Followers

Sunday, 1 November 2015

Blouse Moden Online Dari Zalora!

Hi & Assalammualaikum..


Di luar sana ada begitu banyak pakaian wanita terkini yang boleh kita dapat.Tapi blouse masih menjadi antara pilihan kegemaran saya. Saya percaya baju yang cantik dan padan dengan tubuh mampu memberikan inspirasi,keyakinan dan keselesaan buat seseorang. Adakah anda tahu bahawa blouse wanita merupakan antara produk fesyen wanita pilihan ramai selama beratus tahun dan kini menjadi antara baju fesyen wajib dalam setiap koleksi wanita urban sejak zaman 1980-an lagi. Kini koleksi blouse moden wanita terkini ini adalah antara  pakaian  yang  paling  penting  untuk  wanita.  Mempunyai  baju  blouse  mampu memberikan sentuhan yang lebih feminine ke atas koleksi baju anda di rumah. Blouse wanita dinamakan kerana rekaan potongannya yang longgar dan banyak wanita yang menyukainya kerana ia adalah antara fashion top yang menyerlahkan sifat feminine mereka.  Koleksi  blouse terkini  diperbuat  daripada  pelbagai  bahan  fabrik bermutu  tinggi. Ketika memilih ada beberapa faktor yang anda harus utamakan seperti  ppotongan, warna dan  juga  stail  baju  blouse  tersebut  bergantung  dengan  jenis  bentuk  badan  anda  bagi mendapatkan persalinan yang selesa.


3 tips mendapatkan blouse moden online untuk wanita :-

1. Antara yang paling penting ketika memilih blouse adalah untuk dapatkan saiz yang betul bagi mengelakkan anda membeli baju yang terlalu besar ataupun terlalu kecil.Pastikan anda tahu ukuran dada dan pinggang anda untuk memudahkan pemilihan. 



2. Terdapat beberapa jenis baju blouse wanita dan dengan begitu banyak variasi stail yang boleh didapati anda harus tahu tidak semuanya sesuai dengan anda. Ramai wanita yang ambil  mudah tentang ini dan akhirnya terpaksa berpuas hati  dengan sesuatu yang tidak sesuai sama sekali dengan bentuk badan dan cita rasa!

3. Pilih  warna  yang  mampu  membuatkan  anda  kelihatan  lebih  menyerlah.  Ini  juga penting agar penampilan anda kelihatan anggun terutamanya ketika berada di luar.

Zalora ada banyak koleksi blouse kita boleh dapat! Siapa yang berhajat nak tambah koleksi blouse dalam almari tu, haaa boleh la shopping kat Zalora! :)

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment