Followers

Friday, 25 December 2015

Journey of Princess RA : Random Pictures 4

Hi & Assalammualaikum..

14 Dec 2015 (8 months)
14 Dec 2015 public holiday untuk selangor..
Seronok ibu cuti.. Ingat kan company tak bagi cuti... Huhuhu..
Dah cuti tu, boleh la bawak RA jalan2 ambik angin..
Ni gambar dia tertidur tengah tengok karton masa ni..
Tengah syiok tidur tu, tapi dalam pampers ada "isi".. Kihkihkih..
Ni kes mengantuk sangat sampai tertidur dudukkkkk..

15 Dec 2015 (8 months 1 Day)
RA merengek tinggal dengan antie cik dia lepas 4hari berkepit je dengan ibu.. Hahahhaa..
Sian dia.. Makngah send gambar menjejeh2 airmata..
Bila duk dekat dengan makngah senyap, bila antie cik dia ambik menangissss..
Drama 48episod betul la princess ibu ni..

16 Dec 2015 (8 months 2 Days)
Suka betul dia main box tu..
Di panjatnya box tu haaaaa..
Last2 takleh turun kebawah ek ek minta tolongggg.. Hahaha..

17 Dec 2015 (8months 3 Days)
Pandai nak berpaut dah..
Kalau duduk kan RA dalam playpen tu, dia pandai berpaut nak bangun berdiri dahh..
Lepas tu goyang2 kan playpen tu, bergerak2 berjoget la jadinya dia dalam tu.. Hahahaha..

18 Dec 2015 (8 months 4 Days)
Selalu hari jumaat, RA dah ok tak merengek.. Sebab dah bape hari tinggal dengan antie cik dia..
Lepas tu weekend, memang berkepit jela dengan ibu dia..
Kadang2 nanti isnin buat balik merengek2 dia sebab dah syiok 2hari berkepit dengan ibu dua hari tu.. Hihihi..

19 Dec 2015 (8 months 5 Days)
Bila dah berdiri kaku keras sebab box tu takleh gerakkk.. Hahaha..
Haritu dapat gerak kan box tu, kemain bising lagi mulut diia pokpekkkk..
Nak bagitau dia boleh gerak kan box tu lattuwww..
Besar dah anak ibu ni..

20 Dec 2015 (8 months 6 Days)
Malam sambut birthday omma kat rumah omma..
Kitaorang semua nyanyi lagu birthday untuk omma, dia boleh gerak2 kan badan dia joget..
Comil tau anak ibu ni!
Lepas tu tengah kitaorang sibuk2 nak potong cake, dia boleh calit cake omma tuuuuuuuu..
Yela RA duk sebelah cake je, memang geram jela dia tengok cakeee tu.. Hahahaha..

RA dah masuk 8bulan, sy dah bagi dia makan 3kali sehari..
Pagi pukul 10-11 pagi, tengahari pukul 2-3 petang, malam pukul 8-9 malam..
Pagi sy pagi dia puree je, tengahari bagi puree nasi dan campur kan puree buah/sayur/ikan bilis..
Malam bagi puree bubur dan puree buah/sayur..
Sy baru try bagi RA makan puree nasi campur dengan ikan bilis yang dah disangai & blend halus..
Baru try 2 hari makan.. Harap2 RA ok makan ikan bilis ni & pass 4days rules tu..
Suka RA makan.. Nanti ibu carik lagi resepi untuk princess ok sayang!

Semoga anak ibu membesar dengan sihat yea sayang.. Amin..

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. Comelnyer ragam die...dah boleh dah bg bubur tu..azwa start bubur masa 7 bulan

    ReplyDelete
  2. comelnya raudhah ni...nak pinjam boleh? hehe

    ReplyDelete