Followers

Saturday, 31 October 2015

Family Birthday Celebration 2015

Hi & Assalammualaikum..

Acara tahunan family sambut birthday family members..
Kira berkumpul la mak & adik beradik sy semua nya..
Nak sambut tetiap bulan tak berkesempatan..
Bila weekend ada je hal masing2..
Dapat celebrated 2 kali setahun pon dah ok sangat..
Yang sebenarnya nak berkumpul adik beradik mak semua..
Sekali dapat berkumpul jumpa best!

Haritu dah sambut birthday bulan Jan sampai June..
Tapi tak sempat nak up entry..
Ni nak throwback sikit gambar2 masa celebrated birthday family members yang tengah tahun haritu..

6 June 2015, Saturday


Birthday celebration untuk Jan till June babies, plan buat bbq je kat rumah eka..
Beli bahan2 basah, perap sendiri, petang sikit baru bakar..
Beli ayam, udang, ikan & kambing..
Pastu beli hutdog untuk adik2 sikit..
Beli barang2 basah ni kat pasar borong selangor..
Harga pon ok la tak banyak beza sangat dari pasaraya biasa..


Orang2 kuat bakar bahan2 perapan..


Time buat bbq sambut birthday ni, sy baru je beberapa hari habis pantang..
Makan ayam udang pon takleh beriya iya sangat..
Ade je mata mata memandang (eshat & mak).. Huhuhu..
Yela baru habis pantang..
Risau kat anak.. Takut alergic ke apa dengan seafood..


Sambil2 bakar membakar tu, kita potong cake sekali..
Birthday boy Areef 16 Jan, Aidil 30 April, Eshat 17 May, Adib 19 June & Raudhah menyelit lahir 14 April..
Tak ramai sangat birthday bulan 1-6..
Yang selebihnya family members sy ramai bulan 7-12..
Cake ni sedap.. Weolls suka!

30 Oct 2015 (Friday), KFC Nilai Square

Sebelum nak plan ni, tanya dulu mak & adik2 semua..
Diaorang free ke tak jumaat malam tu..
Adib aidil kerja shift.. Tak tentu masa diaorang free..
Bila dah tanya semua date & time tu semua nye free, ok jom kita celebrated birthday next session untuk tahun 2015 ni..
Sambut birthday family members bulan 7-12 pulak kali ni..

Kali ni plan makan kat luar je..
Leceh nak masak2 semua nya..
KFC Nilai Square ni pon baru bukak awal tahun 2015 haritu..
Kita try makan kfc situ la..
Tempat pon best & happening..

Tapi haritu, kitaorang sampai dalam 9lebih, orang ramai..
Semua mencari KFC ke apa malam tu???? Huhuhu..
Meja hampir kesemua nya penuh..
Nasib baik la ada meja orang dah habis makan..
Kalau tak, berzaman la menunggu..
Nak beratur beli kfc pon satu hal ramai orang beratur panjang..
Adik2 dah ulang alik tanya kat sy tengah beratur.. Lama lagi ke nak makan..
Sian diaorang dah lapar sangat..

KFC sampai je, haaa tak pandang kiri kanan dah semua..
Semua terus makan.. Lapar ooooo..
Lepastu clearkan meja, kita tiup lilin sambut birthday pulak..


Birthday mak 19 July, Birthday Ameer 14 August, Birthday sy 23 Sept, Birthday Nizam 5 Oct..
Birthday Kakcik 1 Oct, Birthday Pokcu Ashiq 31 Oct & Birthday Atuk Nenek 22 Dec..
Haaa ramai kan birthday girl & boy bulan 7 sampai 9..
Bawak atuk & nenek sekali keluar malam tu..
Cake beli homemade dari FB Rania Bake House..
Sedap! Adik2 & mak suka..
Time sambut birthday dengan emalin haritu pon, beli kat situ jugak..


Dah tiup lilin, kita potong cake pulak..
Pokcu ashiq! kenapa posing comil sangat tu! :)


My big family..
My everything, my soul & my sweetheart..
Diaorang ni semua tulang belakang & semangat sy dari dulu & sampai bila-bila..
Love u oll so muchhhh!!
Takde siapa boleh ganti kan kalian semua dalam hati ku..
SobssSobsss. Sedih pulak taip camgitu.. Y___Y


Welfieeeeeee!!


Sebelum balik, bergambar dulu puas puas..


RA behave je malam tu..
Dia duduk dalam baby chair..
Ingat orang nak bagi dia makan la tu.. Hehehehe..
Sian dia tengok ibu abah & semua makan yea..
RA mampu hisap hari abah dia je.. Huhuhuhu..


Time ni RA baru bangun tidur..
Orang agah2 dia senyum pon taknak..
Moody ye sayang..


Haaa tengok menguap lagi.. Hahahaha..


Rindu nye kat Ameer & Areef..
Lama sangat tak jumpa diaorang..
Haritu jumpa diaorang peluk cium sy lepas rinduuuuu..
Nanti Ameer & Areef balik rumah mak lagi tauuu..
Boleh main sama sama dengan Raudhah lagi tau..


Nak balik nak balik, tapi bergambar tak sudah sudah.. Hahahaha..
Biasa la jarang berkumpul ramai ramai camni..


Time ni nak balik baru perasaan background kat belakang tu..
Haaaa pergi la semua bergambar kat situ pulak..
Laki masing2 dah jeling2 tak habis2 lagi bergambar.. Hahahhaha..

InsyaAllah next year kita celebrated lagi birthday camni..
Kita doa kan semoga family kita di murahkan rezeki melimpah ruah & selalu di bawah lindunganNya.. Amin Ya Rabb..
Tahun depan RA dah besar sikit, kita jalan2 zoo yea uncle2 Ameer Areef & Ashiq! :)

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 28 October 2015

Late Dinner @ Padi House Cyberjaya

Hi & Assalammualaikum

26 Oct 2015 (Mon), Padi House Cyberjaya

Teringin nak makan chicken chop sebenarnya..
Sekali sekali tekak nak berubah selera la pulak..
Haritu lepas beli barang2 dapur, terus zassss pergi Padi House Cyberjaya nun..
Eshat la beriya iya nak bawak sy makan kat situ..
Iolls pon happy la sebab suami kita nak bawak makan tempat best best.. Huhuhu..

Masuk2 je parking eh eh eh laaaa pernah makan dulu kat sini..
3 4 tahun dulu kot..
Time tu makan kat kedai sebelah, kedai old town coffee..
Time tu sambut birthday umie rasa nya dengan qila semua kat situ..
Haaa terimbau la balik kenangan2 time tu..

Sampai je dah pukul 10malam..
Terus order apa nak makan..
Dah pukul 10malam pon, masih ramai lagi makan kat situ..


Eshat order lamb chop.. Teringin katanya..
Banyak daging kambing ni..
Puas eshat makan..


Sy order chicken chop & mushrom + garlic bread..
Sedap sangat! Lepas kempunan dah.. Huhuhu..
Order pon tak lambat sangat sampai..
Makanan sampai je zasss terus makan..
Lapar sangat dah.. Jam pon dah pukul 10lebih time order sampai tu..

Makan sampai je, kitaorang ada bau sesuatuuuuu..
Terbau "bau" yang sangat wangi kat RA..
RA dah buat "kueh" dulu.. Hahahaha..
Jadi nya kitaorang kena la makan cepat2..
Lepas tu boleh zasss boleh balik rumah..
Lagipon banyak nyamuk..
Habis gatal gatal ku di gigit oleh nyamukkkkk!!! Grrrrrr!!!!

wefie sebelum makanan sampai
Tq b belanja ibu makan sedap sedap..
Lepas dah mengidam & teringin iollss.. Huhuhu..


Nah gambar RA tengah mengendong "kueh" hehehehe.. :p

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 27 October 2015

Lunch Date!

Hi & Assalammualaikum..

25 Oct 2015 (Sun), PICC Putrajaya

Ahad tu clash jemputan dengan eday jane..
Belah pagi join office mil ada makan2 kat picc dulu, lepas tu baru gerak klang..
Tak tau pulak hari ahad ada buffet lunch kat PICC ni..
Rupa nya baru je lagi ada..
RM25 seorang.. Tapi nak datang kena booking dulu..
Sebab takut penuh nanti..
Nak datang breakfast & hi tea pon boleh.. Yang ni boleh walk in je & takde buffet..
Sesiapa tak tau nak makan kat mana dah, boleh la try makan kat PICC ni..
Tempat pon ok..

Menu set buffet haritu pon ok juge..
Ada lauk pauk, lala, mee goreng, ayam goreng rempah, mee kari, ABC, bubur, sup, buah buah & ada la lagi 2 3 jenis makanan.. Lupa dah..
Haa round kedua sy pergi ambik makanan, ada meatball sekawah..
Siapa yang suka makan meatball tu, makan la sampai kenyang dengan bayar RM25 sahaja..
Contact number lupa pulak nak mintak..
Padahal dah pergi kaunter haritu tanya pakej apa ada semua..
Sampai je PICC, mil register dulu..
Lepas tu ucapan sikit2 dari org2 office MIL, tukar2 hadiah & lepastu baru lah makan..

Eshat tak ikut pulak time tu.. Dia ada hal sikit pagi tu..
Memang berperang la dengan RA nak makan.. Huhuhu..
Kebetulan time tu dia mengantuk nak tidur..
Dah tidur berdukung, letak menangis..
Haaa tidur la dulu nak atas badan ibu..

Bila letak je RA jaga.. haaa duduk la diam2 atas meja tu nak oii..
Ibu dah lapar nak makan..


Sampai je, terus duduk dalam baby chair ni..
Kemain excited lagi RA duduk dalam ni..
Dia ingat orang nak bagi dia makan la tu.. Hhahahaha..
Lepas tu kejap je nak duduk dalam ni..
Sebab makanan tak kunjung tiba.. Hahahaha..
Boring laaa RA cakap dalam hati kot..
Dia pon terlentok lentok mintak di ambik bawak keluar..

Kita jumpa kakak izara harini sembang sembang.. :p

Duduk sebelah2 dengan kakak izara sepupu RA..
Tak sabar nak tunggu RA besar.. Nak tengok diaorang main sama-sama..
Diaorang ni beza setahun je..


Omma kata headband RA besar benauuu.. Hahahaha..
Masa ibu beli rasa macam tak besar sangat..
RA dah pakai besar la pulak.. Hihihihi..


Kakngah, mom in law, officemates mil, rina & RA..


Love u Princess Raudhatul Aaishah!
Dah pandai jalan nanti, RA teman ibu shopping eh.. Kita tinggalkan abah.. Hahahaha..


Wefieeeee..
RA sekarang tak duduk diam dah..
Nak ambik gambar pon susah..





Tq mummy snap kan gambar ni guna iphonegggg mummy..
Cantik!!! :D

Lepas makan, terus chaw balik hantar RA kat eka, zaasssss pergi rumah ema nak pergi klang..
Fuhhhh berlari berkejaran rasa nya hari ahad tu..
Tapi tetap dapat pergi dua2 event..

Love, Rina Ellisa

Monday, 26 October 2015

Engagement Day Jane

Hi & Assalammualaikum..

25 Oct 2015 (Sun), Port Klang

Dapat whatsapp dari Jane tu berdebar debar ni nak bukak baca..
Sebab sekarang kan kalau nak jemput majlis pape guna whatsapp je..
Baca intro whatsapp je dah agak mesti ada majlis pape ni..
Sekali bukak baca haaaaa Jane nak tunanggggg.. Seronok2!
Senyap2 je tau member sy sorang ni..
Akhirnya jane dah di lamar orang.. Yeyyyyy RA nak dapat uncle baru lagi.. Hihihi..

Hari ahad tu clash event MIL kat PICC..
Jadinya belah pagi pergi PICC dulu, tengahari gerak pergi klang Jane tunang..
Eshat pulak pagi ada hal, tengahari dia ke moto gp..
Raudhah sy tinggal kan kat eka tengahari tu..
Sy tak bawak dia pergi klang..
Sebab musim jerebu ni..
Tak nak bawak dia jalan keluar sangat & lagi satu eshat tak ikut pergi klang..
Tu yang tinggal kan dia kejap kat eka tengahari tu..
Takpe la bagi ibu can lepak sembang sembang sat na dengan kawan2 ibu ye sayang.. Hehehe..

Dah hantar RA kat eka, terus gerak pergi rumah ema kat sg ramal..
Gerak 1 kereta dengan ema pergi rumah jane..
Lin gerak dari damansara & jumpa kat sana je..
Dalam 230pm gerak, pukul 330pm macam tu sampai..

Kitaorang sampai, majlis dah selesai..
Rombongan lelaki tentu2 lah dah balik kan..
Sampai je terus makan & lepak lepak borak borak..
Dah lama sangat tak jumpa jane..
Dah jumpa, harus la lepak lama sikit..



ema, lin, anaqi, jane, rina & atul
Princess ibu je takde.. Huhuhu..
Bila tengok anaqi, main2 dengan anaqi rindu RA kat rumah.. Hehehehe..


Linnnn.. Behave lin pose tu.. Hahahaha..
Time ni dah takde orang..
Family jane semua nya kat luar..
Kitaorang jela melepak kat dalam rumah tu..
Melepak sambil mengisi perut makan..
Layan layan anaqi, borak borak gosip gosip.. Kihkihkih..



Geng geng bas sekolah..
Anaqi lena je tido dalam carrier tu ha walaupon antie2 dia bising bergambo..


Haa ni gambar elok sikit..
Tq babe layan kitaorang.. Sorry sampai lambat..
Tak sempat tengok ko sarung cincin..
Jane tunang ni, last minit plan..
Dia jemput pon tak ramai..
Nanti majlis kahwin jane jemput semua yea..


Babe, congrats dah jadi tunang orang.. Behave, jaga diri.. Sebab kau tengah "darah manis" tu..
Enjoy buat wedding preparation lepas ni..
Kalau nak aku tolong pape, roger je tau..
Love u babe! Muaxhhhh!!


Otw balik drive kereta, ika whatsap gambar ni..
Ya Allah anak ibu sian nya sampai tertidur tu ha dalam baby chair.. Hehehee..
Ika bagi dia main bola, ika toleh je tengok dia dah lelap..
Cepat2 bawak kereta nak sampai rumah, nak ambik RA.. Rindu dia!
Baru tinggal kan kejap dah rindu gilerrrr.. Huhuhu..

Love, Rina Ellisa

Sunday, 25 October 2015

Pap Smear Test Done!

Hi & Assalammualaikum..

20 Oct 2015,  (Tues)KK Dengkil

Haritu masa bawak RA check up, TERbuat pulak ujian pap smear..
Sy buat ujian ni kat KK Dengkil..
Ujian pap smear ni untuk nak tahu kita ada kanser rahim ke tak..
Kita mencegah dari awal lagi bagus daripada mengubati..

Sy memang plan nak buat ujian pap smear ni nanti..
Tapi tak plan pon nak buat time bawak RA monthly check up haritu..
Dengan tak sedia fizikal mental lagi..
Tetiba terus kena buat ujian pap smear ni..
Berserah jela.. Huhuhu..

Masa check up RA tu, ada la seorang nurse datang masuk bilik tanya dah buat ke belum ujian pap smear..
Sy cakap la sy akan buat nanti.. Tapi bukan haritu la..
Tetiba eshat menjengah ke dalam bilik, terus dia suruh buat jugak.. Huwaaaaaa...
Baru nak larik buat next ujian next appointment RA next month..
Tapi bila eshat dah cakap dengan nurse buat je terusss..
I is pasrahhh.. SobbSobsss..

Perasaan nya nerves macam nak beranak 6bulan lepassss! Hahahaha
Bila nurse suruh baring atas katil, lepas tu dia alas kan lapik semua..
Haaa terimbau dah balik time tu masa dalam wad saringan putrajaya masa nak kena selukkk..
Fuhhh Fuhhhh Fuhhhhh sakitttttt!! :p



Dah baring get ready semua sementara tunggu nurse standby barang..
Sy dah berdebar debar atas katil..
Nerves macam nak beranak kekdah nye. Huhuhuhu..
Tengok gambar pon dah tau posisi macam nak meneran tu haaa...

Time sy buat ujian tu, ada 3 orang sekali nurse..
Sorang tolong suluh lampu.. Pakai storlight je.. T___T
Sorang masuk kan alat tu..
Sorang duk kat kepala sy duk cakap cakap masa masuk kan alat tu nampak macam senyum la apa laaa..
Tak paham apa pon apa yg diaorang duk cakap cakap tu..
Sebab sy terbayangkan benda alah yang nurse masuk kan tuuuu.. T___T

Ade ke patut nurse tu tunjuk kan alat tu kat saya..
Haaaa alat ni la sy nak masuk kan..
Alat tu plastik & panjang pulak tuuuuuuuuuuu..
Memang la sy terbayang2 je alat tu..
Sekali dia masuk kannn haaaa terSENTAPPPPP.. Kihkihkih..

Lepas dia dah masuk kan alat first tu, ada satu lagi alat..
Alat yang tu dia pusing kan 360 darjah nak ambik sample tisu..
Dah ambik sample, dia keluarkan balik plastik tu, lagi sekali terSENTAPPPPP.. Huhuhu..
Lepas seksa iolllssss..
Tak lama pon test ni.. Tak sampai 10minit..
Sy ada bleeding sikit lepas test tu.
Nurse bagitau akan ada bleeding sikit nanti..

Result dalam 1bulan baru dapat..
Makna nya next appointment RA nanti la baru sy tau..
Sakit ke tak buat ujian pap smear?
Jujur sy cakap tak sakit sangat.. Cuma senak sikit je la..
Pergi la buat!
Atleast setahun sekali kita kena buat..

Ni info berkenaan Pap Smear..
Kita perempuan wajib ambik tahu!

Apa itu Ujian lumuran Pap (Pap Smear)?

Ujian lumuran Pap merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Pap smear bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan serviks pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain.CIN tidak memberikan sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear

Bagaimana Ujian Pap Smear Dilakukan?

Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.



Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi?

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?

Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian Pap Smear Boleh Didapati?

Ujian ini boleh didapati di:
  • Pusat Kesihatan Kerajaan
  • Klinik Perancang Keluarga
  • Hospital/Klinik Swasta

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Pap Smear?

Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian Pap Smear.

Berapa Kerapkali Ujian Pap Smear Harus Dilakukan?

Ujian Pap Smear hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
  • Terdapat sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

  1. Tabiat seks: memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).
  2. Agen jangkitan: terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.
  3. Tidak menjaga kebersihan diri.
  4. Menghisap tembakau.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh menghidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Apa yang harus dilakukan ketika menghadapi kanser?

  • Berfikiran positif.
  • Amalan cara hidup sihat seperti mengamalkan senaman selalu dan makan diet yang seimbang.
  • Ikuti jadual perubatan secara teratur dan patuhi arahan doktor.
  • Bertawakal dan memohon kepada tuhan. Sesungguhnya segala terjadi ada hikmahnya.

Sumber : Kosmo Online

Love, Rina Ellisa

Cara Nak Buat Puree Kurma

Hi & Assalammualaikum..

Puree kedua untuk RA, sy bagi Puree Kurma..
Pon jenuh jugak memikirkan apa nak bagi kat RA.. Huhuhu..
Padahal kat FB sekarang banyak orang viral kan solid food untuk baby 6bulan..
Ok la kat rumah pon kurma ada lagi..
Sy buatkan puree kurma untuk RA..
Ni penyediaan puree kurma versi Rina Ellisa!

Bahan- bahan nya :-

Kurma 10 biji (Sy bahagi kan 2 bahagian untuk makan 2hari)

Cara - cara nya :-

1. Basuh kurma bersih-bersih
2. Buang kulit & biji kurma
3. Steam kan 15 minit
4. Biarkan kurma sejuk dulu. Lepas tu blend kan sampai hancur
5. Last sekali tapis kan dulu kurma tu, dan siap!

4 Days Rules from 19 - 22 Oct 2015 
Sy bagi RA makan 4hari..
Suka dia makan puree kurma ni..
Ingatkan dia taknak sebab sy rasa kurma ni manis sikit..
Bila berak, poo poo dia warna coklat coklat hitamm.. Huhuhuhu..

kebaikan kurma
  credit : kelab ibu ohsem

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 21 October 2015

Journey of Princess RA : Check Up 6 Months

Hi & Assalammualaikum..

20 Oct 2015 (Tues), KK Dengkil

Kali ini eshat cuti teman kan pergi bawak RA check up..
Sebelum pergi klinik, singgah breakfast dulu..
Appointment pukul 9pagi..
Pukul 930 baru kitaorang sampai KK..
Macam biasa KK tak penah tak ramai..
Parking penuh..
Dah ambik nombor giliran, sejam lepas tu baru nama RA kena panggil untuk timbang berat..
Bercinta tunggu nombor kena panggil..


Berat RA 6months ni 6.8kg.. Naik 200g dari check up bulan lepas..
Tinggi pon ok, ukur lilit kepala ok..
Cuma graf BMI je turun sikit. sebab berat RA naik sikit je..

Check up kali ni, RA kena cucuk..
Masa nak cucuk tu dia merengek sekejap sebab mengantuk nak tidur..
Bila nurse cucuk je, dia punyaaa jeritttt.. Sian anak ibu..
Sekejap je dia nangis.. Lepas tu ok dah..
Anak ibu good girl kan..

Tengah2 nurse brief pasal RA, tetiba datang la sorang nurse ni tanya dah buat ke belum pap smear..
Orang tengah syiok2 borak pasal RA, tetiba kena tanya pasal pap smear pulak.. Glup!!!!
Terus berdebar-debar bila di suruh buat ujian pap smear time tu jugak..
Orang tengah syiok2 borak pasal RA.. Potong betul laaaaa... >___<
Ujian pap smear tu nanti sy cerita enty lain..
Lepas check up RA, terus pergi alamanda jalan jalan carik makan..

6months 6days
Yeyyyy sy dah kena cucuk! :)
Good girl princess ibu..



RA suka betul kalau dapat cermin..
Bila eshat agah2 dia, lagi la galak dia gelak..
Suka tengok 2beranak ni kalau tengah bergurau..
Bahagia je rasa :)

Abah, next month teman sy check up lagi yea - Raudhatul Aaishah :)

Love, Rina Ellisa

Monday, 19 October 2015

Cara Nak Buat Puree Apple

Hi & Assalammualaikum..

Di sebab kan kes TERLUPA NAK STEAM APPLE masa first bagi RA makan tu la..
Berkali kali baca resepi pon lupa..
Jadi nya, ibu tempek siap2 dalam blog ibu ni, nanti setahun dua lagi kalau ada anak lagi, haa bukak je blog sendiri..
Senang ceritaaaaa! :)

Bahan-bahan nya :-

Apple 1 biji (Saya bahagi kan 2 portion untuk makan 2 hari sahaja)

Cara - cara nya :-

1) Basuh apple bersih2 dengan pureen cleanser
2) Buang kulit apple
3) Potong apple kecik kecik bentuk dadu
4) Steam kan apple 15minit sampai lembik
5) Biarkan sejuk sekejap. Lepas tu blend sampai halus
6) Siap untuk di hidangkan!

Tips!
Kalau puree macam pekat, tambah air masak sikit bagi cair..


Siap puree apple untuk princess ibu Raudhatul Aaishah..
RA suka makan puree apple ni..
Sy bagi RA makan 5hari..
Terlajak 1hari pulak.. Hihihi..
Dan dia berak pon ok..

Love, Rina Ellisa

Sunday, 18 October 2015

Journey of Princess RA : First Solid Food, Puree Apple

Hi & Assalaammualaikum..

14 Oct 2015, Wednesday

Cukup RA 6bulan, dah boleh bagi dia makan solid food..
Kebetulan 14 Oct tu hari public holiday, Ibu & Abah pon cuti..
Dapat la ibu sediakan first solid food RA sendiri..
2 3 hari sebelum nak bagi RA makan, sy dah siap kan semua kelengkapan macam blender, strorage food semua..
Cerita kelengkapan untuk solid food next entry..

Perasaan first time nak buat kan solid food anak teruja excited happy takut semua ada la..
Yela nak bagi dia makan..
Selalu bagi susu je..
Risau jugak bila dah start bagi RA makan ni..
Takut ada makanan tak serasi ke dengan perut dia..

Untuk 1st solid food RA, sy buatkan puree apple untuk dia..
Jenuh pikir nak bagi buah apa dulu untuk RA makan..
Dah habis pikir semua, ok lah kita bagi RA makan puree apple dulu untuk makanan pertama dia..

Hari yang di tunggu pon tiba..
Berdebar debar tunggu 14 Oct tu sebab nak buatkan puree apple..
Berdebar debar nya macam tunggu hari nak menikah.. Over tak? Kihkihkih..

Entah kenapa hari public tu, sy terlebih rajin pulak masak tengahari..
Selalu kalau hari hari cuti public atau hujung minggu jarang masak..
Kira hujung minggu gantung kuali laaaa.. :p
Eshat selalu beli makanan kat luar je..
Tapi haritu terlebih rajin masak, jadinya sediakan puree apple untuk RA pon lambat..
Dah siap masak, baru lah buatkan puree RA..
RA pon dah merengek rengek nak tidur dah sebab berjaga lama sangat..

Siap masak, siap buatkan puree apple RA, duduk la sekali makan..
Kelam kabut mana nak makan, mana nak suapkan RA makan, mana nak ambik video, mana nak ambik gambor..
Demi nak capture first moment RA makan, kelam kabut ibu & Abah.. Hahahaha..
Kelam kabut tapi seronok..

rupa puree apple yang tak di steam kan.. apple yang di steam kan colour hijau muda sikit..

Puree apple untuk RA siap!
Sy boleh terlupa nak steam kan apple ni sebelum blend..
Dah la terlupa nak buang kulit apple..
Nasib baik la apple tu tak hancur semua lagi..
Dapat la buangkan dulu kulit apple, lepas tu sambung balik blend..
Aduhhh kelam kabut sungguh first time sediakan solid food RA.. Hahahaha..
Harap harap la takde pape..
Risau jugak tak steam kan apple tu..
Dah la first time bagi RA makan..
Apa la ibu ni.. Y__Y
Pagi tu dah berulang ulang kali baca resepi takut lupa..
Sekali lupa jugak step nak steam kan apple tu.. SobsobSobsss..


First time letak RA dalam baby chair ni..
Tapi kena letak bantal kat belakang seat tu sebab RA tak pandai duduk lagi..

First sekali, eshat colek kan sikit puree apple tu ke mulut RA..
Dia punya sedut macam sedap sangat la puree apple tu.. Hahahaha..
Yela first time dapat rasa makanan lain selain susu ibu dia..
2kali eshat colek kat mulut RA, lepas tu suapkan dia pakai sudu..
Suka dia makan puree apple tu.. Seronok ibu & abah tengok RA makan..
Berbunyi bunyi dia sedut2 makanan yang tertinggal kat tepi-tepi bibir dia.. Hahahaha..




Kitaorang ingatkan nak bagi sikit-sikit je dulu bagi RA rasa..
Sekali bila suap hilang, suap je habis..
Eh suka sangat makan puree apple ni..
Haaa habiskan je terus bagi dia makan..


Eh termenung ke dapat makan puree apple tu? Hehehhe..



Haaa sambung makan balik..


First time jugak bagi RA minum air masak..
Dia dah start makan, dah boleh bagi dia air masak..
Takut2 jugak nak bagi dia minum..
Sekali bila minum, tersedak.. Hai la anak.. Tak sedap ke air masak tu????


Tengokkkkkkk..
Makan sampai tercabut stokin sebelah.. Kihkihkih..
Sedap sangat ke puree apple tu Cik Raudhatul Aaishah uii?? :p


Haaa habis licin dah RA makan puree apple ibu buatkan..
Petang tu lepas makan, kitaorang 3 beranak tidur la depan tv..
Sy dah tidurkan RA, dengan sy pon tertidur..
Lepas tu tengok RA jaga, dia pon main la sorang2..
Sy pon tidur2 ayam jela..
Sekali bila angkat dia tengok kat toto ada setompok kuning..
Ingatkan dia muntah, rupa nya dia YAKKKKKKKKKKKKKKKKK..
Sejam lepas makan puree apple tu RA berakkk..

RA try makan puree apple ni 2 3 hari dulu yea..
Lepas tu ibu buatkan puree lain pulak..

Love, Rina Ellisa