Followers

Wednesday, 9 September 2015

Journey of Princess RA : Cukur Rambut

Hi & Assalammualaikum..

2 Sept 2015, Rabu

Stress jugak nak cukurkan rambut Raudhah berdua je dengan abah dia.. Hahahaha..
Nak tunggu Raudhah tidur baru boleh cukurkan rambut dia..
Kalau tak, dia gerak2, lepas tu dia nak gosok2 kepala dia..
Huwaaaaaaaa ibu stresss nakk..
Lagi ibu stress bila apak mu taknak bawak cukur je rambut Raudhah kat kedai mamak..
Dia nak sendiri cukurkan rambut anak perempuan dia..
Baiklah suami ku, i ikutkan aje..


Cubaan pertama..
Berjaya cukurkan sebelah je.. Huhuhu..
Teruk benor ibu tengok rambut mu anak ku..
Dah lewat sangat abah cukurkan kan rambut raudhah..
Raudhah pon dah mengamuk nak tidur..
Ibu pon dah terlentok2 tahan ngantuk..
Sudahnya bawak la ke esok rambut Raudhah camni.. Kihkih..

4 Sept 2015, Jumaat



Tak boleh jadi ni, hari khamis dah terskip pulak nak sambung cukurkan rambut raudhah..
Hari jumaat tu, kena jugak habiskan cukur rambut dia..
Bagi dia tidur dulu, baru senang nak cukurkan..


Taraaaaaaaaa siap!!
Kat belah depan ada sikit-sikit lagi rambut tak cukur lagi..


Cubaan kedua cukur rambut raudhah, masih tak licin habis lagi..
Ada lagi rambut tak bercukur..
Nak cepat malam tu sebab nak pergi rumah omma..
Takpe, esok nya kita sambung lagi..

5 Sept 2015, Sabtu

Ni gambar sabtu pagi..
Hari sabtu petang lepas eshat balik kerja tu, kitaorang habiskan jugak cukur rambut Raudhah..
Tak boleh jadi ni asyik bertangguh je..
Nanti tumbuh tak sama rata pulak nanti..

6 Sept 2015, Ahad

4months 23Days

Taraaaaaaaaaaa!!!
Akhirnya botak licin dah..
Haaa baru lah comil princess ibu ni bila rambut dah habis cukur..

Fuhhh berhari hari baru dapat siapkan cukur rambut Raudhah..
Lepas ni kena selalu letak minyak kepala dia..
Biar rambut cepat tumbuh & tak kering kulit kepala dia..
Cepat2 rambut Raudhah panjang.. Ibu nak buat toncang nanti.. Hihihi.. :)

Love, Rina Ellisa

6 comments:

  1. haha teringat aku ngn joe cukur kepala naqi. makan 2 hari jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ingat kan sehari je boleh settle.. rupa2 nya berhari hari.

      Delete
  2. lololo comel angat ayat ibu nk tocang nnt hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kena tunggu rambut dia panjang dulu skin baru boleh buat kan.. :)

      Delete