Followers

Thursday, 5 November 2015

Rindu Muhammad Izz Rizzqi Bin Mohd Nizam

Hi & Assalammualaikum..


Izz Rizzqi dengan maklong masa hari maklong nikah.. Time ni Izz Rizzqi poo poo :)

Maklong tak berkesempatan coret kan kisah2 Izz Rizqi dalam blog maklong ni..
Time tu family kita tengah sedih kehilangan Izz..
Nak buat apa pon serba tak kena..
Maklong rasa rindu sangat kat Izz Rizqi..
Jadi nya, maklong tulis sikit eh kat blog maklong ni..
Nanti bila adik Raudhah dah besar, boleh dia baca balik cerita2 abang Izz Rizqi :)

#throwback

2 June 2014

Dalam masa berapa hari je Maklong, kawan2 maklong & sedara mara yang lain dapat collect dana untuk kos pembedahan Izz Rizzqi..
Kos pembedahan lebih kurang RM50k macam tu..
Maklong dan ahli keluarga yang lain sedaya upaya nak tolong ibu ayah izz..
Macam2 usaha kami semua buat..
Update status kat fb, spam ig selebriti, blogger2 untuk repost..
Ramai jugak selebriti yang repost untuk collect dana pembedahan izz..
Orang TV9 pon ada call ibu Izz live pagi tu sebelum Izz di bawa masuk ke bilik bedah..
Alhamdullilah Allah swt permudahkan semua nya untuk kami semua untuk bantu izz..
Ramai sangat yang sudi bantu Izz Rizzqi..
Kat instagram, maklong bukak je ramai yang repost..
Tak putus2 orang bagi dana kat Izz Rizzqi

Ramai sedara mara datang ke hospital pagi Izz Rizzqi nak di bedah tu..
Kami semua menunggu dengan penuh harapan..
Masa Izz Rizzqi dah di masuk kan ubat bius, maklong sempat lagi masuk tengok Izz..
Ya Allah kuatkan lah semangat anak maklong..

Hampir 6 jam jugak Izz Rizzqi dalam bilik pembedahan..
Tuhan je tahun perasaan Ibu Ayah izz time tu..
Maklong tahu, Izz Rizzqi anak yang kuatkan..

Habis je operation Izz, semua ahli keluarga rasa lega..
Selagi Izz tak keluar dari bilik bedah, semua tak senang duduk..
Ibu Ayah izz tunggu je depan bilik bedah tu..

Beberapa jam lepas Izz keluar dari bilik bedah, maklong dapat masuk wad tengok izz..
Ya Allah time tu sayu je hati maklong tengok Izz..
Rasa nak ambik peluk cium Izz puas-puas..

Malam tu, tengok keadaan Izz dah stabil, kami semua pon balik rumah..
Tinggal ibu dengan ayah je stay dengan izz..

3 June 2014

Pagi tu, Ibu Izz Rizqi call bagitau Izz dah takde..
Time tu maklong tengah tidur.. Maklong menjerit tak ingat apa dah..
Cepat2 maklong paklong bersiap nak ke Hospital Glenegas Ampang..

Sampai je Hospital, maklong masuk wad tengok Izz Rizqi dah di tutup dengan kain dari kepala sampai la ke kaki..
Allahuakhbar!!!!!!
Baru je malam semalam maklong tengok izz..
Esok nya Izz dah takde..
Izz Rizqi dah pergi dulu tinggalkan kami semua.. :(

Suasana kat wad pagi tu sayu je dengan alunan surah yassin..
Maklong tengok segala alat2 yang di pasang kat badan izz semalam, semua doc dah cabut letak kan ketepi..
Ya Allah macam satu mimpi..
Terbayang bayang Izz gelak senyum..
Ya Allah..

Selesai urusan hospital, terus bawak Izz Rizzqi balik untuk di kebumikan..
Ahli keluarga dah sedia nak sambut Izz Rizzqi balik untuk kali terakhir..
Masa ayah izz mandi kan izz tu, Ya Allah sayu nya hati maklong..

Selesai tanggungjawab ibu ayah izz, makan bermula kehidupan ibu ayah izz dan ahli keluarga semua tanpa izz Rizzqi..
Sangat pedih terima kenyataan..
Tapi kena kuat untuk teruskan kehidupan..

Hadir Izz Rizzqi ke dunia, memberi kebahagian keceriaan dalam keluarga kita..
Moga Izz Rizzqi dalam jumpa ibu ayah lagi lepas ni..

Nama Izz Rizzqi tak pernah lekang dari bibir pakcik2 Izz Rizzqi.. Diaorang selalu ingat kan Izz Rizzqi :)

Sejauh mana kita lari, sejauh mana kita pergi, sejauh mana kita usaha, andai tuhan nak ambil hak dia, dalam sekelip mata je..
Kita semua adalah pinjaman semata mata..
Muhammad Izz Rizzqi selalu ada dalam hati maklong..
Tuhan lebih sayangkan Izz Rizzqi..
Alfatihah untuk anak syurga maklong Muhammad Izz Rizzqi Bin Mohd Nizam..
Izz Rizzqi tunggu ibu ayah di syurga ye sayang..

Di kesempatan ini, ribuan terima kasih pada ahli keluarga, kawan2 & kawan2 di alam maya ni yang sudi war warkan info buat collect dana untuk kos pembedahan Izz Rizzqi..
Tak dapat kami sekeluarga balas jasa baik semua..
Hanya Allah swt yang dapat membalas nya..
Moga kalian semua di bawah rahmat Allah SWT.. Amin Ya Rabb
Boleh search kt instagram guna hashtag #prayforizzrizzqi untuk tahu rentetan cerita Izz Rizzqi..

#prayforizzrizzqi
#izzrizzqidalamkenangan

Love, Rina Ellisa

4 comments:

  1. Yey, update juga pasal Izz.

    Tgok post sebelum ni, tengok mak Izz macam chubby je. Izz nak dapat adik ke Rina? Rindu juga kat Izz. Semoga Izz mendoakan kami semua di sini ye Izz. =,)

    ReplyDelete
  2. semoga izz rizqi tenang dan bahagia di sisi Allah.

    ReplyDelete
  3. al fatihah buat baby syurga izz rizqi....mungkin izz ngh main ngn abg adam,baby syurga aunty awin di sana.....
    peritnya menghadapi kehilangan :(

    ReplyDelete