Followers

Tuesday, 27 October 2015

Lunch Date!

Hi & Assalammualaikum..

25 Oct 2015 (Sun), PICC Putrajaya

Ahad tu clash jemputan dengan eday jane..
Belah pagi join office mil ada makan2 kat picc dulu, lepas tu baru gerak klang..
Tak tau pulak hari ahad ada buffet lunch kat PICC ni..
Rupa nya baru je lagi ada..
RM25 seorang.. Tapi nak datang kena booking dulu..
Sebab takut penuh nanti..
Nak datang breakfast & hi tea pon boleh.. Yang ni boleh walk in je & takde buffet..
Sesiapa tak tau nak makan kat mana dah, boleh la try makan kat PICC ni..
Tempat pon ok..

Menu set buffet haritu pon ok juge..
Ada lauk pauk, lala, mee goreng, ayam goreng rempah, mee kari, ABC, bubur, sup, buah buah & ada la lagi 2 3 jenis makanan.. Lupa dah..
Haa round kedua sy pergi ambik makanan, ada meatball sekawah..
Siapa yang suka makan meatball tu, makan la sampai kenyang dengan bayar RM25 sahaja..
Contact number lupa pulak nak mintak..
Padahal dah pergi kaunter haritu tanya pakej apa ada semua..
Sampai je PICC, mil register dulu..
Lepas tu ucapan sikit2 dari org2 office MIL, tukar2 hadiah & lepastu baru lah makan..

Eshat tak ikut pulak time tu.. Dia ada hal sikit pagi tu..
Memang berperang la dengan RA nak makan.. Huhuhu..
Kebetulan time tu dia mengantuk nak tidur..
Dah tidur berdukung, letak menangis..
Haaa tidur la dulu nak atas badan ibu..

Bila letak je RA jaga.. haaa duduk la diam2 atas meja tu nak oii..
Ibu dah lapar nak makan..


Sampai je, terus duduk dalam baby chair ni..
Kemain excited lagi RA duduk dalam ni..
Dia ingat orang nak bagi dia makan la tu.. Hhahahaha..
Lepas tu kejap je nak duduk dalam ni..
Sebab makanan tak kunjung tiba.. Hahahaha..
Boring laaa RA cakap dalam hati kot..
Dia pon terlentok lentok mintak di ambik bawak keluar..

Kita jumpa kakak izara harini sembang sembang.. :p

Duduk sebelah2 dengan kakak izara sepupu RA..
Tak sabar nak tunggu RA besar.. Nak tengok diaorang main sama-sama..
Diaorang ni beza setahun je..


Omma kata headband RA besar benauuu.. Hahahaha..
Masa ibu beli rasa macam tak besar sangat..
RA dah pakai besar la pulak.. Hihihihi..


Kakngah, mom in law, officemates mil, rina & RA..


Love u Princess Raudhatul Aaishah!
Dah pandai jalan nanti, RA teman ibu shopping eh.. Kita tinggalkan abah.. Hahahaha..


Wefieeeee..
RA sekarang tak duduk diam dah..
Nak ambik gambar pon susah..





Tq mummy snap kan gambar ni guna iphonegggg mummy..
Cantik!!! :D

Lepas makan, terus chaw balik hantar RA kat eka, zaasssss pergi rumah ema nak pergi klang..
Fuhhhh berlari berkejaran rasa nya hari ahad tu..
Tapi tetap dapat pergi dua2 event..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment