Followers

Saturday, 31 October 2015

Family Birthday Celebration 2015

Hi & Assalammualaikum..

Acara tahunan family sambut birthday family members..
Kira berkumpul la mak & adik beradik sy semua nya..
Nak sambut tetiap bulan tak berkesempatan..
Bila weekend ada je hal masing2..
Dapat celebrated 2 kali setahun pon dah ok sangat..
Yang sebenarnya nak berkumpul adik beradik mak semua..
Sekali dapat berkumpul jumpa best!

Haritu dah sambut birthday bulan Jan sampai June..
Tapi tak sempat nak up entry..
Ni nak throwback sikit gambar2 masa celebrated birthday family members yang tengah tahun haritu..

6 June 2015, Saturday


Birthday celebration untuk Jan till June babies, plan buat bbq je kat rumah eka..
Beli bahan2 basah, perap sendiri, petang sikit baru bakar..
Beli ayam, udang, ikan & kambing..
Pastu beli hutdog untuk adik2 sikit..
Beli barang2 basah ni kat pasar borong selangor..
Harga pon ok la tak banyak beza sangat dari pasaraya biasa..


Orang2 kuat bakar bahan2 perapan..


Time buat bbq sambut birthday ni, sy baru je beberapa hari habis pantang..
Makan ayam udang pon takleh beriya iya sangat..
Ade je mata mata memandang (eshat & mak).. Huhuhu..
Yela baru habis pantang..
Risau kat anak.. Takut alergic ke apa dengan seafood..


Sambil2 bakar membakar tu, kita potong cake sekali..
Birthday boy Areef 16 Jan, Aidil 30 April, Eshat 17 May, Adib 19 June & Raudhah menyelit lahir 14 April..
Tak ramai sangat birthday bulan 1-6..
Yang selebihnya family members sy ramai bulan 7-12..
Cake ni sedap.. Weolls suka!

30 Oct 2015 (Friday), KFC Nilai Square

Sebelum nak plan ni, tanya dulu mak & adik2 semua..
Diaorang free ke tak jumaat malam tu..
Adib aidil kerja shift.. Tak tentu masa diaorang free..
Bila dah tanya semua date & time tu semua nye free, ok jom kita celebrated birthday next session untuk tahun 2015 ni..
Sambut birthday family members bulan 7-12 pulak kali ni..

Kali ni plan makan kat luar je..
Leceh nak masak2 semua nya..
KFC Nilai Square ni pon baru bukak awal tahun 2015 haritu..
Kita try makan kfc situ la..
Tempat pon best & happening..

Tapi haritu, kitaorang sampai dalam 9lebih, orang ramai..
Semua mencari KFC ke apa malam tu???? Huhuhu..
Meja hampir kesemua nya penuh..
Nasib baik la ada meja orang dah habis makan..
Kalau tak, berzaman la menunggu..
Nak beratur beli kfc pon satu hal ramai orang beratur panjang..
Adik2 dah ulang alik tanya kat sy tengah beratur.. Lama lagi ke nak makan..
Sian diaorang dah lapar sangat..

KFC sampai je, haaa tak pandang kiri kanan dah semua..
Semua terus makan.. Lapar ooooo..
Lepastu clearkan meja, kita tiup lilin sambut birthday pulak..


Birthday mak 19 July, Birthday Ameer 14 August, Birthday sy 23 Sept, Birthday Nizam 5 Oct..
Birthday Kakcik 1 Oct, Birthday Pokcu Ashiq 31 Oct & Birthday Atuk Nenek 22 Dec..
Haaa ramai kan birthday girl & boy bulan 7 sampai 9..
Bawak atuk & nenek sekali keluar malam tu..
Cake beli homemade dari FB Rania Bake House..
Sedap! Adik2 & mak suka..
Time sambut birthday dengan emalin haritu pon, beli kat situ jugak..


Dah tiup lilin, kita potong cake pulak..
Pokcu ashiq! kenapa posing comil sangat tu! :)


My big family..
My everything, my soul & my sweetheart..
Diaorang ni semua tulang belakang & semangat sy dari dulu & sampai bila-bila..
Love u oll so muchhhh!!
Takde siapa boleh ganti kan kalian semua dalam hati ku..
SobssSobsss. Sedih pulak taip camgitu.. Y___Y


Welfieeeeeee!!


Sebelum balik, bergambar dulu puas puas..


RA behave je malam tu..
Dia duduk dalam baby chair..
Ingat orang nak bagi dia makan la tu.. Hehehehe..
Sian dia tengok ibu abah & semua makan yea..
RA mampu hisap hari abah dia je.. Huhuhuhu..


Time ni RA baru bangun tidur..
Orang agah2 dia senyum pon taknak..
Moody ye sayang..


Haaa tengok menguap lagi.. Hahahaha..


Rindu nye kat Ameer & Areef..
Lama sangat tak jumpa diaorang..
Haritu jumpa diaorang peluk cium sy lepas rinduuuuu..
Nanti Ameer & Areef balik rumah mak lagi tauuu..
Boleh main sama sama dengan Raudhah lagi tau..


Nak balik nak balik, tapi bergambar tak sudah sudah.. Hahahaha..
Biasa la jarang berkumpul ramai ramai camni..


Time ni nak balik baru perasaan background kat belakang tu..
Haaaa pergi la semua bergambar kat situ pulak..
Laki masing2 dah jeling2 tak habis2 lagi bergambar.. Hahahhaha..

InsyaAllah next year kita celebrated lagi birthday camni..
Kita doa kan semoga family kita di murahkan rezeki melimpah ruah & selalu di bawah lindunganNya.. Amin Ya Rabb..
Tahun depan RA dah besar sikit, kita jalan2 zoo yea uncle2 Ameer Areef & Ashiq! :)

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment