Followers

Sunday, 25 October 2015

Pap Smear Test Done!

Hi & Assalammualaikum..

20 Oct 2015,  (Tues)KK Dengkil

Haritu masa bawak RA check up, TERbuat pulak ujian pap smear..
Sy buat ujian ni kat KK Dengkil..
Ujian pap smear ni untuk nak tahu kita ada kanser rahim ke tak..
Kita mencegah dari awal lagi bagus daripada mengubati..

Sy memang plan nak buat ujian pap smear ni nanti..
Tapi tak plan pon nak buat time bawak RA monthly check up haritu..
Dengan tak sedia fizikal mental lagi..
Tetiba terus kena buat ujian pap smear ni..
Berserah jela.. Huhuhu..

Masa check up RA tu, ada la seorang nurse datang masuk bilik tanya dah buat ke belum ujian pap smear..
Sy cakap la sy akan buat nanti.. Tapi bukan haritu la..
Tetiba eshat menjengah ke dalam bilik, terus dia suruh buat jugak.. Huwaaaaaa...
Baru nak larik buat next ujian next appointment RA next month..
Tapi bila eshat dah cakap dengan nurse buat je terusss..
I is pasrahhh.. SobbSobsss..

Perasaan nya nerves macam nak beranak 6bulan lepassss! Hahahaha
Bila nurse suruh baring atas katil, lepas tu dia alas kan lapik semua..
Haaa terimbau dah balik time tu masa dalam wad saringan putrajaya masa nak kena selukkk..
Fuhhh Fuhhhh Fuhhhhh sakitttttt!! :p



Dah baring get ready semua sementara tunggu nurse standby barang..
Sy dah berdebar debar atas katil..
Nerves macam nak beranak kekdah nye. Huhuhuhu..
Tengok gambar pon dah tau posisi macam nak meneran tu haaa...

Time sy buat ujian tu, ada 3 orang sekali nurse..
Sorang tolong suluh lampu.. Pakai storlight je.. T___T
Sorang masuk kan alat tu..
Sorang duk kat kepala sy duk cakap cakap masa masuk kan alat tu nampak macam senyum la apa laaa..
Tak paham apa pon apa yg diaorang duk cakap cakap tu..
Sebab sy terbayangkan benda alah yang nurse masuk kan tuuuu.. T___T

Ade ke patut nurse tu tunjuk kan alat tu kat saya..
Haaaa alat ni la sy nak masuk kan..
Alat tu plastik & panjang pulak tuuuuuuuuuuu..
Memang la sy terbayang2 je alat tu..
Sekali dia masuk kannn haaaa terSENTAPPPPP.. Kihkihkih..

Lepas dia dah masuk kan alat first tu, ada satu lagi alat..
Alat yang tu dia pusing kan 360 darjah nak ambik sample tisu..
Dah ambik sample, dia keluarkan balik plastik tu, lagi sekali terSENTAPPPPP.. Huhuhu..
Lepas seksa iolllssss..
Tak lama pon test ni.. Tak sampai 10minit..
Sy ada bleeding sikit lepas test tu.
Nurse bagitau akan ada bleeding sikit nanti..

Result dalam 1bulan baru dapat..
Makna nya next appointment RA nanti la baru sy tau..
Sakit ke tak buat ujian pap smear?
Jujur sy cakap tak sakit sangat.. Cuma senak sikit je la..
Pergi la buat!
Atleast setahun sekali kita kena buat..

Ni info berkenaan Pap Smear..
Kita perempuan wajib ambik tahu!

Apa itu Ujian lumuran Pap (Pap Smear)?

Ujian lumuran Pap merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Pap smear bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan serviks pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain.CIN tidak memberikan sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear

Bagaimana Ujian Pap Smear Dilakukan?

Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.



Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi?

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?

Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian Pap Smear Boleh Didapati?

Ujian ini boleh didapati di:
  • Pusat Kesihatan Kerajaan
  • Klinik Perancang Keluarga
  • Hospital/Klinik Swasta

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Pap Smear?

Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian Pap Smear.

Berapa Kerapkali Ujian Pap Smear Harus Dilakukan?

Ujian Pap Smear hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
  • Terdapat sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

  1. Tabiat seks: memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).
  2. Agen jangkitan: terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.
  3. Tidak menjaga kebersihan diri.
  4. Menghisap tembakau.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh menghidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Apa yang harus dilakukan ketika menghadapi kanser?

  • Berfikiran positif.
  • Amalan cara hidup sihat seperti mengamalkan senaman selalu dan makan diet yang seimbang.
  • Ikuti jadual perubatan secara teratur dan patuhi arahan doktor.
  • Bertawakal dan memohon kepada tuhan. Sesungguhnya segala terjadi ada hikmahnya.

Sumber : Kosmo Online

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. boleh buat dekat KK ye??? T_T kite buat dekat An Nur... melayang duit...xtau pulak boleh buat dkt kk

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah rina buat kat kk je awak :)
      mula2 dulu memang plan nak pi buat kat swasta..
      Tapi dah nurse suruh buat kat kk, buat jela :)

      Delete