Followers

Friday, 25 September 2015

Birthday & Anniversary Dinner Celebration

Hi & Assalammualaikum..

23 Sept 2015 (Wed), Fuego Troika Skydining KL

23sept haritu genap la umur iolss 26tahun.. Yehuuu!!! Dah makin tua.. Hahaha..
Jadi nya, sambut sekali birthday & anniversary kitaorang yang pertama..
Lagipon birthday eshat 17May & anniversary kitaorang 3 May haritu, iolls dalam pantang..
Memang tak boleh nak plan pape..
Cuma diy kan dia kad birthday & tiup lilin cake je kat rumah..
Tak boleh nak bergerak kemana mana nak plan pape untuk eshat..
InsyaAllah next year kita celebrated kat luar pulak ye suami ku..

Pening jugak mencari tempat nak dinner..
Last2 minit survey memang macam gitu la..
Kalau tak di cari, ade je jumpa depan mata kalau tengah scroll FB ke IG ke..
Last-last malas nak pikir apa dah, booking je kat fuego troika ni..
Ni pon 2 hari sebelum booking..
Nasib baiklah ada kosong lagi..

Kebetulan date birthday sy sehari sebelum raya qurban, kitaorang kat office yang masih kerja haritu dapatlah balik awal..
Untuk persediaan raya qurban esok nya..
Dah dapat balik awal, sy apa lagi.. Seronok la..
Sebab boleh keluar celebrated birthday & anniversary weolls..

Eshat pulak haritu dia dah start cuti, so plan memang cantik je haritu..
Sy sampai rumah makan2 dulu dan terus siap2 keluar..




Princess teman ibu & abah dinner malam tu..
Happy dapat celebrated birthday & anniversary dengan suami dan anak..
Tahun lepas sambut berdua je.. Tahun ni sambut bertiga pulak..
Alhamdullilah..

Pukul 6pm kitaorang dah sampai KLCC..
Ajak eshat jalan2 kat suria KLCC dulu cuci cuci mata carik hadiah birthday.. Hihihi..
Jenuh cari sephora tak jumpa..
Baru nak tambah koleksi lipstick..
Sekali tak jumpa pulak sephora..
Last2 masuk kedai C&K..


Princess & Abah..


Ibu & Princess..


Sebelum masuk dalam, kita snap gambar dulu kat luar..


Jenuh pusing2 cari sephora tak jumpa, jom la kita cari hadiah birthday kat C&K ni..
Pusing2 1 kedai, akhirnya jumpaaaa dah beg idaman hati..
Tq b belanja ibu hadiah birthday.. Sayang u sangat-sangat!! *bodek sikit*.. Hihihihi..


Abah, beg sy takde ke????
Princess dah besar sikit nanti, ibu beli kan untuk princess ok sayang.. :)

Selesai misi cari hadiah birthday, jom la ke tempat dinner..
Tapi sebelum tu singgah solat dulu kat masjid KLCC..
Lepas je solat, cari2 beg make up takde..
Aahhhh sudahhh.. Tak bawak pulak beg make up..
Huwaaaa redho jela muka togel tak pakai pape.. Huhuhuhu..

Pusing2 2 3 kali jugak mencarik troika ni..
Nak ke troika kena parking kat bangunan sebelah troika ni..
Lepas tu lintas je kat bangunan sebelah..
Nak naik atas, ada guard yang jaga kat lift tu..
Tak boleh naik sesuka hati..


Fuego Troika skydining ni kat tingkat 23..
Lift ni laju.. Berapa minit je tau2 dah sampai atas..
Sampai atas je, pintu lift terbuka je ada welcome speech dari staff situ..
Memang best! :)

Dah sampai, kena tunggu tak sampai 5minit macam tu..
Sebab diaorang nak clear kan meja dulu..
Kat fuego ni ada 2 time untuk booking dinner..
Pukul 630pm & 830pm..
Siapa yang booking pukul 630pm, sebelum pukul 830pm dah kena chaw bagi laluan kat next booking pulak..
Siapa yang booking pukul 830pm untung la boleh lepak lama sikit..

Sampai order makan..
Dah la menu nya takde gambar..
Jenuh haihhh dok belek2 nak makan apaaa..
Nasib baik la ada screenshoot info bagi reiew..
Tunjuk gambar tu kat waiter, setel order..

Kitaorang order 1 dish Anchovy Guacamole with chips & desert Fuego Churros..


Ni Fuego Churros..


Birthday boy 17 May!


Birthday girl 23 Sept!


Anniversary we olls yang pertama..
Tahun pertama kahwin banyak suka duka perit jerih manis masam yang kita lalui bersama-sama..
Tu semua dugaan untuk kita jadi lebih matang dalam kehidupan..
Harap2 next anniversary kita dapat celebrated lagi macam ni..


Yang best nya kat Fuego ni, view dari fuego boleh nampak KLCC & KL tower..
Memang cantik kalau waktu malam..
Sesiapa nak dinner kat sini dengan view yang cantik, boleh klik www.troikaskydining.com

Semoga Allah panjangkan jodoh kita sampai syurga..
Ibu doakan b selalu dilindungi & dirahmati Allah selalu..
Dan semoga rumahtangga kita akan bertambah bahagia ceria di hari hari akan datang dengan ada nya anak kita Raudhatul Aaishah..
Abi & Raudhatul Aaishah cinta mati ibu untuk selama nya..
Love u so muchh sayang sayang ku!

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. Happy Birthday Rina & Happy Anniversary too. Semoga dipanjangkan umur & bahagia selalu disamping family tercinta.

    ReplyDelete
  2. Happy belated besday n happy anniversary..berseri2 lagi rina dah jadi mommy..

    ReplyDelete