Followers

Thursday, 1 October 2015

Panduan Penyediaan Makanan Bayi 6 Bulan

Hi & Assalammualaikum..
   

Panduan mudah untuk ibu atau bapa dalam penyediaan makanan pada bayi, dan pastikan makanan bayi dalam keadaan bersih.:-

1. Bahan-bahan makanan haruslah bersih dan segar- makanan jenis organic
2. Mulakan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah distim-lembutkan

3. Barulah boleh diblenderkan/hancurkan makanan menjadi halus(puri) 

4. Untuk percubaan yang pertama bayi akan makan dalam jumlah yang sikit sahaja. Oleh itu, ibu bapa gunakan bahan dalam kuantiti yang sedikit bagi bayi merasa dahulu makanan.

5. Reaksi bayi samada akan menolak atau menerima makanan bergantung pada deria rasa bayi masing-masing. Bayi lebih cenderung menerima makanan yang manis berbanding masam atau pahit.

6. Oleh itu, sekiranya anda menyediakan makanan pada bayi elakkan pengunaan garam atau sebarang perasa. Rasa daripada sayur-sayuran atau buah-buahan membantu menaikkan selera bayi.

7. Perlu diingat bayi tidak makan dalam jumlah yang banyak kerana masih minum susu, jenis buah- buahan dan sayur-sayuran tertentu sahaja yang boleh diberikan pada bayi akan dibincangkan dihelaian seterusnya)

8. Gunakan  peralatan seperti sudu yang lembu untuk menyuap bayi . ia memberi keselesaan pada gusi bayi yang lembut

9. Pastikan makanan yang disuap ditelan sehingga mulut bayi kosong tiada makanan tertinggal-mengelak daripada tercekik

10. Sudahkan makan dengan air putih, ia dapat mencuci mulut bayi selepas makan

11. Pastikan bayi duduk ketika makan jangan berbaring atau memangku bayi ini kerana bagi mengelak bayi tercekik atau tersedak.

12. Sekiranya anda menyejuk bekukan makanan bayi pastikan makanan tidak terdedah dalam peti sejuk kerana ini menggalakkan pembiakan bacteria dalam makanan dan makanan ini boleh menyebabkan bayi mudah mendapat sakit perut.

13. Pastikan makanan sejuk beku tidak lebih dari sebulan (mengikut jenis makanan) dan pastikan bekas sentiasa dilabel tarikh di buat. 

14. Cara memanaskan makanan bayi- sekiranya anda menggunakan makanan beku pastikan makanan tersebut dibiarkan dalam peti sejuk bawah atau suhu bilik dahulu sehinggalah ia mulai cair. Ini kerana, apabila makanan sudah lembut, makanan mudah di panaskan dan keadaan makanan masih baik. Dan panaskan tidak terlalu lama, hanya 10 minit ikut pada kuantiti makanan tersebut.

15. Sekiranya makanan tidak dimakan habis, jangan menyimpan semula makanan.ini bagi menjaga kebersihan makanan.

16. Bayi tidak perlu makan 4 kali sehari seperti orang dewasa sesetengah bayi hanya makan sedikit sahaja. Apabila selesai memberi bayi makan, ibu bapa hendaklah sendawakan bayi .ini bagi meggelak bayi dari memuntahkan kembali makanan yang tidak dihadam.

sumber : SINI

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. Selamat memasak utk ank ye nnti mommy..rajin2 study juga..hehe

    ReplyDelete