malam tu..
Terjaga nak susu & tak merengek pon macam malam semalam tu..
Lega dah sikit..

Sy buatkan bawang putih & habatusauda letak dalam air panas..
Lepas tu wapkan hidung Raudhah ke air panas tu..
Nak bagi hinggus dia keluar..
Ada la keluar meleleh sikit..

27 Aug 2015, Khamis


Suhu badan Raudhah kejap naik 37, kejap turun 36,35..
Ika pon lap lap kan je badan dia dengan kain basah..
Hari 3 ni Raudhah dah start merengek siang..
Letak bawak je dia menangis..
Dia nak tidur berdukung, letak kan dia kat dada baru dia tidur..

Petang tu balik kerja ambik dia, tengok dia terlentok je tak sihat..
Sian nya anak ibu..
Selalu ambik dia petang, kemain senyum senggih lagi kalau sy ambik dia..

Lepas ambik dia kat ika, terus ajak eshat bawak dia pergi klinik..
Nak minta nasihat doctor sebab suhu badan Raudhah kejap turun naik..
Risau je kalau ada pape..

Pergi klinik maria, Doc syamsul yang duty haritu..
Check suhu badan kat klinik 37.2..
Doc cakap 37.5 baru demam..
37.2 ni macam border je lagi..
Kat rumah check suhu kalau dah 37.5 baru on ubat demam..

Balik rumah check lagi suhu lepas 3jam, turun balik suhu badan raudhah 36.2..
Tu pon lepas sy lumurkan dia dengan air asam jawa..
Alhamdullilah dah lumurkan ada kurang sikit panas badan Raudhah..
Lepas magrib tu dia tidur sekejap & lena..
Agaknya siang tu dia tak cukup tidur..

Dia bangun dalam pukul 10lebih macam tu, baru bagi dia ubat demam, ubat batuk & ubat titis hidung utk selsema..
Berat hati sebenarnya nak bagi ubat2 ni kat anak, lagi2 raudhah baru 4bulan..
Tapi kesian tengok dia tak larat terlentong je..
Alhamdullilah dia tidur ok malam tu..
Terjaga pon nak menyusu je..
Badan pon dah kurang panas..

28 Aug 2015, Jumaat


Ika check suhu badan dia pagi 36..
Dah lap2 dengan air asam jawa, suhu badan Raudhah turun 35.7..
Lega bila ika whatsapp Raudhah aktif main-main siang tu..

29 Aug 2015, Sabtu


Sabtu malam tu badan Raudhah dedar lagi..
Sy tuam kan je kepala & badan dia semua dengan air asam jawa..
Alhamdullilah tidur malam tu dia ok, tak meragam..
Risau jugak kalau dia tak sihat, sebab esok nya nak majlis aqiqah dia..

Anak ibu demam nak besar kan..
Demam nak meniarap pon jugak ni kan syg.. :)
Semoga anak ibu selalu di bawah lindunganNya.. Amin Ya Rabb..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment