Followers

Monday, 30 November 2015

Majlis Aqiqah Nadeem Syadeed

Hi & Assalammualaikum..

28 Nov 2015 (Sat), Kompleks Sukan Kg Pandan

Yeyyyy dapat pon jumpa Nadeem..
Nak jumpa anak nad tak jumpa jumpa jugak..
Padahal rumah mom in law weolls block sebelah2 je.. Hahahaha..

Sampai je kat kenduri, Nad tengah sibuk layan tetamu..
Sy sampai nak terjah nadeem dulu.. Hehehe..
Lama nak jumpa, tak jumpa2 jugak..

Dah makan2, borak, sesi bergambar la..
Tapi gambar2 dalam tab ku semua nya tak cantikkkk..
Bergegar2 semua nya.. Huwaaaaaaaaaaaa..
Kalau nak tengok gambar cecantik, boleh terjah blog nad nanti okeh..
Tunggu dia update nanti..


Tapi tetap nak letak jugak gambar weolls berenam ni..
Anak masing masing dah pandang ke mana..
Mak apak diaorang je senyum sengih2 pandang camera.. hahaha..

Eh dulu bergambar berempat je..
Sekarang berenam dah..
Dah beranak pinak dah kita ni makcikkk oiiii..
Lepas tu anak masuk sekolah darjah satu..
Lepas tu tua dah kita makcikkkk oiiiii nanti.. Hahahaha..


Gambar ni je yang ok sikit..
Tu pon nadeem buat gaya apa tu sayang.. Hihihi..
RA pon kemain lagi tu ha tenung nadeem..
Nak say hi kat nadeem ke princess.. :)

Makcik, nanti kita jumpa lagi yea..
Haritu tak puas borak & jumpa awak..
Yela awak busy layan tetamu kan..
Nanti kita ngeteh2 okeh..
Nadeem! Tunggu aunty nak gomol awak puas puas nanti ye! Hahahaha..

Eh, harini birthday Nad..
Happy birthday makcik! Sweet 20! Hahahaha..
Wish dah taip panjang menjela kat whatsapp tadi kan..
Nanti kita jumpa lagi makcik! Muaxxxxhh!!


Tq nadeem bagi gift ni..
Semoga nadeem sihat selalu & dibawah lindungan Allah swt.. Amin ya Rabb..
Tunggu aunty jumpa nadeem, aunty gomol nadeem puas puas.. Hihihi..

Love, Rina Ellisa

Thursday, 26 November 2015

Journey of Princess RA : Random Pictures 1

Hi & Assalammualaikum

Selalu nya hari-hari eka akan whatsapp gambar raudhah..
Sebab nya Eshat mintaaaaa..
Rindu princess dia kata nyaaa..
Sebelum ibu transfer gambar, meh nak tepek kat blog ibu dulu gambar2 princess ibu & abah ni..

18 Nov 2015
Dah pandai tu ha nak keluarkan kaki dia dari baby chair ni..
Lepas tu pose bergambar dengan muka tak bersalahhhh.. Hahahaha..
Anak oh anakk..

20 Nov 2015
Makngah RA makan roti depan dia..
Dia tengok tenung lama GILERRRRRR.. Hahahadoiii..
Ada video eka hantar..
RA boleh tengok je yea.. Makan jangan..

24 Nov 2015
Petang ambik RA kat makngah, onyang ada depan rumah duduk-duduk..
Duduk borak2 kejap dengan onyang..
Onyang pon tak larat dah nak dukung princess tau.. Hihihihi..
Onyang Andung je tak dapat tengok princess.. Hmmm rindu kat arwah Andung..


Tetiba je RA hisap ibu jariiiii..
Oh tidakkkkkkk..
Ikut jejak makngah ke apa ni sayang uiii??? Hahahaha..
Tapi tak kerap pon dia hisap ibu jari tu..
Kejap2 je dia nyoyot..
Budak2 biasa la semua benda dia nak explore..


Kat rumah golek2 depan tb, hisap ibu jari kaki pulak dahhhh dia..
Sedap je dia menyoyot siap bunyik2 lagi.. Hahahaha..
Orang tua-tua kata kalau hisap ibu jari kaki ni nak mintak adikkkk..
Apaa mintak adikkkk??????
Rasa sakit beranak terbayang bayang lagi diknonn oiiii..
Bagi la RA manja puas2 dulu.. Hihihihi..

24 Nov 2015
Haaa gambar yang ni, RA sibuk kacau ibu..
Ibu ambik dia sungkup kan dia pakai telekung jadi lah pakai tudung.. Hihihi..
Berapa saat je duduk diam, lepas tu mengelisah mintak lepassss..
Sekarang RA dah tak duduk diam bila bergambar..
Stress ibu bila tengok gambar ada je bergegarrr...

24 Nov 2015
RA suka sangat tengok cartoon upin ipin..
Kalau tengok iklan upin ipin kat tv tu, kejap lagi dia gelak sengih sorang2..
Cerita cartoon thomas & his friends, tobot, didi, robocar poli pon RA suka tengok..
Kalau kita hadang dia tengok tv, kejap lagi pandai dia tinjau kiri kanan mencarik tv..
Lepas tu bila dengar lagu ABC ke, atau abah dia joget2 depan dia, kejap lagi dia gerak2 kan badan dia dance.. Hahahaha..

25 Nov 2015

Makngah dia bagi makan puree nasi campur dengan puree kurma..
Ek ek ek dia tak sabar nak makan..
Lapar sangat la tuuuuu..

26 Nov 2015
Baru balik mengaji ke kak? Hihihihi..
Ni makngah dia punya kerja la ni..
Nanti ibu beli kan princess tudung eh sayang..

27 Nov 2015
Kena buli dengan makngah, kena masuk dalam bakullll.. Hahaha..
Baru rare main dalam bakul kata makngahhhhh..
Dulu2 ibu makngah pon main dalam bakul jugak..

Princess jadi penyeri hidup ibu abah & ahli keluarga kita semua..
Tiap2 hari ada je benda yang buat ibu abah happy & excited..
Terlalu berharga tuhan kurnian kan harta dunia akhirat untuk sy & eshat..
Moga princess Raudhatul Aaishah sihat selalu & di bawah lindungan Allah SWT.. Amin..
Ibu abah loves u sayang!

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 25 November 2015

Journey of Princess RA : Tq Abah!

Hi & Assalammualaikum..

23 Nov 2015 (Mon), KK Dengkil
7months 9 Days
Tq abah teman sy check up lagi bulan ni..
Dari check up 1st month sampai check up 7months ni abah teman sy..
Cuma haritu sekali je sy pergi check up berdua dengan ibu..
Itu pon ibu dah kelam kabut tahap apa je.. Hahahaha..
Lepas ni tahun depan pulak sy check up - Raudhatul Aaishah

Bawa RA datang klinik untuk injection 6months..
Last week bawak dia check up, kena injection 6months..
Tapi malam tu tetiba je RA selsema.
Sy minta hold dulu seminggu sampai selsema ok, baru datang klinik balik untuk injection..

Hari sabtu tu, selsema RA dah ok, isnin tu terus je bawak dia pergi KK..
Macam biasa, bila kena cucuk je RA melalakkkk.. Huhuhu..
Tapi kejap je dia nangis..
Masuk kereta, bagi susu lepas tu terus dia tidur..
Good girl anak ibu!

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 24 November 2015

Journey of Princess RA : Milestone Solid Food RA

Hi & Assalammualaikum..

RA dah lepas fasa makan puree bila dah masuk 6bulan..
Sekarang ni fasa makan bubur nasi (di blend menjadi puree) ditambah dengan puree2 yang dah lulus 4days rules tu..
Tapi seminggu nak masuk 7bulan, sy dah start bagi bubur nasi kosong yang di blend hancur..
Nak bagi dia merasa sikit2 bubur kosong tu dulu..
Bubur kosong je tau.. JANGAN LETAK GULA ATAU GARAM!

Jenis-Jenis Puree RA dah makan

Puree Apple
Puree Kurma
Puree Pear
Puree Pisang
Puree Carrot
Puree Betik

Tak semua puree yang sy bagi RA ikut 4days rules tu.. Huhuhu..
Ada puree sy bagi 3hari, ada puree sy bagi 4hari..
Alhamdullilah semua puree puree kat atas sy bagi RA try, dia ok..
Cuma ada puree yang lain2 yg di cadangkan sy tak sempat nak try kat RA..
Macam brokoli, avocado, mangga sy tak sempat bagi RA cuba..

puree apple

First time buat puree apple, sy terlupa nak steam kan dulu sebelum blend..
Warna apple yang tak steam ala ala orange merah sikit..
RA suka makan puree apple ni..
Ni buah pertama dia makan..

puree kurma
Agak manis juge puree kurma ni..
Tapi manis2 buah takpe..
RA pon suka makan puree kurma ni..
Masuk mulut hilang, masuk mulut hilang je dia telan.. Huhuhu..
Bila RA poo poo, najis warna coklat coklat hitam..

puree pear
Pon RA suka puree pear ni..
Bila poo poo, najis RA bau wangi jeeee.. Hahahaa..
I likeeeeeee!

puree pisang
Risau nak bagi RA makan puree pisang ni..
Takut terlebih lawas..
Tapi bila poo poo, najis RA kuning + ada hitam hitam sikit..


Puree carrot paling sedap bagi sy! 
Ingat kan tak sedap.. Bila dah di steam, di blend, sy colek sikit rasa..
Eh manis laaaa.. Dapdapdap!
Ibu yang over cakap sedap.. Hahaha..
Tapi RA pon suka juge puree carrot tu..

puree betik
Rasa paling peliks antara puree puree di atas..
Tapi bila bagi RA makan, elok je dia telan dengan selera nya.. Hahaha..
Tekak sy je rasa pelik..

Bila RA dah start makan buah/sayur2 tu, sy risau bila dia tak poo poo..
Alhamdullilah dia poo poo ok.. Najis yang keluar ikut warna makanan yang dia makan..
Ada la kadang2 tu sehari dia tak poo poo..
Tapi selalunya, RA jenis yang hari2 buat "kueh"..

Resepi

2 resepi je ibu rajin buat entry.. Huhuhu..
Lepas tu ibu dah malassss..
Tak sempat nak buat sesi photography kat dapur dengan puree puree, RA dah ek ek kat depan minta di ambil..
Cara nak buat puree semua lebih kurang sama je..
Ni resepi puree apple & puree kurma..

Peralatan/Kelengkapan 




Blender paling penting untuk buat puree ni..
Sy guna asing untuk blender makanan RA..
Tak kan la nak guna sekali blender kita blend bahan2 memasak kita tu..
Sian pulak anak makanan dia ada bau2 cili..
Sy beli magic bullet kat lazada harga RM103.60 termasuk postage & GST..
Senang guna blender ni.. Texture puree pon halus..
Kecik & senang nak hangkut ke mana-mana..

Masa mula2 bagi RA puree tu, sy steam buah atau sayur guna bekas yang ada sekali set dengan periuk nasi..
RA dah start makan bubur ni, sy dah kena beli multi purpose food steamer kat lazada dah ni..
Senang nak travel balik kampung ke apa nanti..
Angkut je blender & rice cooker tu semua..



Storage food ni sy beli kat marissa shope shah alam..
Time tu ada sale..
Harga bawah RM20 tak silap time tu..
Pisau, penapis & bakul kecik2 saje beli nak menyeronok kan keadaan memuree makanan RA.. Hehehe..
Eh penapis penting juga.. Macam puree kurma kena tapis lepas blend..
Mangkuk, sudu, cawan ada sy beli kat Aeon Big, ada beli kat Nurizshar Bangi..

Lepas ni ibu kena rajin lagi cari menu2 untuk 7bulan keatas pulak..
Kat FB pon dah ramai mommies yang share resepi2 puree/makanan baby ni..

RA suka makan..
Apa yang ibu, makngah, abah suap RA menganga je mulut..
Tapi dalam RA suka makan tu, sy akan jaga apa yang boleh anak sy makan, apa yang tak boleh dia makan..
RA baru 7bulan.. Dari kecik ni la sy nak jaga perut anak..
Selagi sy mampu, selagi tu sy akan masak sendiri makanan untuk RA..
Lain orang, lain cara.. Sy ada cara sy tersendiri.. #okbai

Love, Rina Ellisa

Saturday, 21 November 2015

Journey Of Princess RA : Jatuh Katil Kali Kedua!

Hi & Assalammualaikum..

11 Nov 2015, Wednesday

jatuh kali pertama 13 Oct 2015

Dah 2kali RA jatuh katil..
1st jatuh katil makngah dia..
Lebam sikit dahi.. Huhuhuhu..
Time tu eka ke dapur sekejap..
RA tinggal atas katil dengan cu dia..
Cu leka tengok tv time tu..
Dahi lebam sampai ke petang..

Kali ni jatuh katil kat rumah pulak..
Kadang2 bila pagi RA bangun, kadang2 tak..
Haritu pagi2 dia dah bangun..
Dia pon golek2 la atas katil..
Sy pagi2 akan siap2kan botol2 susu, susu & bekal makanan RA..
Memang kulur kilir kedapur..
Sy biarkan jela RA atas katil golek2..

Selalu nya dia golek2 atas katil je..
Tapi haritu dia terjatuh hujung kaki katillll.. T__T
Silap sy hadang kiri kanan dia je.. Hujung kaki katil tak hadang dengan bantal2.. Huwaaaaaaaaaaaaaa..
Lagi2 dia dah start mengesepot kedepan semalam nya..
Memang nak mengesot jela keje dia..

Tengah sy sibuk2 kat dapur, sekali dengar bunyi "BUPPPPPP"
Alamaaaakkk RA mesti jatuh ni..
Berkejar masuk bilik, tengok dia dah tersembam kat bawah.. T____T
Angkat je dia, dia ek ek terus melalakkkkkkkkkkkkk...
Tersedu sedu menangis.. Sian anak ibu :(
Pipi merah sikit, lepas tu hilang dah
Tapi bibir pulak bengkak atas bawah..

Pujuk2 dia, tenangkan dia kejap, lepas tu siap2 terus hantar dia kat makngah dia..
Dalam kereta sy panggil2 nama, agah2 pon taknak senyumm..
Muka masam je.. Sakit yea sayang.. T___T


Bibir bengkak atas bawah..
Sian anak ibu T__T


Otw hantar kat eka, dia dalam kereta ek ek ek..
Sy puk2 dodoi2 dia, terus tidur..

Tengahari eka whatsapp gambar, tengok bibir dia dah surut..
Fuuuhhhh lega ibu..
Lepas ni tak boleh tinggalkan dia sorang2 dah atas katil..
Hmmmmm TAPIIIIIIIIII, sebakul la ibu kena marah dengan abah RA.. T__T

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 18 November 2015

Journey Of Princess RA : Check Up 7 Months

Hi & Assalammualaikum..

17 Nov 2015 (Tues), KK Dengkil

Bila nak bawak RA check up je mesti excited..
Sebab nak tahu berat dia berapa.. Huhuhu..
Tapi bila bab menunggu no giliran memang seksa kat KK tu..
Nak buat macam mana, hadap jelaaaaa..

Sampai KK, register dulu la macam biasa semua..
Lepas tu timbang berat & tinggi RA..
Berat RA dah 7kg.. Naik dah dari check up last month..
Tinggi naik, BMI pon ok.. Alhamdullilah..

Dah timbang berat & tinggi, kena tunggu lagi nombor giliran untuk jumpa nurse pulak..
Eshat ada teman kan check up kali ni..
Sy bagi no kat dia, minta dia tengok kan no giliran..
Sy bawak RA menyusu dulu ke bilik menyusu..

Eh pandai pulak dia celik mata ibu nak selfieeee.. Hehehe..
Susu kan RA, dia pon tidur..
45minit ada dia tidur..
RA tidur, sy duduk la kejap lepak dalam bilik tu..
Tapi no giliran tak naik-naik jugaaakkkkk.. T___T
Mommies bersilih ganti keluar masuk dah bilik menyusu tuuuu..




Terlebih rajin pulak snap info ni masa dalam bilik menyusu tu..

7months 3days
Nurse brief perkembangan RA, alhamdullilah semua nya ok..
Nurse2 belek2 buku klinik RA, rupanya check up kali ni kena enject lagi untuk 6bulan punya..
Sebab RA ada terskip satu enjection haritu..
Time tu dia demam, nurse tak boleh bagi enjection..
Tapi malam sebelum nak pergi klinik tu, RA selsema sikit..
Pagi tu dia bersin pon keluar selsema sikit, nurse hold dulu..
Tengok dulu seminggu.. Kalau dah tak selsema, datang balik KK untuk ambik enjection je..
Lepas ni, bulan 2 tahun depan pulak RA datang check up..
Check up untuk 10bulan nanti..

Lepas ni, vaksin untuk 1tahun 6bulan dah di ajakan ke 2tahun..
Sebabnya kekurangan bekalan vaksin..
Nurse bagitau bekalan vaksin kat KK Dengkil pon cukup untuk sampai bulan 12 ni je..
Tahun depan tak tau lagi macam mana status bekalan tu..
Ehhhhh..Lupaa laaa nak tanya result test pap smear last month..
Next week bawak RA cucuk la tanya kat nurse..

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 17 November 2015

BB Cream Seqy Beauty Yang Mabeles!!!

Hi & Assalammualaikum..

Antara produk Seqy Beauty yang terlajak laris adalah BB Cream..
Siapa pernah cuba tahu la betapa BEST nya pakai BB Cream Seqy Beauty ni..

Kenapa saya mencuba BB Cream ni?
Sy memang tengah mencari BB Cream/foundation yang baru dan sesuai dengan kulit muka saya..
Sebab faoundation A******* yang sy pakai sebelum ni BERMINYAKKKK!
Bila berpeluh2, haaa habis bercapuk capuk..

Sejak2 ada anak ni, semua kerja kena buat cepat..
Lagi2 bila terlebih rajin nak make up bila keluar, haa kena la cepat-cepat make up..
Bila dah guna BB Cream Seqy Beauty ni, calit calit sikit sapu sapu satu muka haaaa siap!
Dah yang paling sy suka BB Cream ni, bila dah berpeluh2 pon tak berminyak muka..

Selalu nya bila nak keluar rumah sy akan keluar masuk luar angkut barang2 anak masuk kereta..
Nak tutup gate lagi..
Tapi ajaib betul la bila guna BB Cream Seqy Beauty ni, muka tak berminyak langsung walaupon ulang alik masuk keluar rumah..


BB Cream Seqy Beauty ni ada 3 pilihan warna ikut kesuaian kulit muka korang..
Harga RM55 untuk 15ml..

Ni detail tentang BB Cream Seqy Beauty :-

BB Cream By Seqy Beauty adalah produk kosmetik penjagaan kulit pelbagai guna. Ia juga digunakan sebagai penutup asas ,mekap semulajadi, melindungi kulit dari sinaran UV, pelembap, pengawal minyak dengan ciri-ciri penyembuh, menjana semula kulit dan mengurangkan parut jerawat. 
BB Cream juga mampu menyamakan warna tona kulit, bintik hitam dan kesan parut tanpa menggunakan mekap asas yang tebal. 

BB Cream by Seqy Beauty
- Teksturnya lembut dan ringan.
- Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan mekap tebal, cuma mahu melindungi kulit solekan nipis, natural dan ringkas.
- Sangat praktikal, diratakan menggunakan jari sahaja.

Fungsi dan Kelebihan BB Cream
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Menutupi cela di muka
- Sebagai bedak asas
- lebih ringan dari foudation
- Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
- Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
- Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
- Wajah tidak berminyak sepanjang hari
- Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
- Melambatkan penuaan
- Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia


Haaaa nah selfie muka sikittt bila pakai BB Cream Seqy Beauty ni!! Hihihihi..
Terasa flawless sangat sangat bila tepek tepek BB Cream Seqy Beauty ni..
Serius TAK TIPUUUU!!!
Korang kena try dulu baru tau POWER nya camne BB Cream ni..
Ok lah, iolls nak pergi order skincare Seqy Beauty pulak..
Dengar dengar nya pon hot item jugak tu..
Jom kita sama sama cantik & memiliki kulit muka yang sihat dengan menggunakan produk dari Seqy Beauty!:)

Kat mana nak dapatkan BB Cream ni?

Kalau nak order terus Whats App 011-2107 6726

Love, Rina Ellisa

Sunday, 15 November 2015

Journey Of Princess RA : Insurans Great Eastern

Hi & Assalammualaikum..

15 Nov 2015, Sunday

Setelah beberapa bulan, akhirnya permohonan insurans RA lulus..
Time sarah submit application tu, ada masalah sikit..
Sebab RA penah warded dulu masa dalam pantang..
Sarah kena dapatkan report check up RA kat hospital putrajaya dulu, baru boleh submit semula..
Dan alhamdullilah akhirnya dapat pon RA insurans dari Great Eastern..

Time isi borang untuk insurans ni, Sy & RA masih dalam pantang lagi..
Haaa bertapa semangat nya sy nak buatkan RA insurans..
Masa dalam pantang pon calling2 sarah nak apply cepat.. Huhuhu..
Sarah buat kerja memang cepat & cekap!
Tu yang best berurusan dengan kawan sendiri..

Weekend haritu baru lah dapat jumpa sarah dan collect polisi & medical card..
Dan sarah brief balik semua nya..
Almaklum la, masa sarah briefing time dalam pantang haritu, sah2 dah tak ingat apa.. Hihihi..


Alhamdullilah princess Ibu Raudhatul Aaishah dah ada insurans..
InsyaAllah kalau ada apa2 lepas ni, ibu takde la susah hati sangat..
Sebab RA dah ada perlindungan insurans daripada Great Eastern ni..
RA dah ada medical protection sebanyak RM600K & saving education..
Sarah bagi sekali diary 2016 & calendar 2016..
Tq aunty Sarah!


Susah nya nak ambik gambar RA sekarang..
Takmo duduk diam dah.. T__T
Tu ha gambar dia gegar2..

Mommies yang masih tercari2 lagi insurans untuk anak, boleh contact Pn Sarah 016 - 281 8612..
InsyaAllah Sarah akan bagi service yang thorbaik!!
Boleh calling2 dia tanya pasal insurans ni..
Sy nak cerita lebih2 kang, salah info pulak..
Haritu sarah briefing pon, sy suruh eshat dengar sekali..
Biar dia tahu jugak..
Almaklum la, sy ni kadang2 pelupaaa..

7months 1 Day

Haaa kan dah kena masuk kan dalam bakul.. Hihihi..
Kacau ibu lagi lipat kain..
RA dah pandai mengesot kedepan 10 Nov 2015 (Selasa) haritu..
Habis satu rumah dia tawaf..
Lepas ni habis bersih la satu rumah RA sapu.. Hahahhaa..


RA di celah2 lubang bakul.. Kihkihkih..


Cakkkkkk!!!
Ibu tolong keluarkan sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 10 November 2015

Journey Of Princess RA : Jalan Jalan KLCC

Hi & Assalammualaikum..

8 Nov 2015 (Sun), KLCC

Sabtu malam lepas dinner dengan family in law kat padi house, terus tidur rumah mil..
Ahad tu keluar pergi KLCC eshat nak pergi ambik tiket kat sepupu dia untuk event sabtu ni..
Keluar rumah pon dah pukul 3lebih..
Nasib baik la ikut mex, cepat la sikit sampai..


RA pakai homemade turban Makngah mira (wife cousin eshat) buatkan..
Kemas & cantik Mira buatkan..
Tapi sayang turban ni ngam ngam je dengan kepala RA..
Tak boleh pakai lama..
Takpe, ibu simpan kan untuk adik RA eh..

Sampai KLCC, eshat jumpa sepupu dia ambik tiket..
Ada event sekali kat situ..
Baby tak boleh bawak masuk pulak..
Eshat sorang jela masuk..
Sy bawak RA jalan2 masuk sephora cuci mata..
Haritu datang KLCC cari2 sephora tak jumpa..
Sekali kat bawah sekali daaaaaa..


Manja abah dia sangat nihhhh..
Eshat setel hal dia dalam event tu, pergi old town ngeteh kejap..
Pukul 6lebih chawww balik..







Ramai orang lepak kat tepi tepi kolam tu..
Nak jalan keluar nak ketepi kolam tu nak bawak RA tengok air pancut..
Sekali hujan renyai renyai..
Tak jadi la nak ke kolam tu..



Kita bergambar kat depan pintu masuk je la nak.. Huhuhu..


RA dengan abah..

Love, Rina Ellisa

Monday, 9 November 2015

Malaysian Babyweares International Babywearing Week 2015

Hi & Assalammualaikum..

7 Nov 2015 (Sat), West Garden Boulavard One City Mall Subang Jaya

Sampai One City terus calling2 lin tanya dia kat mana..
Sekali dia tengah makan kat Tappers..
Ingat kan dia dah balik.. Sebab sy sampai pon pukul 2lebih..
Jom la join dia makan.. Sy & Eshat pon tak lunch lagi..
Ok jugak makanan kat Tappers tu..
Next time boleh makan situ lagi..


Cik RA pon sibuk jugak tengok nak pilih2 menu..
Tengah2 makan, RA prupppp "buat kuih" Hahahaha..
Sebelum keluar bagi dia makan dulu..
Bagi dia makan puree betik haritu..
Cepat2 makan, tukar2 pampers RA dulu, lepas tu baru la pergi registers kat MBIBW2015 tu..

Eh bilik tukar pampers kat one city mall tu tak best betul!
Ada ke share bilik dengan tandas OKU???
Lepas tu takde tempat nak baringkan baby pulak tu..
Terpaksa la letak RA atas riba eshat nak pakai kan pampers dia..
Haa bayangkan la macam mana ghupe pakaikan pampers anak atas ribaaaaaa..
Dengan RA dah tak duduk diam sekarang bila pakai pampers.
Fuhhhh berpeluh peluh kitaorang dalam bilik tuuu..
Cepat2 pakai RA pampers, cabut keluarrrrr..

Lepas tu terus pergi register kat MBIBW2015 bayar RM5 dapat la goodies bag..
Isi dalam ada macam2 benda.. Best!
Isi nama untuk lucky draw..
Dah register, round pusing2 booth..
Booth pon ok la..
Ada jual makanan2, barang2 baby..
Tapi banyak jual baby carrier la..

Tujuan sy datang MBWIBW2015 ni sebab nak tahu pasal babyweares ni..
Nak cedok ilmu dari org2 berpengalaman..
Sy takde ilmu2 papa lagi pasal babyweares ni..
Sekurang2 nya join event2 camni, dapat la tahu serba sikit pasal babyweares ni..
Tengok diaorang post kat group Malaysian Babyweares, macam2 aktiviti diaorang buat belah bagi..

Dah habis pusing2 booth, duk melepak kat tengah2 tu nak tunggu cabutan bertuah..
Sambil2 tu sy pon pergi la try carrier yang ada..
Yang best nya event camni, kita boleh try carrier ikut kesuaian dan keselesaan kita..
Seronok tengok orang2 sekeliling pakai carrier..
Macam2 jenis & brand ada..



First sy try carrier brand dari overseas ni.. Lupaa laaa brand apa..
Harga starting RM600 macam tu..
Agak mahal jugak la..
Sy try pakai selesa..
Berapa minit letak RA dalam tu, terus tidur dia.. Hahahha..
Eh selesa ke nak duduk dalam carrier tu??
Ok takpe bagi ibu pikir dulu ye nak beli carrier yang mana..


Haaa bergambar dengan Anaqi & Mom dulu!
RA sedap je tidur dalam tu ha..


Keluarkan dari carrier pon RA tidur lagi..
Eh bapak RA pon tidur jugakkkkk daaaaaa..


Haaa RA dah bangun, abah dia bawak jalan2..
Ibu nak duduk lepak dengan Antie lin gosip2..



Carrier kedua sy try snuggbaby..
Snuggbaby ni brand malaysia..
Harga pon ok.. Starting RM300 macam tu..
Harga plain lain, harga bercorak lain..

Mula2 letak RA dalam tu, dia ok..
Lepas tu dia ek ek ek tak selesa..
Eh tak suka ke nak oiiii??
Haaa terus ibu konpius ni..
Ok ke tak awak duduk dalam snuggbaby ni???
Ok takpe kita try carrier brand lain dulu yea..

Dah habis try, duduk lepak kejap tunggu 430pm untuk cabutan bertuah..
Duduk melepak sambil2 dengar no bertuah, sekali haaaa no sy naik 477280..
Rezeki RA haritu dapat la moby wrap.. Yeayyyyy!!!
Haritu sy baru jual boba wrap RA..
Sebab bila letak RA dalam boba wrap tu, dah melendut sikit ke bawah..
Rasa macam tak selamat dah RA duduk dalam tu.. Hahahhaha..
Ni dapat balik moby wrap.. Tak tau la nak jual ke nak simpan jeeeee..


Princess ibu Raudhatul Aaishah..

6months 24days
Amboi senyum eh dapat moby wrap! Hihihihi..


Haaa ni isi goodies bag..
Macam2 ada..


Losyen tropika Antie Lin bagi RA..
Tq antie lin!


Ni la moby wrap yang sy dapat cabutan bertuah tu..
Tengah pikir2 lagi ni nak beli carrier yang mana satu..
Banyak sangat brand.. Konpius jadinya!

Love, Rina Ellisa