Followers

Friday, 9 October 2015

Journey of Princess RA : Demam Kali Kedua

Hi & Assalammualaikum..

2 Oct 2015, Jumaat
Sy balik kerja petang tu, tengok dia batuk-batuk..
Aikkk kenapa anak ibu batuk-batuk ni..
Semalam ok je..

5months18days
Hari jumaat pagi ika whatsapp bagitau RA batuk2 lagi..
Pastu bersin & selsema sikit..
Badan dedar sikit.. Check suhu badan 35c..
Ika bagitau camtu sy dah risau..
Yela dengan jerebu sekarang ni..
Udara tak bersih..
Kesian la kat baby & orang2 yang asthma semua tu..

Petang ambik RA kat ika, badan dia dedar je..
Malam tu sy dah start tuam-tuam badan & kepala dia biar jangan susu badan naik lagi..
Malam check susu badan naik ke 36c.. T___T
Sy tuam je biar badan RA sentiasa basah..
Kali kedua demam. First masa seminggu lepas cucuk 4bulan tu..

Bila nak tidur, RA merengek.. Dia tak selesa..
Huwaaaa anak ibu tak sihat..
Tengahmalam terjaga.. Dah minum susu lepas tu nak tidur berdukung..
Tidur pon terjaga-jaga..
Sian anak ibu badan tak selesa yea..

3 Oct 2015, Sabtu
Bangun pagi tu tengok RA aktif macam biasa..
Rasa badan macam dah kurang sikit panas..
Dah nak ke tengahari badan dia macam panas sikit..
Sy tuam je dengan tuala basah..

Tengahari dah janji dengan ema & lin nak lepak rumah ema..
Nak cancel tak pergi dah janji & dah buat preparation semua..
Eshat kata takpe pergi je, anak pon ok lagi ni..
Nasib baik dalam kereta dia ok..
Bagi susu lepas tu tidur..

Kat rumah ema RA dah macam tak selesa..
Main-main kejap dengan uncle togo dia, lepas tu bila letak nangis..
Dia nak berdukung je..
Bagi susu tidur pon kejap-kejap je..
Badan dia pon dedar..

Balik rumah malam tu, mandi kan RA dengn air lemon..
Letak kan setengah slice lemon dalam sock dia untuk kebahkan panas..
Lepas tu lap lapkan badan dengan air asam jawa..
Bila check suhu badan RA 37.3c..
Dah nak hampir ke 37.5c dah.. Huwaaaa...
Kalau 37.5c tu dah start demam..
Sy & eshat tuam je badan RA dengan tuala basah dengan harapan badan RA akan kurang panas..
Tidur malam tu pon RA terjaga..
Tak selesa dengan badan panas, batuk selsema..

4 Oct 2015, Ahad


Bila letak kain basah kat kepala dia, tau je dia tarik lepas tu nak masuk kan dalam mulut.. Y___Y
Pagi check lagi suhu badan RA dalam 36c lagi camtu..
Badan & kepala RA masih panas..
Sy tak jemu tuam dengan tuala basah..
Bila tuam badan sejuk la sikit.. Lepas tu panas balik..


Hari ahad tu duduk rumah je..
Tak boleh keluar jalan2.. RA tak berapa sihat..
Nak bagi RA sihat betul-betul..

5 Oct 2015, Isnin



Ibu EL jaga RA kat rumah..
Ibu nak RA sihat sepenuhnya..
Check suhu badan RA masih dalam 35-36c macam tu..
Sy pon tuam je badan RA..
Dia pon tak selesa batuk selsema je..
Siang tu sy buatkan minyak bawang putih untuk hilangkan batuk & selsema..
Bila sapu kat dada, belakang, tapak kaki & pelipat kaki tengok ada kurang sikit batul & selsema dia..
Kira serasi la RA dengan minyak bawang putih ni..

Cara nak buat minyak bawak putih :-

Bahan-bahan :-
1. Minyak VCO (apa2 brand pon boleh)
2. Bawang putih 3 4 ulas

Cara-cara :-
1. Bakarkan bawang putih atas api dapur.. Takpayah buat kulit pon takpe..
2. Lepastu ketukan atau penyekkan bawang putih yang dah di bakar dengan pisau
3. Gaulkan bawang putih dengan minyak VCO sampai sebati sampai keluar bau putih tu
4. Sapu kan minyak tu ke tapak kaki, pelipat, dada belakang bby. Sambil tu selawat 3kali
5. Sapu kan minyak tu setengah jam sekali atau sejam sekali

InsyaAllah dengan izin Allah ada kurang nya..

Malam badan RA masih panas lagi..
Bila dah tuam kepala & badan dia ada la kurang panas sikit..
Lepas tu panas balik..
Haishhh risau nya ibu..
Bila tuam sejuk, lepas tu panas balikk..

6 Oct 2015, Selasa



Ibu EL lagi..
Pagi selasa tu sy ajak eshat pergi klinik bawa RA jumpa doc..
Sebab demam dia masih tak kebah-kebah..
Bila dah pergi klinik, doc check semua..
Suhu badan RA 37c.. Badan RA masih panas lagi..
Doc cakap tak demam ni.. 37.5c baru start demam..
Doc bekalkan ubat demam je..
Ubat batuk & selsema memang tak di galakkan bagi untuk bby 2tahun ke bawah..
Ok balik rumah kita continue sapu bawang putih je..
Ubat demam pon sy tak bagi pon..
Sy tuam je dengan tuala basah..
Malam tu tengok panas RA macam dah kurang sikit..
Sy continue je sapukan minyak bawang putih..

7 Oct 2015, Rabu
Ibu hantar kat makngah harini.
Ibu kena kerja sayang.. 2 hari dah ibu EL..
RA pon dah kurang sikit.. Cuma badan je dedar & ada batuk selsema sikit lagi..
Lega sikit ibu nak tinggalkan kat makngah..


Cuma dia nak berdukung je la siang tu kat ika..
Main2 kejap lepas tu merengek2..
Bila dukung senyap..
Badan dia tak selesa lagi tu..


Ika whatsapp gambar & video tengok dia aktif je main2 duk pusing2 dalam playpen arwah abang izz..
Dah ok la tu anak ibu kan..
Cuma batuk & selsema je tak hilang lagi..

8 Oct 2015, Khamis


Next day alhamdullilah badan RA dah tak panas..
Ika tidur kan dia atas nursing pillow ni selesa dia tidur..
Anak ibu tak sihat nak membesar yea sayang..
Ke nak tumbuh gigi dah tu..
Air liur asik keluar je & RA asik mengemam bibir je..


Gatal gusi ke sayang??

masam nye muka.. senyum sikit princess

Semoga anak ibu cepat sembuh & selalu di lindungi Allah..Amin Ya Rabb..
Buat masa ni kita takyah keluar jalan-jalan lagi ea..
Kat luar udara tak bersih..
RA kena duduk rumah sampai RA betul2 sihat..

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. get well soon sayang baby RA

    ReplyDelete
  2. Comelnyerlah die...demam pun maintain comel..demam nk bijak ye..

    ReplyDelete