Followers

Tuesday, 8 September 2015

Journey of Princess RA : Majlis Aqiqah & Kesyukuran Raudhatul Aaishah

Hi & Assalammualaikum..

30 Aug 2015 (Sun), Kota Warisan Bestari Dengkil

Alhamdullilah majlis aqiqah & kesyukuran Raudhah Aaishah berjalan dengan lancar..
Fuhhh dah lama tak merasa penat nya macam mana kenduri..
Ni merasa balik macam mana penat nya kenduri.. Huhuhu..
Dalam penat tu mesti la rasa seronok..
Yela untuk anak kan.. Harung lautan api pon sanggup..
Haaa gitu la ayat2 mak2 dah anak ni.. Hihihi..

Last sibuk2 buat preparation kenduri kendara last year nak kahwin..
Tahun ni buat preparation aqiqah anak pulak..
Takpe Raudhah, ibu suka buat semua tu.. :)


Awal pagi pukul 7lebih orang nak bakar kambing golek dah sampai..
Dia dapat info majlis start pukul 9pagi..
Tu dia datang awal-awal pagi..
Takpe la sampai awal..
Lega sikit bila kambing dah start bakar..
Orang marhaban sampai pukul 10 macam tu, kambing pon dah siap di golek dan ready untuk di makan..


Brader tu tak tunggu sampai majlis habis..
Dia dah bakar kan siap2, letak dalam bekas siap2, dia balik..
Sebab ada event lagi kat tempat lain..

Banyak lagi lebih isi kambing ni..
Malam buat sup banyak lagi dapat isi..
Yela kalau bakar dapat sikit je..


Kumpulan marhaban Salak..
Mula2 block time diaorang belah petang..
Lepas tu family sy minta tukar buat pagi..
Nasib baik la dapat tukar..


Kumpulan marhaban sampai rumah pukul 10lebih sebab diaorang sesat barat carik rumah sy tak jumpa..
Huhuhu..
Ampun makcik.. Rumah sy jauh masuk ke dalam..
Orang marhaban sampai, sy tengah bersiap lagi dalam bilik..
Majlis dah mula, baru keluar bawak Raudhah..
Tu yang dapat duduk sipi-sipi je kat pelamin.. Huhuhu..
Penat elle deco cantik2 letak bantal otoman tu..
Gambar sy, raudhah & eshat bertiga pon takde kat pelamin.. SobssSobss..


Letak je Raudhah dalam buai berendoi tu, dia dah mamai nak tidur..
Dengan dengar lagu2 zikir dari orang2 marhaban tu, lagi la dia nak tidur..
Anak ibu behave je.. Good girl princess!!


Shoot dari belakang pon boleh la gambar sy & raudhah tu..
Alhamdullilah ramai jugak orang2 marhaban datang masa tu..
Takut jugak tak ramai yang dapat datang..
Sebab date sy pilih nak buat majlis ni, date tersepit..
Takut ramai takde balik kampung, ada kenduri kahwin semua..



Lena dia tidur kena dodoi dalam buaian yea..


Headband Raudhah pon lupa nak pakai kan..
Sy dah kelam kabut siap, semua benda lupa..
Maafkan ibu nak.. 


Pengantin hari tu, Cik Raudhatul Aaishah :)

Lepas sejam majlis zikir dan lagu2 semua, mula majlis untuk cukur jambul Raudhah..
Masa angkat dia dari buai, dia sedap je tidur..
Bawa dia pusing 2kali, baru la terjaga sebab dengar orang berzikir menyanyi agaknyaa..





Dia dah mula gelisah bila dukung baring..
Dia nak di pegang tegak kan badan dia..









Yeayy anak ibu dah di cukur jambul..
Habis je marhaban, jamuan makan pulak..



Manja makngah sangat kan..
Gambar raudhah dengan ibu kurang..
Banyak gambar dengan makngah je kannnn.. Huwaaaa ibu jeless..


nenek & raudhah
Lepas potong rambut, duduk belakang kejap susu kan Raudhah..


Eh tokNyang pon nak bergambar dengan Raudhah jugak..
Uncle cu tu nape kat tepi tu????


Yeyyyy aunty Nad datang majlis Raudhah..


Seronok uolls berdua borak sakan yea..


Diaorang bertiga ni kawan baik!


Laki & anak siapa tu??? Hihihi..
Lin & ema ngaku cepat!


Baby of the year, Raudhah & Anaqi!


Apa yang busy sangat tu korang????
Oh yeaaa. Cik Raudhah bertukar tukar tangan orang pegang dia haritu..
Sy pon tak tau kat mana raudhah..
Kejap tengok kat dalam rumah, kejap tengok kat bawah khemah.. Hahahaha...
Nasib la dia senyap je..
Nangis nak susu je..



Celebrated sekali birthday izara (anak buah eshat) haritu..
Izara dah setahun 29 Aug 2015..
Sebab ramai budak2 haritu, MIL cakap kita sambut sekali birthday izara..
Maksu tak sempat pon tengok izara potong cake..
Sorry sayang.. Maksu busy sangat masa tu..
Next time kita potong cake lagi eh..


Alaaa lin tidur pulak dalam gambar ni..
Dapat jugak gambar ber3...
Raudhah pulak tidur kat dalam..


Pak itam, birthday Raudhah nanti tolong ambik cuti kerja..
Tolong banting tulang pulak yea.. Jangan nak ngelat!


Sisters..


Dah hujung2 majlis baru la sempat ambik gambar berdua..
Raudhah pulak dah tidur dalam bilik.
Itu pon masing-masing dah comot berlengas semua nye ada..

Alhamdullilah majlis haritu berjalan dengan lancar..
Tetamu datang tak putus-putus..
Makanan cukup & cuacu pon ok..
Kawan2 & family yang tak dapat tu, thanks so much doakan yang baik-baik untuk Raudhah..
Tak lupa jugak pada yang bagi raudhah angpau..

Terima kasih jugak pada family sy & family eshat, kawan2 yang datang sudi tolong luangkan masa dan tenaga sama-sama meraikan majlis anakanda we olls..
Doa kan raudhah sihat & selalu di bawah lindunganNya.. Amin InsyaAllah..
Next entry nanti sy review vendor-vendor majlis Aqiqah ni untuk rujukan mommies & mommies to be kat luar sana k..

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. lawa tudung kau L cantik :) moga raudhah jadi anak yang solehah ameen..

    ReplyDelete