Followers

Sunday, 18 October 2015

Journey of Princess RA : First Solid Food, Puree Apple

Hi & Assalaammualaikum..

14 Oct 2015, Wednesday

Cukup RA 6bulan, dah boleh bagi dia makan solid food..
Kebetulan 14 Oct tu hari public holiday, Ibu & Abah pon cuti..
Dapat la ibu sediakan first solid food RA sendiri..
2 3 hari sebelum nak bagi RA makan, sy dah siap kan semua kelengkapan macam blender, strorage food semua..
Cerita kelengkapan untuk solid food next entry..

Perasaan first time nak buat kan solid food anak teruja excited happy takut semua ada la..
Yela nak bagi dia makan..
Selalu bagi susu je..
Risau jugak bila dah start bagi RA makan ni..
Takut ada makanan tak serasi ke dengan perut dia..

Untuk 1st solid food RA, sy buatkan puree apple untuk dia..
Jenuh pikir nak bagi buah apa dulu untuk RA makan..
Dah habis pikir semua, ok lah kita bagi RA makan puree apple dulu untuk makanan pertama dia..

Hari yang di tunggu pon tiba..
Berdebar debar tunggu 14 Oct tu sebab nak buatkan puree apple..
Berdebar debar nya macam tunggu hari nak menikah.. Over tak? Kihkihkih..

Entah kenapa hari public tu, sy terlebih rajin pulak masak tengahari..
Selalu kalau hari hari cuti public atau hujung minggu jarang masak..
Kira hujung minggu gantung kuali laaaa.. :p
Eshat selalu beli makanan kat luar je..
Tapi haritu terlebih rajin masak, jadinya sediakan puree apple untuk RA pon lambat..
Dah siap masak, baru lah buatkan puree RA..
RA pon dah merengek rengek nak tidur dah sebab berjaga lama sangat..

Siap masak, siap buatkan puree apple RA, duduk la sekali makan..
Kelam kabut mana nak makan, mana nak suapkan RA makan, mana nak ambik video, mana nak ambik gambor..
Demi nak capture first moment RA makan, kelam kabut ibu & Abah.. Hahahaha..
Kelam kabut tapi seronok..

rupa puree apple yang tak di steam kan.. apple yang di steam kan colour hijau muda sikit..

Puree apple untuk RA siap!
Sy boleh terlupa nak steam kan apple ni sebelum blend..
Dah la terlupa nak buang kulit apple..
Nasib baik la apple tu tak hancur semua lagi..
Dapat la buangkan dulu kulit apple, lepas tu sambung balik blend..
Aduhhh kelam kabut sungguh first time sediakan solid food RA.. Hahahaha..
Harap harap la takde pape..
Risau jugak tak steam kan apple tu..
Dah la first time bagi RA makan..
Apa la ibu ni.. Y__Y
Pagi tu dah berulang ulang kali baca resepi takut lupa..
Sekali lupa jugak step nak steam kan apple tu.. SobsobSobsss..


First time letak RA dalam baby chair ni..
Tapi kena letak bantal kat belakang seat tu sebab RA tak pandai duduk lagi..

First sekali, eshat colek kan sikit puree apple tu ke mulut RA..
Dia punya sedut macam sedap sangat la puree apple tu.. Hahahaha..
Yela first time dapat rasa makanan lain selain susu ibu dia..
2kali eshat colek kat mulut RA, lepas tu suapkan dia pakai sudu..
Suka dia makan puree apple tu.. Seronok ibu & abah tengok RA makan..
Berbunyi bunyi dia sedut2 makanan yang tertinggal kat tepi-tepi bibir dia.. Hahahaha..




Kitaorang ingatkan nak bagi sikit-sikit je dulu bagi RA rasa..
Sekali bila suap hilang, suap je habis..
Eh suka sangat makan puree apple ni..
Haaa habiskan je terus bagi dia makan..


Eh termenung ke dapat makan puree apple tu? Hehehhe..



Haaa sambung makan balik..


First time jugak bagi RA minum air masak..
Dia dah start makan, dah boleh bagi dia air masak..
Takut2 jugak nak bagi dia minum..
Sekali bila minum, tersedak.. Hai la anak.. Tak sedap ke air masak tu????


Tengokkkkkkk..
Makan sampai tercabut stokin sebelah.. Kihkihkih..
Sedap sangat ke puree apple tu Cik Raudhatul Aaishah uii?? :p


Haaa habis licin dah RA makan puree apple ibu buatkan..
Petang tu lepas makan, kitaorang 3 beranak tidur la depan tv..
Sy dah tidurkan RA, dengan sy pon tertidur..
Lepas tu tengok RA jaga, dia pon main la sorang2..
Sy pon tidur2 ayam jela..
Sekali bila angkat dia tengok kat toto ada setompok kuning..
Ingatkan dia muntah, rupa nya dia YAKKKKKKKKKKKKKKKKK..
Sejam lepas makan puree apple tu RA berakkk..

RA try makan puree apple ni 2 3 hari dulu yea..
Lepas tu ibu buatkan puree lain pulak..

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. yeayyy RA da makan..naurah dah mkn mcm2..tp mak nye kemain malas nk update blog..aduiii

    ReplyDelete
  2. Relax ibu.enjoy tau bila anak dah strt makan.

    ReplyDelete