Followers

Sunday, 9 August 2015

Reunion Day Teknik 3 ERT Setapak KL - Part 1

Hi & Assalammualaikum..

8 Aug 2015 (Sat), Corus Paradise Resot Port Dickson

Start plan reunion dengan kawan-kawan sekolah teknik april haritu..
Time tu sy tengah sarat mengandung..
Sy cadangan kat grop whatsapp buat gathering..
Mula-mula ramai nak join..
Dah hujung2 nak sampai event ramai yang cancel sebab ada benda yang tak dapat di elakkan..
Tak pe, event still on walaupon 8 orang je last sekali dapat datang..
Sebab apartment dah booking..
Ada yang dah booking hotel lagi nak tidur kat PD..

Gathering haritu just nak jumpa kawan-kawan je..
Ada yang dah lama sangat tak jumpa..
Last masa habis sekolah masa umur 17tahun dulu jumpa..
Sekarang umur 26tahun baru jumpa balik lepas 10tahun..
Agenda event jumpa2, makan2, gosip2..
Masing2 kena bawak makanan sendiri..


Sy kena bawak sambal ikan bilis mak..
Diaorang pon suka makan time sekolah dulu..
Dulu time sekolah asal balik asrama je mak mesti bekal kan sambal ikan bilis ni..
Tu yang kawan-kawan pon terjebak suka sambal mak ni.. Hihihi..
Tapi haritu mak buatkan memang pedas giler..
Sy makan berdesing telingaaaaa..
Diaorang dapat makan, pedas2 pon bedal sebab dah lama tak rasa.. Hahahaha..
Ada rezeki diaorang dapat bawak balik sorang sikit..


Cik Raudhah dah sampai PD..
Dia tidur je dalam kereta sampai la bawak masuk dalam apartment..
Bagus anak ibu, behave je dia haritu..

Sy gerak dari rumah pukul 930pagi..
Sampai PD pukul 1030pagi, tira sorang je baru sampai..
Yang lain-lain otw..
Sy sampai, tengok apartment dulu usha2 tempat nak berkelah kat mana semua..
Lepas tu baru la sorang sorang sampai..
Janji sampai pukul 9 atau 10..
Sekali event pukul 12 rasanya baru start makan-makan semua.. Hahaha..

Dah usha2 kawasan luar macam panas giler nak berkelah kat luar..
Jadinya kitaorang makan-makan dalam apartment je..
Sebab tak ramai haritu..
Best sikit makan dalam apartment sejuk pon sejuk ada aircond..


Dapur..
Air coway pon ada..


Bilik kedua..
Apartment ni ada dua bilik..


Ruang tamu.. Siap boleh urut kaki lagi..



View dari balkoni apartment. tingkat bawah sekali..
Apartment ni kitaorang sewa 1malam..
Yang bujang2 stay situ malam tu..
Berparti bujang lah diaorang malam tu.. Hahahha..


Cik Raudhah dengan topi nya..
Tak sabar dah time ni ibu nak bawak raudhah jalan tepi pantai ambik2 gambar..
Tapi kena makan dulu bagi perut kenyang..
Baru boleh bergambar2 tepi pantai..


Doorgift dari daiso untuk reunion..
Kawan-kawan boleh isi barang-barang jahit ye..
Sesuai sangat lah dengan kita ambik kursus pengajian pakaian dulu kat teknik..


Main tukar-tukar hadiah..
Setiap sorang mesti bawak satu hadiah min RM20..
Sambil-sambil makan tukar tu kita tukar-tukar hadiah sekali..



Tapi kena cabut nombor dulu..








Seronok giler time tukar-tukar hadiah ni..
Ada yang dapat hadiah sendiri la..
Ada dah aim hadiah la.. Hahahaha..
Macam-macam diaorang ni..
Happening habis!


Ambik gambar dengan hadiah dulu lepas tu kita sambung makan..


Walaupon 8 orang je haritu, terasa meriah nya macam kawan-kawan 1 class ada..
Lela suka melawak, yang nad tukang tambah cerita, memang pecah perut jadinya.. Hahahha..
Cerita-cerita lama 10tahun dulu kat asrama, kat sekolah semua nye terbongkar time ni..
Dari tak tahu pon dah tahu.. Hahaha..
Seronok sangat dapat duduk sekali berborak, gelak macam ni sekali sekale..
Walaupon duduk berborak je pon dalam rumah, dah terasa seronok..
Yela bila jumpa kat wedding kawan-kawan pon dapat jumpa kejap je..
Jumpa salam laga-laga pipi duduk dalam setengah jam atau sejam lepas tu bye bye balik..

Sekali sekali duduk berborak 2 3 4 jam macam ni best..
Dapat share cerita, pendapat, pengalaman & bergosip.. Hahaha..
Ok next time kita plan gathering lagi yea kawan-kawan..


Dari kiri nadia, ain, lela, mumtaz, ellisa, pinky, tira & anis..


Pinky dah nak balik check in hotel lain..
Firas anak dia tak sudah nak kiss raudhah..
Tak dapat kiss dia nangis.. Hahaha..
Bila kiss kemain lama lagi lepas tu siap ada bunyi lagi.. Comil sangat!

Habis sesi makan2, borak2, gosip2 dalam rumah kitaorang pon keluar bergambar kat tepi pantai..
Gambar2 tepi pantai sambung entry lain..
Ni pon rasa nya dah banyak gambar..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment