Followers

Wednesday, 30 December 2015

Balik Kampung - Part 3

Hi & Assalammualaikum..

27 Dec 2015, Sunday


Ahad belah pagi eshat ajak mak dia pergi petik daun gelugor..
Tiap kali balik kampung pilah, kitaorang akan bawak balik daun gelugor ni..
Daun ni boleh campur dalam masakan kalau gulai masak lemak telur itik ke, gulai masak lemak daging salai ke..
Ni daun gelugor asam jawa..
Bila campur dalam masakan tu, akan rasa macam masam2 sikit..
Sy tahu kewujudan daun ni pon, bila dah kawen dengan eshat & kat kampung dia ada tanam pokok ni..
Ada 2pokok besar lebat daun2 nya..
Jadi nya, tiap kali balik kampung memang akan bawak balik daun gelugor ni..

Dah petik 2 plastik cukup dah tu..
MIL 1 plastik untuk kawan2 office dia pesan..
Lagi 1 plastik share dua bagi sikit kat mak sy..

Kemas2 beg, siap2 bagi RA bangun semua, lepas lunch gerak balik dengkil..
Otw balik tu, singgah kedai2 yg tepi jalan tu beli petai, telur itik..
Tempoyak & daging salai dah kirim siap2 kat mil pergi pasar pagi tu..
Benda wajib akan bawak balik dari kampung tempoyak, telur itik, daging salai & daun gelugor..
Lepas tu seminggu takyah beli barang2 basah sebab lauk untuk seminggu dah ada..


Hai makcik nak pergi mana tu???? Hihihi..
RA dah boring duduk dalam kereta, dia kacau abah dia drive..
Tapi nasib baik la kereta gerak slow je..


Macam biasa, jalan akan jem kalau otw balik..
Orang2 semua dah gerak nak balik rumah dah..
Dekat sejak jugak la jem..


Otw redah jem tu, singgah dulu pekena kopi koboi..
Eshat la cakap kopi ni femes..
Dah terlajak sikit, sy suruh dia berhenti jugak nak beli.
Memang ramai orang berhenti singgah beli kopi koboi ni..


Selain kopi, ada jual karipap & burger..
Kalau nak duduk minum kat situ pon boleh..
Ada meja & kerusi di sediakan..
Kitaorang beli la karipap 3biji buat kudap2 dalam kereta..
Tengok burger yang tengah masak time tu pon macam menarik je..
Takpe2 nanti boleh singgah lagi bila balik kampung nanti..


Kitaorang beli iced tea hijau.. Sedap!
Harga RM4.90 sahaja satu..
Nanti balik kampung lagi, nak try coffee pulak..
Mesti lagi ummphhh!!

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 29 December 2015

Balik Kampung - Part 2

Hi & Assalammualaikum..

26 Dec 2015, Saturday

Pagi2 dah bangun setelkan pump susu dulu, bagi RA makan & siap2 kan dia..
Doa selamat start pukul 10pagi..
Family in law buat kenduri doa selamat sikit untuk 63tahun anniversary atuk & nenek..


Siap sedia menerima para tetamu memeriahkan majlis doa selamat untuk atuk & nenek


Ada kambing bakar, ada cendol..



Family eshat ambik katering je untuk kenduri haritu..
Senang takyah masak2 dah..


RA bangun baru tidur time ni..
Muka masam je..

f

Saya tempah kan RA baju kaftan kain lebihan dari buat jubah sy tu..
Kain lebih sikit je, ngam2 dapat buatkan kaftan RA..


Kesilapan teknikal tulis atas cake..
Patutnya 63tahun..




RA duduk sebelah tokNyang diam2 ye..
TokNyang & NekNyang nak potong cake..

Selamat ulang tahun atuk & nenek..
Semoga atuk & nenek sihat tubuh badan & selalu dirahmati Allah swt..
63tahun dah usia perkahwinan atuk nenek..
Lama tu dah berpeluh2 tahun..
Cucu cicit pon dah ramai..

Sy & eshat baru je 1setahun lebih kahwin..
Jauh lagi perjalanan kitaorang dalam rumah tangga ni..
Macam2 lagi dugaan cabaran yang kitraorang akan tempuh..
Semoga sempat jugak kitaorang sambut anniversary yang ke 63tahun macm atuk nenek yang dikelilingi anak cucu cicit bila potong cake anniversary nanti.. Hihihi..


Cap ibu & anak!


Sepupu RA, Mikael yang handsome!
Pandai diaorang main sama-sama..
Kitaorang pon dah lama tak jumpa mikael..


Love u so much princesss!

Love, Rina Ellisa

Monday, 28 December 2015

Balik Kampung - Part 1

Hi & Assalammualaikum..

25 Dec 2015, Friday

Lama dah tak balik kampung eshat..
Last masa raya bulan 7 haritu..
Ada cuti panjang bulan 12 ni, kebetulan public holiday sambung menyambung, family members eshat pon plan kumpul ramai2 balik kampung..
Dan sambut sekali anniversary atuk nenek yang ke 63 tahun & buat kenduri doa selamat sikit..

Balik kampung kali ni kena prepare macam2 sikit la..
Sebab RA dah mula makan..
Sy bawak sekali mini rice cooker, blender & segala barang2 untuk sediakan makanan dia..
Kena pikir siap2 menu apa untuk RA makan 3 hari 2 malam nanti kat kampung..

Siap kemas packing barang2 pagi jumaat tu, tengahari gerak balik kampung..
Dengan harapan takde la barang2 tertinggal..
Tapi ada jugak barang yang tinggal..
Patah balik rumah ambik ikan perkasam kakNgah.. Hahahaha..


Singgah dulu masjid kat pajam eshat berhenti solat jumaat..
Sy & princess dalam kereta apa lagi welfie la 48kali kaliiiii..
Berpuluh2 gambar jadinya.. Huhuhu..


Princess pelik tengok ibu pakai sunglass diaaaa..
Eshat habis solat jumaat, teruskan perjalanan ke Kuala Pilah..
Jalan lekas clear tak jemm..
jadinya smooth jela perjalanan kitaorang time tu..
Singgah makan dulu kat senawang sebelum transit ke rumah abah lepas tu..


Makanan RA sy dah siap2 bawak dari rumah..
Buatkan puree carrot untuk makan 3hari nanti kat kampung..
Bubur dah siap buatkan untuk tengahari & malam untuk hari jumaat tu..
Nanti sampai kampung takyah bersilat kat dapur dah nak buatkan bubur RA untuk makan malam..
Lepas tu letak siap2 dalam cooler beg..
Sampai kedai makan, mintak air panas satu mangkuk & panaskan makanan RA..


Singgah rumah Tok abah dulu sebelum terus balik kampung..
Lama dah RA tak jumpa tok abah dia..
Last jumpa masa aqiqah RA bulan 8 tu..

Lepak kejap rumah abah, pukul 5lebih gerak balik kuala pilah..
Dalam pukul 6lebih sampai kampung dah..
Tengok khemah2 semua dh siap terpacak kat laman rumah..


Aksi wajib RA dapat kat tokcu dia..
Mula2 buat dulu time balik raya RA masa tu baru 3bulan lebih rasanya..
Dia tak boleh balance kan lagi badan ni..
Kali ni dia dah pandai balance kan badan dia sebab dia dah pandai dudukkk..
Kat kampung, asal tokcu pegang je dia, haa siap la kena junjung cam tuuuu.. Hahahaha..


Seronok ye main cat kakak izara..


RA & kakak izara..

Love, Rina Ellisa

Saturday, 26 December 2015

Journey of Princess RA : Register Taska

Hi &  Assalammualaikumm..

4 Jan 2016 nanti, RA dah start pergi taska..
Eka nak cuti rehat dulu lepas bersalin tu..
Dia dah ready nak jaga RA balik, nanti ibu hantar RA kat makngah balik ok sayang..

Sy hantar taska under company..
Baru je siap hujung bulan dec ni..
Start operasi 4 Jan 2016 ni..
Haritu bukak permohonan, cepat2 sy apply..
Sebab takut penuh.. Quota 75orang taska, 75 orang tadika sahaja..


21 - 23 Dec 2015 ada open day untuk parent yang nak register semua..
Ada briefing sekali..

2 orang kawan2 office pon dah siap2 booking hantar anak lepas bersalin nanti.. Lepas ni beramai2 kita ke taska lunch hour kak.. Hehehe..

Settle register kan RA..
4 Jan nanti terus hantar RA je ke taska..
Bila tengok list barang2 nak kena bawak, macam2 benda kena sediakan..
Kena label kan semua barang2 RA..
Almaklum la takde pengalaman nak hantar anak ke taska.. Hehehe..
Harap2 la RA ok duduk taska nanti..
Excited risau semua perasaan ada bila nak hantar anak ke taska ni..
Moga2 Allah selalu lindungi anak ibu.. Aminnn..

Tengahari lunch hour boleh ibu susu kan RA..
Ni sebab utama kenapa ibu hantar RA taska kat office ibu..
Senang ibu larik larik intai RA kat taska.. Hehehe..
Lagipon dekat sangat dengan office..
Kalau hantar taska tempat lain, pikir banyak kali jugak ibu abah..
Ni kebetulan taska company ibu start operasi tahun depan, rezeki RA la dapat masuk situ..
RA duduk taska baik2 nanti ok sayang..







Ni antara gambar2 taska..
Banyak lagi tak siap kemas..
Tak sabar nak hantar RA ke taska..
Tapi dalam masa yang sama risau jugak hati ni.. Huhuhu..

Love, Rina Ellisa

Friday, 25 December 2015

Journey of Princess RA : Random Pictures 4

Hi & Assalammualaikum..

14 Dec 2015 (8 months)
14 Dec 2015 public holiday untuk selangor..
Seronok ibu cuti.. Ingat kan company tak bagi cuti... Huhuhu..
Dah cuti tu, boleh la bawak RA jalan2 ambik angin..
Ni gambar dia tertidur tengah tengok karton masa ni..
Tengah syiok tidur tu, tapi dalam pampers ada "isi".. Kihkihkih..
Ni kes mengantuk sangat sampai tertidur dudukkkkk..

15 Dec 2015 (8 months 1 Day)
RA merengek tinggal dengan antie cik dia lepas 4hari berkepit je dengan ibu.. Hahahhaa..
Sian dia.. Makngah send gambar menjejeh2 airmata..
Bila duk dekat dengan makngah senyap, bila antie cik dia ambik menangissss..
Drama 48episod betul la princess ibu ni..

16 Dec 2015 (8 months 2 Days)
Suka betul dia main box tu..
Di panjatnya box tu haaaaa..
Last2 takleh turun kebawah ek ek minta tolongggg.. Hahaha..

17 Dec 2015 (8months 3 Days)
Pandai nak berpaut dah..
Kalau duduk kan RA dalam playpen tu, dia pandai berpaut nak bangun berdiri dahh..
Lepas tu goyang2 kan playpen tu, bergerak2 berjoget la jadinya dia dalam tu.. Hahahaha..

18 Dec 2015 (8 months 4 Days)
Selalu hari jumaat, RA dah ok tak merengek.. Sebab dah bape hari tinggal dengan antie cik dia..
Lepas tu weekend, memang berkepit jela dengan ibu dia..
Kadang2 nanti isnin buat balik merengek2 dia sebab dah syiok 2hari berkepit dengan ibu dua hari tu.. Hihihi..

19 Dec 2015 (8 months 5 Days)
Bila dah berdiri kaku keras sebab box tu takleh gerakkk.. Hahaha..
Haritu dapat gerak kan box tu, kemain bising lagi mulut diia pokpekkkk..
Nak bagitau dia boleh gerak kan box tu lattuwww..
Besar dah anak ibu ni..

20 Dec 2015 (8 months 6 Days)
Malam sambut birthday omma kat rumah omma..
Kitaorang semua nyanyi lagu birthday untuk omma, dia boleh gerak2 kan badan dia joget..
Comil tau anak ibu ni!
Lepas tu tengah kitaorang sibuk2 nak potong cake, dia boleh calit cake omma tuuuuuuuu..
Yela RA duk sebelah cake je, memang geram jela dia tengok cakeee tu.. Hahahaha..

RA dah masuk 8bulan, sy dah bagi dia makan 3kali sehari..
Pagi pukul 10-11 pagi, tengahari pukul 2-3 petang, malam pukul 8-9 malam..
Pagi sy pagi dia puree je, tengahari bagi puree nasi dan campur kan puree buah/sayur/ikan bilis..
Malam bagi puree bubur dan puree buah/sayur..
Sy baru try bagi RA makan puree nasi campur dengan ikan bilis yang dah disangai & blend halus..
Baru try 2 hari makan.. Harap2 RA ok makan ikan bilis ni & pass 4days rules tu..
Suka RA makan.. Nanti ibu carik lagi resepi untuk princess ok sayang!

Semoga anak ibu membesar dengan sihat yea sayang.. Amin..

Love, Rina Ellisa

Thursday, 24 December 2015

Journey Of Princess RA : Random Pictures 3

Hi & Assalammualaikum..

7 Dec 2015 (7 months 22 Days)
Pandau dah sepah kan mainannnn..
Kalau tunjuk kan huruf banyak2 kat RA, dia akan pilih jugak huruf I tu..
Huruf favourite dia tuu

8 Dec 2015 (7 months 23 Days)
Sian RA tinjau adik baby dari playpen je yea sayang..
RA takleh dekat dengan adik baby.. Nanti dia tarik la sarung tangan adik baby la..
Dia tarik sarung kaki la.. Hahahaha..
Time ni sy bagi dia makan puree bubur nasi campur dengan puree mangga manis..
Suka dia makan..

9 Dec 2015 (7 months 24 Days)
Terkejut ibu makngah share gambar niiii..
RA naik kan kaki ke atasssss... Hahahha..
Pandai betul dia naik kan kaki tu haaa..

10 Dec 2015 (7 months 25 Days)
Pandai dah nak main dengan uncle cu dia..
Dia panjat2 nye la pakcik dia tu haaaa..
RA bila cu agah2 suka betul diaaaa..

11 Dec 2015 (7 months 26 Days)
Masaaaa untukkkk mainnn bubbbbleeeeeee!!!!
Seronok ye main2 buih sabun tu..
Bila terpecik2 air kat mulut, kemain laju je dia sedut seduttttttt..
Daulat sangat ni mandi bathtub kat dapurrr.. Hahahaha..
Orang mandi dalam bilik air la sayang oiii..
Ni kerja abah dia laaa ni mandikan kat dapurrrr..

12 Dec 2015 (7 months 27 Days)
Kalau balik rumah nenek, dia memang suka betul la main tirai nenek tuuuu..
Dia tarik2 nye la tali tirai tuuuu..

13 Dec 2015 (7 months 28 Days)
Omma datang rumah weekend tu, bagi RA tudung ni..
Omma beli kat kedahhh.. Tq omma..
Comil anak ibu pakai tudunggg..
Lama jugak dia pakai tudung sampai berpeluh2 kepala diaaaa.. Hahahaa..
Pakai kan kali kedua, kejap je dia pakaiiii.. Lepas tu dia cabutttt..

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 22 December 2015

Happy Belated Birthday Nenek & Omma

Hi & Assalammualaikum..

20 Dec 2015, Sunday

Birthday mak 19 Jul & birthday MIL 18 Dec..
Kitaorang bagi hadiah kat mak lambat sikit.. Hehehe..
Dah hujung2 tahun baru carik hadiah..
Cuma birthday mak sy, dah celebrated ramai-ramai haritu dengan adik adik sy..
Birthday MIL je baru celebrated weekend haritu..


Abang, Faten & Izara tak dapat join..
Mak Faten dari kedah baru sampai malam tu kat rumah diaorang..
Celebrated la kitaorang ber5 je malam tu kat rumah MIL..


RA dah tak duduk diam tengok cake kat tepi dia tu haaa..


Happy birthday omma..
Semoga mak selalu dirahmati Allah, sihat tubuh badan, dikurniakan rezeki yang melimpah & panjang umur..
Semoga mak tambah bahagia & ceria dengan adanya anak2, menantu2 & cucu2 mak..
We olls love u omma! :)


Baju mana RA????
Abah dia punya keje la ni bukak kan baju dia..
Baru balik kenduri kahwin, panasssss kataaaa nyaaaa..


Sorry nenek sy bagi hadiah birthday nenek lambat.. Hehehe..
Happy belated birthday nenek..
Semoga nenek di murahkan rezeki selalu, dipanjangkan umur & dilindungi Allah swt selalu.. Amin..
Nanti nenek belikan sy mainan lagi tauuuuu.. Hihihi.. Sayang nenek!


Eh sambung balik cerita celebrated birthday MIL..
Kemain bergoyang goyang lagi badan RA bila kitaorang ramai2 nyanyi lagu birthdayy..
Birthday awak tahun depan la sayang..
Tahun depan kita tiup lilin sama sama eh princesss..
Ibu dah berkobar kobar cari idea untuk birthday awak tahun depan ni.. Hihihi..


Tempat favourite duduk atas meja makan omma..


Abah's little girl + manja abah dia..
Bangun tidur sebut bahhh abaaaahhh bahhhhhh..
Uwaaa sentap ibuuuuuuu panggil abahhhh dia jeeee.. Hahahaha..


Dah habis la sayang tepuk nyanyi lagu birthday untuk omma..


Love kesayangan ibu so much!


Tu tangan dia sikit je lagi nak cuit kek..


Ehh sampai lelap2 mata tepuk tangan tuuuu.. Hehehhee..


Pizza kitaorang call je suruh delivery, cake sy tempah kat @rania bake house & hadiah cari kat Mitsui KLIA..
Small & simple celebration untuk mak dari kami anak menantu mak.. :)


Kakak Odah dah shopping hadiah untuk nenek & omma! :)
Tahun depan nanti kita beli hadiah birthday lagi untuk nenek & omma ok sayang..

Love, Rina Ellisa