Followers

Tuesday, 22 September 2015

Short Trip Melaka - Ikan Bakar Muara Sg Duyung Melaka

Hi & Assalammualaikum..

Malam plan nak makan ikan bakar pulak..
Nak ke umbai macam jauh je..
Sy tanya kat owner homestay kat mana ikan bakar yang best yang dekat2 je dengan homestay..
Jadinya, dia cadangkan Ikan Bakar Muara Sg Duyung ni..
Dia bagi contact number, sy booked siap2 meja..


Sy dah siap nak makan ikan bakar niiiii..
Tapi kecewa sampai kedai makan, sy dapat bau je.. Kihkihkih..

Nak ke tempat ikan bakar ni dalam 10 15 minit macam tu..
Kedai nya memang betul2 tepi muara laut ke sungai ke tak tau la..
Masuk ke dalam sikit..
Ingat salah dah waze bawak jalan..
Sekali hujung2 jalan baru jumpa kedai ni..
Ramai jugak orang kat situ..
Sampai2 je sekali tengok nama sy takde yang dah booking..
Haaa nasib baik la banyak meja kosong..


Sebelum pergi makan ikan bakar, pergi mydin dulu..
Adib nak beli songkok & tie nak pakai convo esok nya..
Besar jugak mydin mall melaka ni..
Macam-macam ada jual..
Di sebabkan tak boleh lama-lama kat dalam tu, pandang sipi-sipi jela kedai2 kat dalam tu.. Huhuhuhu..


Menu malam tu, ikan jaket bakar, ikan siakap bakar, siakap 3rasa, kerang rebus, kailan ikan masin, telur dadar & jus tembikai..
Belah tepi yang gelap tu ialah muara..
Total 4 orang makan plus tapaukan ikan bakar untuk mak, nenek dan sayur semua, total bill Rm101 sahaja..
Haaa murah.. Sedap pon boleh tahan..
Masa makan ni, mak otw dari sepang..
Tak sempat nak makan sama-sama..
Tu yang tapaukan je untuk mak & nenek..

Habis makan, terus gerak balik homestay..
Esok pagi-pagi nak kena ada kat dewan dah..

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. sg. duyong memang lagi sedap dr umbai and alai. cuma tak berapa femes je. murah pulak tu.

    ReplyDelete