Followers

Thursday, 15 October 2015

Happy 6 Months Princess RA!

Hi & Assalammualaikum..

14 Oct 2015, Wednesday

14 Oct jatuh hari public holiday sempena awal muharam..
Ibu & abah cuti dapat la spend time dengan princess Raudhatul Aaishah kat rumah..
Dan genap la princess RA ibu ni 6bulan dah..
Dah 6bulan ni, ibu pon dapat dah certificate Diploma in Breastfeeding.. Yeayyyy!!!
Lepas ni ibu nak dapatkan degree, master & PHD in Breastfeeding pulak.. InsyaAllah Amin Ya Rabb..
Moga anak ibu sihat membesar dengan susu ibu ye sayang.. :)

Dah 6bulan ni, RA dah boleh makan..
Sy dah pon bagi dia makan puree apple..
Cerita RA first solid food cerita entry lain..
Entry ni khas untuk princess ibu 6months..

Milestone RA sehingga 6 bulan ni :-

Meniarap Terlentang
Rasa nya RA 5bulan lebih dia dah start meniarap terlentang dengan pantas..
Masa 4bulan RA dah boleh meniarap tu, dia tak pandai lagi adjust tangan dia..
Kadang2 bila dia meniarap time tu, terkepit la tangan sebelah sebab tak pandai adjust lagi.. Kihkihkih..
Sekarang dah nak masuk 6bulan ni, bangun tidur je confirm terus meniarap..
Kadang2 bangun tengah malam nak menyusu pon, tengah mamai tu terus meniarap..

Menyembur air liur
RA 4bulan lebih dia dah main sembur-sembur air liur..
Orang tua tua cakap kalau anak start menyembur air liur tu, rambut mak nya akan gugur..
Dan ye rambut ku dah start gugurrrr.. Y__Y

Menangis beriya-iya
Selalu nya terjadi bila dah sampai rumah petang saya ambik dia dari ika..
Angkat dia bawak masuk rumah, bila letak dia punya menangis macam kena cubittt.. Hahahaha..
Bila angkat senyap.. Anak oh anak...

Angkat Punggung
Yang ni kadang2 je dia buat..
Kalau nak capai benda depan dia macam jauh sikit dia tak boleh nak capai, dia usaha la angkat montot dia nak kedepan..

Bila berdiri, Exercise Kaki
Yang ni dia buat dah genap 6bulan..
Time tu kat rumah MIL kat putrajaya..
MIL dukung dia, kemain rancak lagi dia toink toink kan badan dia.. Hahahaha..
Macam ada spring kaki tu..

Excited Tengok Makanan
Masa 5bulan lebih tu, RA dah excited tengok makanan..
Lagi2 bila sy & eshat tengah makan, dia buntang kan mata dia tengok makanan..
Lepas tu nak capai2 apa je yang ada atas meja makan tu..
Bila kitaorang sua kan ke mulut dia, taknak pulak dia bukak mulut.. Hahahaha..
Orang cakap, dia dah start nak makan dah tu..
Sebab excited tengok orang makan..

Mulut Potpek
Suka sangat membebel bahasa dia..Comil pulak tu!
Kadang2 membebel suka sangat kemam bibir bawah dia..
Kang penuh air liur kat tepi2 bibir.. Hahahaha..

Petang abah bawak ibu & RA jalan2 pekena tea tarik & roti canai kat Tea Tarik Palace Putrajaya..
Tq abah!






Seronok nampak duduk dalam baby chair ni.. :)


Semoga anak ibu membesar dengan sihat & selalu di bawah lindungan Allah SWT..
Ibu & Abah LOVE LOVE LOVE LOVE Princess Raudhatul Aaishah so much!

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment