Followers

Tuesday, 24 November 2015

Journey of Princess RA : Milestone Solid Food RA

Hi & Assalammualaikum..

RA dah lepas fasa makan puree bila dah masuk 6bulan..
Sekarang ni fasa makan bubur nasi (di blend menjadi puree) ditambah dengan puree2 yang dah lulus 4days rules tu..
Tapi seminggu nak masuk 7bulan, sy dah start bagi bubur nasi kosong yang di blend hancur..
Nak bagi dia merasa sikit2 bubur kosong tu dulu..
Bubur kosong je tau.. JANGAN LETAK GULA ATAU GARAM!

Jenis-Jenis Puree RA dah makan

Puree Apple
Puree Kurma
Puree Pear
Puree Pisang
Puree Carrot
Puree Betik

Tak semua puree yang sy bagi RA ikut 4days rules tu.. Huhuhu..
Ada puree sy bagi 3hari, ada puree sy bagi 4hari..
Alhamdullilah semua puree puree kat atas sy bagi RA try, dia ok..
Cuma ada puree yang lain2 yg di cadangkan sy tak sempat nak try kat RA..
Macam brokoli, avocado, mangga sy tak sempat bagi RA cuba..

puree apple

First time buat puree apple, sy terlupa nak steam kan dulu sebelum blend..
Warna apple yang tak steam ala ala orange merah sikit..
RA suka makan puree apple ni..
Ni buah pertama dia makan..

puree kurma
Agak manis juge puree kurma ni..
Tapi manis2 buah takpe..
RA pon suka makan puree kurma ni..
Masuk mulut hilang, masuk mulut hilang je dia telan.. Huhuhu..
Bila RA poo poo, najis warna coklat coklat hitam..

puree pear
Pon RA suka puree pear ni..
Bila poo poo, najis RA bau wangi jeeee.. Hahahaa..
I likeeeeeee!

puree pisang
Risau nak bagi RA makan puree pisang ni..
Takut terlebih lawas..
Tapi bila poo poo, najis RA kuning + ada hitam hitam sikit..


Puree carrot paling sedap bagi sy! 
Ingat kan tak sedap.. Bila dah di steam, di blend, sy colek sikit rasa..
Eh manis laaaa.. Dapdapdap!
Ibu yang over cakap sedap.. Hahaha..
Tapi RA pon suka juge puree carrot tu..

puree betik
Rasa paling peliks antara puree puree di atas..
Tapi bila bagi RA makan, elok je dia telan dengan selera nya.. Hahaha..
Tekak sy je rasa pelik..

Bila RA dah start makan buah/sayur2 tu, sy risau bila dia tak poo poo..
Alhamdullilah dia poo poo ok.. Najis yang keluar ikut warna makanan yang dia makan..
Ada la kadang2 tu sehari dia tak poo poo..
Tapi selalunya, RA jenis yang hari2 buat "kueh"..

Resepi

2 resepi je ibu rajin buat entry.. Huhuhu..
Lepas tu ibu dah malassss..
Tak sempat nak buat sesi photography kat dapur dengan puree puree, RA dah ek ek kat depan minta di ambil..
Cara nak buat puree semua lebih kurang sama je..
Ni resepi puree apple & puree kurma..

Peralatan/Kelengkapan 




Blender paling penting untuk buat puree ni..
Sy guna asing untuk blender makanan RA..
Tak kan la nak guna sekali blender kita blend bahan2 memasak kita tu..
Sian pulak anak makanan dia ada bau2 cili..
Sy beli magic bullet kat lazada harga RM103.60 termasuk postage & GST..
Senang guna blender ni.. Texture puree pon halus..
Kecik & senang nak hangkut ke mana-mana..

Masa mula2 bagi RA puree tu, sy steam buah atau sayur guna bekas yang ada sekali set dengan periuk nasi..
RA dah start makan bubur ni, sy dah kena beli multi purpose food steamer kat lazada dah ni..
Senang nak travel balik kampung ke apa nanti..
Angkut je blender & rice cooker tu semua..



Storage food ni sy beli kat marissa shope shah alam..
Time tu ada sale..
Harga bawah RM20 tak silap time tu..
Pisau, penapis & bakul kecik2 saje beli nak menyeronok kan keadaan memuree makanan RA.. Hehehe..
Eh penapis penting juga.. Macam puree kurma kena tapis lepas blend..
Mangkuk, sudu, cawan ada sy beli kat Aeon Big, ada beli kat Nurizshar Bangi..

Lepas ni ibu kena rajin lagi cari menu2 untuk 7bulan keatas pulak..
Kat FB pon dah ramai mommies yang share resepi2 puree/makanan baby ni..

RA suka makan..
Apa yang ibu, makngah, abah suap RA menganga je mulut..
Tapi dalam RA suka makan tu, sy akan jaga apa yang boleh anak sy makan, apa yang tak boleh dia makan..
RA baru 7bulan.. Dari kecik ni la sy nak jaga perut anak..
Selagi sy mampu, selagi tu sy akan masak sendiri makanan untuk RA..
Lain orang, lain cara.. Sy ada cara sy tersendiri.. #okbai

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. humaira dh mkn bubur nasi + aym+ kentang yang diblend. sehari 3 mangkuk ;) .pantang dia nampak sudu ngn cawan mkn dia, dia mengejar dah ....

    ReplyDelete