Followers

Wednesday, 30 September 2015

Journey of Princess RA : Persediaan First Solid Food RA

Hi & Assalammualaikum..

Lagi beberapa minggu je lagi RA nak masuk 6bulan..
Sekarang ni 5bulan lebih pon dia tengok je apa sy & eshat makan..
Bila sua kan kat mulut dia, taknak  pulak dia bukak mulut.. Hahahahaha..
Tu tanda nya RA dah nak mula makan la tu nurse KK bagitau..

Bila dah masuk 6bulan, Ra dah boleh makan solid food..
Jadi nya 2 3 minggu sebelum RA nak start makan, ibu kena la research & google dulu sebanyak ilmu yang boleh..
Nanti boleh la buat preparation untuk RA makan..

Kat bawah ni checklist ibu untuk RA sebelum nak mula makan 14 Oct 2015 nanti! :-

1. Ilmu/Info berkenaan makanan baby (jenis-jenis makanan, 4days rules)
2. Resepi/Buku resepi makanan baby (resepi ikut bulan)
3. Cara penyediaan makanan baby (avocado, bubur nasi,)
4. Cara penyimpanan makanan baby (storage container) - info
5. Peralatan memasak makanan baby (steamer, blender, pisau, landas, tapis) - info
6. Peralatan/perkakas makanan (mangkuk, sudu, cawan, tarmos, botol air)
7. Bibs - untuk elakkan baju RA kotor nanti bila makan
8. Baby Chair - RA dah boleh duduk nanti, ibu beli kan
9. Liquid Cleanser - untuk cuci sayur & buah

Takot pon ada bila dah start bagi RA makan nanti..
Kalau boleh nak bagi RA minum susu badan je sampai bila bila.. Hahahhaa..
Mana boleh camtu.. Kita kena kenalkan makanan kat dia..
Nanti tak dapat nutrisi yang secukupnya..
Tak sabar nak tengok reaksi RA first time makan nanti..



Nak bagi buah & sayur kena ikut umur baby jugak..
Tak boleh nak sesuka hati bagi..

Table 4 days rule ni agak famous di kalangan mommies yang baru nak start bagi bby makan bila dah 6months..
Ibu tengah pikir2 lagi ni first puree RA ibu nak bagi apple atau avokado dulu..


Love, Rina Ellisa

Monday, 28 September 2015

Journey Of Princess RA : Hippopo Spa Baby & Wellness

Hi & Assalammualaikum..

27 Sept 2015 (Sun), Empire Gallery Subang

Tunggu raudhah besar baru bawak dia swimming & spa kat hippopo ni..
Sy tak confident nak bawak raudhah masa dia 3 4 bulan macam tu..
Ni dia dah besar sikit, dah pandai meniarap terlentang baru la confident nak bawak dia swimming & spa ni..
Selagi kepala belum tegak keras lagi, tak berani nak bawak..
Kalau ikutkan info dari staff HSBW ni, dari umur baby 1hari dah boleh masuk dalam pool ni..
Sy tak berani la nak masuk kan Raudhah dalam pool ni..

Appointment haritu pukul 230pm..
Sampai EGS dekat pukul 2pm macam tu..
Ingat nak makan pizza lunch tu..
Carik2 pizza tak jumpa pulak..
Yang jumpa tea tarik palace..
Takpela alas perut sikit dulu kat situ..
Kang lambat pulak appointment dengan HSBW..

Sepatutnya, baby kena ready setengah jam dari time appointment..
Kitaorang lagi 5minit 230pm baru sampai..
Pool Raudhah pon belum ready lagi..

Sampai je, tengok ada seorang baby tengah berendam dalam pool tu..
HSBW kat EGS ni kecik je.. Tak banyak pool.. Tapi selesa kalau nak duduk-duduk..
Tak sempat nak jejalan ambik gambar..
Excited nak tengok anak masuk pool kejap lagi.. Huhuhu..

Ada 3 ke 4 pool macam tu..
3pool kat luar & 1 pool lagi belah belakang untuk yang nak kan private place untuk baby..
Kitaorang sampai je, staff HSBW pon get ready pasangkan air untuk pool raudhah..


Sebelum pape, Raudhah kena gym exercise dulu..
Kemain suka lagi princess ibu ni staff HSBW ni agah2 dia..
Staff HSBW nama Hui yang entertain Raudhah haritu..
Bagus Hui ni pandai komunikasi dengan baby..


Ok, habis exercise bawak raudhah tengok pool dia dulu..
Tengok la tu dia excited tengok air..


Pool raudhah dah ready!
Air pool dia no clorine & warm water je..
Memang sesuai untuk baby..
Aircond pon tak sejuk sangat..
Sy pon excited tengok pool ni sebab comil sesangat!
Nak join raudhah masuk dalam tu tak muattttt la pulakkkk.. Hahahaha..


Princess get ready nak masuk pool dah & dah tukar siap-siap swimming diapers..
Hui basah basahkan dulu sikit kaki dia..


Lepas tu pakai kan dia swimming float..
Float ni ada banyak saiz..
Tapi raudhah pakai saiz M..
Sebelum tu, staff HSBW akan brief kita dulu bahagian2 yang ada & apa kegunaan pada float tu..


Haaaa berjaya masuk dalam pool & anak ibu tak nangis ponn
Yeayyyy!!! Good girl princessss!!! :)


Cubaa nak lepaskan raudhah sorang-sorang dalam pool tu..


Dan berjaya biarkan dia sorang-sorang tanpa di pegang..




















Seronok tengok dia swimming dalam tu..
Sy & eshat kat tepi pool tu tak sudah2 sorak2 raudhah bagi dia senyum..
Pandai dia kick kick kaki, berpusing-pusing..
Dalam pool tu kiri kanan ada macam tekanan air untuk bantu gerak kan kaki baby..
Jadi nya, takde la baby statik je dalam pool tu..


Dah dekat 20minit macam tu, raudhah dah start bunyi..
Dia dah start penat la tu..


Muka minta ambik la tu.. Hihihi..


Keluarkan pelampung tadi..
Biarkan dia rileks sekejap..








Pakai pelampung yang kedua pulak..



Ibu & abah excited bawak raudhah rileks kat sini! :)


Cukup 30minit, kena bawak raudhah keluar dari pool tu..
Tak boleh rendam lebih 30minit..


Tengah massage tu, dia dah ek ek dah ngantuk..
Bawak dia menyusu jap 10-15minit macam tu..
Tengok2 dah terlena..
Penat sangat la tu..
Bilik menyusu kat HSBW ni pon selesa..
1 bilik untuk seorang..


Haaa sambung massage balik..


Ok, dah siap swimming & massage princes! :)


Next time kita ajak abah datang lagi yea..
Raudhah suka dia duduk dalam pool tu..
Behave je dia..
Service kat Hippopo Spa Baby & Wellness Empire Gallery Subang ni best!
Thanks Hui & staff yang lain-lain bagi service terbaik haritu..
Sangat recommended kat parent yang nak bawak baby swimming & spa kat sini..

Masuk kereta, sambung susu kan raudhah..
Dia tidur selena lena nya..
Nampak nye memang kena datang lagi je bagi raudhah rileks.. Hihihihi..


Ni pakej yang ada..
Raudhah ambik pakej swimming & spa harga RM86..
Jangan lupa call dulu yea buat appointment..
Nanti walk in je penuh pulak..

INSTAGRAM ; @hippopobabyspa

Love, Rina Ellisa

Saturday, 26 September 2015

CONTACT NUMBER TAILOR - KAK ZURA

Hi & Assalammualaikum..


Ramai yang email sy minta contact number tailor yang buatkan baju-baju kahwin sy tahun lepas..
Sorry sangat-sangat tak sempat nak reply..
Sy cari-cari balik business card tak jumpa pulak..
Nak ambik address kedai..
Kat entry ni khas sy bagi untuk yang minta dan yang akan minta nombor tailor sy tu..

KAK ZURA - 018 912 9947
KAK IZA - 018 323 2745
FB - MIRRA ADILLA (JUNTAIAN QASEH DIZARA)
LOKASI - KOSMOPLEKS BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG SELANGOR

Kak Zura & Kak Iza ni adik beradik..
Diaorang berdua la buatkan baju-baju kahwin saya..
Hasil memang sy puas hati..
Bila contact Kak Zura & Kak Iza nanti, bagitau la reader blog Rina..
Tapi takde diskaun pape ye uolls.. Huhuhu..

Upah baju kahwin yang tailor sy akan caj mungkin tak sama dengan baju-baju kahwin sy..
Semua tu bergantung pada jenis kain & design baju yang uolls request diaorang jahitkan
Apa-apa boleh direct contact tailor sy kalau nak tempah..

Selamat membuat persediaan kahwin B2B kat luar sana! :)
Enjoy ur preparation!

Love, Rina Ellisa

Friday, 25 September 2015

Birthday & Anniversary Dinner Celebration

Hi & Assalammualaikum..

23 Sept 2015 (Wed), Fuego Troika Skydining KL

23sept haritu genap la umur iolss 26tahun.. Yehuuu!!! Dah makin tua.. Hahaha..
Jadi nya, sambut sekali birthday & anniversary kitaorang yang pertama..
Lagipon birthday eshat 17May & anniversary kitaorang 3 May haritu, iolls dalam pantang..
Memang tak boleh nak plan pape..
Cuma diy kan dia kad birthday & tiup lilin cake je kat rumah..
Tak boleh nak bergerak kemana mana nak plan pape untuk eshat..
InsyaAllah next year kita celebrated kat luar pulak ye suami ku..

Pening jugak mencari tempat nak dinner..
Last2 minit survey memang macam gitu la..
Kalau tak di cari, ade je jumpa depan mata kalau tengah scroll FB ke IG ke..
Last-last malas nak pikir apa dah, booking je kat fuego troika ni..
Ni pon 2 hari sebelum booking..
Nasib baiklah ada kosong lagi..

Kebetulan date birthday sy sehari sebelum raya qurban, kitaorang kat office yang masih kerja haritu dapatlah balik awal..
Untuk persediaan raya qurban esok nya..
Dah dapat balik awal, sy apa lagi.. Seronok la..
Sebab boleh keluar celebrated birthday & anniversary weolls..

Eshat pulak haritu dia dah start cuti, so plan memang cantik je haritu..
Sy sampai rumah makan2 dulu dan terus siap2 keluar..




Princess teman ibu & abah dinner malam tu..
Happy dapat celebrated birthday & anniversary dengan suami dan anak..
Tahun lepas sambut berdua je.. Tahun ni sambut bertiga pulak..
Alhamdullilah..

Pukul 6pm kitaorang dah sampai KLCC..
Ajak eshat jalan2 kat suria KLCC dulu cuci cuci mata carik hadiah birthday.. Hihihi..
Jenuh cari sephora tak jumpa..
Baru nak tambah koleksi lipstick..
Sekali tak jumpa pulak sephora..
Last2 masuk kedai C&K..


Princess & Abah..


Ibu & Princess..


Sebelum masuk dalam, kita snap gambar dulu kat luar..


Jenuh pusing2 cari sephora tak jumpa, jom la kita cari hadiah birthday kat C&K ni..
Pusing2 1 kedai, akhirnya jumpaaaa dah beg idaman hati..
Tq b belanja ibu hadiah birthday.. Sayang u sangat-sangat!! *bodek sikit*.. Hihihihi..


Abah, beg sy takde ke????
Princess dah besar sikit nanti, ibu beli kan untuk princess ok sayang.. :)

Selesai misi cari hadiah birthday, jom la ke tempat dinner..
Tapi sebelum tu singgah solat dulu kat masjid KLCC..
Lepas je solat, cari2 beg make up takde..
Aahhhh sudahhh.. Tak bawak pulak beg make up..
Huwaaaa redho jela muka togel tak pakai pape.. Huhuhuhu..

Pusing2 2 3 kali jugak mencarik troika ni..
Nak ke troika kena parking kat bangunan sebelah troika ni..
Lepas tu lintas je kat bangunan sebelah..
Nak naik atas, ada guard yang jaga kat lift tu..
Tak boleh naik sesuka hati..


Fuego Troika skydining ni kat tingkat 23..
Lift ni laju.. Berapa minit je tau2 dah sampai atas..
Sampai atas je, pintu lift terbuka je ada welcome speech dari staff situ..
Memang best! :)

Dah sampai, kena tunggu tak sampai 5minit macam tu..
Sebab diaorang nak clear kan meja dulu..
Kat fuego ni ada 2 time untuk booking dinner..
Pukul 630pm & 830pm..
Siapa yang booking pukul 630pm, sebelum pukul 830pm dah kena chaw bagi laluan kat next booking pulak..
Siapa yang booking pukul 830pm untung la boleh lepak lama sikit..

Sampai order makan..
Dah la menu nya takde gambar..
Jenuh haihhh dok belek2 nak makan apaaa..
Nasib baik la ada screenshoot info bagi reiew..
Tunjuk gambar tu kat waiter, setel order..

Kitaorang order 1 dish Anchovy Guacamole with chips & desert Fuego Churros..


Ni Fuego Churros..


Birthday boy 17 May!


Birthday girl 23 Sept!


Anniversary we olls yang pertama..
Tahun pertama kahwin banyak suka duka perit jerih manis masam yang kita lalui bersama-sama..
Tu semua dugaan untuk kita jadi lebih matang dalam kehidupan..
Harap2 next anniversary kita dapat celebrated lagi macam ni..


Yang best nya kat Fuego ni, view dari fuego boleh nampak KLCC & KL tower..
Memang cantik kalau waktu malam..
Sesiapa nak dinner kat sini dengan view yang cantik, boleh klik www.troikaskydining.com

Semoga Allah panjangkan jodoh kita sampai syurga..
Ibu doakan b selalu dilindungi & dirahmati Allah selalu..
Dan semoga rumahtangga kita akan bertambah bahagia ceria di hari hari akan datang dengan ada nya anak kita Raudhatul Aaishah..
Abi & Raudhatul Aaishah cinta mati ibu untuk selama nya..
Love u so muchh sayang sayang ku!

Love, Rina Ellisa