Followers

Monday, 28 December 2015

Balik Kampung - Part 1

Hi & Assalammualaikum..

25 Dec 2015, Friday

Lama dah tak balik kampung eshat..
Last masa raya bulan 7 haritu..
Ada cuti panjang bulan 12 ni, kebetulan public holiday sambung menyambung, family members eshat pon plan kumpul ramai2 balik kampung..
Dan sambut sekali anniversary atuk nenek yang ke 63 tahun & buat kenduri doa selamat sikit..

Balik kampung kali ni kena prepare macam2 sikit la..
Sebab RA dah mula makan..
Sy bawak sekali mini rice cooker, blender & segala barang2 untuk sediakan makanan dia..
Kena pikir siap2 menu apa untuk RA makan 3 hari 2 malam nanti kat kampung..

Siap kemas packing barang2 pagi jumaat tu, tengahari gerak balik kampung..
Dengan harapan takde la barang2 tertinggal..
Tapi ada jugak barang yang tinggal..
Patah balik rumah ambik ikan perkasam kakNgah.. Hahahaha..


Singgah dulu masjid kat pajam eshat berhenti solat jumaat..
Sy & princess dalam kereta apa lagi welfie la 48kali kaliiiii..
Berpuluh2 gambar jadinya.. Huhuhu..


Princess pelik tengok ibu pakai sunglass diaaaa..
Eshat habis solat jumaat, teruskan perjalanan ke Kuala Pilah..
Jalan lekas clear tak jemm..
jadinya smooth jela perjalanan kitaorang time tu..
Singgah makan dulu kat senawang sebelum transit ke rumah abah lepas tu..


Makanan RA sy dah siap2 bawak dari rumah..
Buatkan puree carrot untuk makan 3hari nanti kat kampung..
Bubur dah siap buatkan untuk tengahari & malam untuk hari jumaat tu..
Nanti sampai kampung takyah bersilat kat dapur dah nak buatkan bubur RA untuk makan malam..
Lepas tu letak siap2 dalam cooler beg..
Sampai kedai makan, mintak air panas satu mangkuk & panaskan makanan RA..


Singgah rumah Tok abah dulu sebelum terus balik kampung..
Lama dah RA tak jumpa tok abah dia..
Last jumpa masa aqiqah RA bulan 8 tu..

Lepak kejap rumah abah, pukul 5lebih gerak balik kuala pilah..
Dalam pukul 6lebih sampai kampung dah..
Tengok khemah2 semua dh siap terpacak kat laman rumah..


Aksi wajib RA dapat kat tokcu dia..
Mula2 buat dulu time balik raya RA masa tu baru 3bulan lebih rasanya..
Dia tak boleh balance kan lagi badan ni..
Kali ni dia dah pandai balance kan badan dia sebab dia dah pandai dudukkk..
Kat kampung, asal tokcu pegang je dia, haa siap la kena junjung cam tuuuu.. Hahahaha..


Seronok ye main cat kakak izara..


RA & kakak izara..

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. Comwl die...mcm azwa gak..rambut xberapa nk ada..

    ReplyDelete