Followers

Thursday, 24 September 2015

Journey Of Princess RA : Check Up 5months

Hi & Assalammualaikum..

22 Sept 2015 (Tues), KK Dengkil

Kali ni pergi check up raudhah berdua je..
Eshat tak dapat teman..
Fuhhhhhhh!! Berpeluh peluh uruskan raudhah sorang-sorang.. Hahahaha..
Selalu bila check up kat KK Dengkil tu, eshat akan drop kan kitaorang dulu baru dia parking kereta..
Dah la jalan nak masuk ke KK Dengkil tu sempit.. Huwaaaa..
Tapi kali ni sy kena mencari dulu parking kosong..
Last2 dapat parking jauh..
Dengan nak bawak handbag lagi, nak dukung Raudhah lagi..
Masuk kk, letak buku pink dalam bakul, tunggu no giliran..
Lepas tu pergi menyusu kan Raudhah dulu..
Duduk kat bilik menyusu tu pon pasang telinga dengar no giliran..
Dengar pon sayup sayup je..
Huwaaa terasa supermak hari tu.. Huhuhu..

5months 8days
Haritu check Up Raudhah 5bulan tu, berat badan dia 6.6kg naik dari 6.3kg check up bulan lepas..
Tinggi 64CM dan BMI dia pon ok..
Nurse ada brief pasal makanan bayi..
Raudhah 6bulan nanti dah boleh bagi dia makan bubur, puri & dah boleh bagi air masak..
Yeyyyy tak sabar ibu nak buatkan makanan Raudhah.. 
Dah start boleh cari2 resepi ni..
Dan boleh beli cawan sudu pinggan & periuk rebus makanan raudhah nanti..
Haa bab2 beli barang2 ni pon tak sabar jugak ni.. Huhuhu..

Next month check up Raudhah kena cucuk..
Check up kali ni kena rehat dulu..
Dia delay cucuk sebab lepas haritu kan Raudhah demam..
Tu yang lambat..
Takpe la janji anak ibu sihat & kuat kan! :)

..

Haaa ibu jadi supermak haritu.. Syabas untuk ibu!! Hehehe..
Ibu hantar raudhah kat makngah, lepas tu ibu terus masuk office..

INFO PERKEMBANGAN BAYI 5 BULAN - WWW.BABYCENTER.COM.MY

Duduk dengan sendiri


Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. 

Dia juga mungkin akan duduk seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. 

Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. 

Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya. 

Mengulangi bunyi yang disukainya


Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. 

Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan "tidak" dan "kenapa" akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan

Cukup kuat untuk makan sendiri


Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduksendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. 

Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan. 

Belajar mengenai sebab dan akibat


Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. 

Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah. 

Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut


Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya. 

Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut. 

Mempertajamkan deria terhadap bunyi


Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus. 

Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti "m" dan "b". 

Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain. 

Mudah mengalihkan perhatian

Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya. 

Perkembangan pelbagai emosi


Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah. 

Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga. 

Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka. 

Adakah bayi saya berkembang secara normal?


Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu. 


Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. Cik mah pun g berdua je..start lps pantang ...bambamnyer bby ra..

    ReplyDelete