Followers

Wednesday, 30 December 2015

Balik Kampung - Part 3

Hi & Assalammualaikum..

27 Dec 2015, Sunday


Ahad belah pagi eshat ajak mak dia pergi petik daun gelugor..
Tiap kali balik kampung pilah, kitaorang akan bawak balik daun gelugor ni..
Daun ni boleh campur dalam masakan kalau gulai masak lemak telur itik ke, gulai masak lemak daging salai ke..
Ni daun gelugor asam jawa..
Bila campur dalam masakan tu, akan rasa macam masam2 sikit..
Sy tahu kewujudan daun ni pon, bila dah kawen dengan eshat & kat kampung dia ada tanam pokok ni..
Ada 2pokok besar lebat daun2 nya..
Jadi nya, tiap kali balik kampung memang akan bawak balik daun gelugor ni..

Dah petik 2 plastik cukup dah tu..
MIL 1 plastik untuk kawan2 office dia pesan..
Lagi 1 plastik share dua bagi sikit kat mak sy..

Kemas2 beg, siap2 bagi RA bangun semua, lepas lunch gerak balik dengkil..
Otw balik tu, singgah kedai2 yg tepi jalan tu beli petai, telur itik..
Tempoyak & daging salai dah kirim siap2 kat mil pergi pasar pagi tu..
Benda wajib akan bawak balik dari kampung tempoyak, telur itik, daging salai & daun gelugor..
Lepas tu seminggu takyah beli barang2 basah sebab lauk untuk seminggu dah ada..


Hai makcik nak pergi mana tu???? Hihihi..
RA dah boring duduk dalam kereta, dia kacau abah dia drive..
Tapi nasib baik la kereta gerak slow je..


Macam biasa, jalan akan jem kalau otw balik..
Orang2 semua dah gerak nak balik rumah dah..
Dekat sejak jugak la jem..


Otw redah jem tu, singgah dulu pekena kopi koboi..
Eshat la cakap kopi ni femes..
Dah terlajak sikit, sy suruh dia berhenti jugak nak beli.
Memang ramai orang berhenti singgah beli kopi koboi ni..


Selain kopi, ada jual karipap & burger..
Kalau nak duduk minum kat situ pon boleh..
Ada meja & kerusi di sediakan..
Kitaorang beli la karipap 3biji buat kudap2 dalam kereta..
Tengok burger yang tengah masak time tu pon macam menarik je..
Takpe2 nanti boleh singgah lagi bila balik kampung nanti..


Kitaorang beli iced tea hijau.. Sedap!
Harga RM4.90 sahaja satu..
Nanti balik kampung lagi, nak try coffee pulak..
Mesti lagi ummphhh!!

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. Wah..menarik..slalu gak.nmpk.teh hijau..tp xpernah try...

    ReplyDelete