Followers

Wednesday, 2 December 2015

My Breastfeeding Journey : Diploma in Breastfeeding

Hi & Assalammualaikum..

14 April 2015 - 14 Oct 2015

Alhamdullilah dapat fully breastfeed Raudhah Aaishah selama 6bulan ni..
First time direct breastfeed raudhah masa dalam labour room 14 April 2015..
Rasa time tu tak tau nak gambarkan macam mana..
Seronok terharu touching semua ada la.. Hihihi.

Kira dah dapat diploma in breastfeeding untuk bulan pertama la.. Yeahhh!!!
Sy niat nak susu kan RA sampai umur dia 2tahun.. Amin InsyaAllah..
6bulan pertama fully breastfeed RA tipu la kalau takde dugaan dan rintangan..
Bila ingat2 balik, macam tak percaya sy boleh susu kan RA sampai ke harini..

Dugaan/Cabaran/Halangan

1) Tak serasi dengan Pump Manual
Masa buat preparation baby dulu, sy beli pump manual avent..
Takut jugak nak beli pump elektrik.. Takut tak guna..
Plan nak start pump susu 2 3 minggu sebelum naik kerja nak buat stock susu..
Akan tetapiiiiiii..
2 3 hari lepas RA discharged & kena warded dan kena bekal kan susu kat hospital..
Kena la sy pump susu awal dari plan tu..
RA dah warded petang tu, malam tu sy marmet dulu guna tangan sebab ika tak bawak lagi pump elektrik..
Dapat la 2 oz macam tu..
Malangkan sy guna pump manual avent tu susu tak keluar.. Huwaaaaa!! Stresss!!!
Miss B dah bengkak & sakit..
Dengan stress dan sedih anak kat hospital..
Sedih sangat rasa time tu bila tinggal RA sorang-sorang kat ward T__T

Nasib baik la ika ada pump elektrik..
Pinjam dulu dia punya..
Malam esok nya ika & mak tolong urut & tuamkan Miss B..
Sakit sangat sangat..
Demi anak, kena tahan jugak..
Kena jugak urut & pump susu sebab nak bekalkan RA susu kat ward..
Masa RA warded tu sy dah pesan siap2 dengan nurse, JANGAN BAGI ANAK SAYA SUSU FORMULA..
Sy akan bekalkan susu badan sy.. Sy akan hantar stock susu untuk anak saya..

Start dari RA warded tu, tiap2 hari siang malam sy pump susu & bekalkan kan RA kat ward..
Memang tak buat stock pon lagi..
Sudahnya tersimpan la pump avent manual tu tak guna..
Tapi masa dalam pantang, officemates ada datang visit RA & dia ajarkan guna pump avent manual tu..
Time dia ajarkan tu, bila sy pump keluar pulak susu..
Takpela sy guna je pump elektrik solo lacte ika..
Cepat sikit pump kalau guna elektrik..
Ok setel bila guna pump elektrik..

2) Kiri Kanan Beg Kendong Beg
Mula2 masuk kerja lepas cuti bersalin tu, kiri kanan penuh sandang beg..
Handbeg lagi, woven bag isi pump, isi tupperware lagi, isi botol air lgi..
Time tu tak beli lagi beg pump..
Dah masuk kerja, baru sempat nak google survey semua..
Last2 dapat pon beli beg pump jingle jungle..
Takyah dah bawak woven beg pergi office.. Kihkihkih..

3) Tertingal Spare Part Pump
Yang ni 2 3  kali jugak terjadi kat office..
Bila dah get ready nak pump susu, sekali ade je spare part pump tertinggal kat rumah..
Bila malam sy akan basuh & steam kan semua botol pump, botol storage & botol susu RA..
Pagi baru siap2 kemaskan masuk dalam beg pump..
Kadang2 pagi kelam kabut, tu yang tertinggal..
Kadang2 rasa macam semua barang2 dah letak masuk beg..
Tapi hakikat nya ada jugak tertinggal.. SobssSobss..
Nak taknak, kena larik balik rumah kejap ambik kalau nak pump kat office..
Kalau tak pump, Miss B bengkak.. Sakittttt T__T

Ada sekali tu larik kejap balik rumah ambik spare part pump yang tertinggal..
Haaa pakej sekali dengan kereta tetiba mati..Haaaa haru betullll..
Nasib baik la dah dekat sangat nak sampai rumah..
Kalau jalan kaki kira sampai jugak la rumah..

Kena tunggu kat rumaah dulu sementara tunggu eshat balik kejap tengok kan kereta..
Nak pump kat rumah, segala barang2 pump ada kat office..
Try guna pump avent manuaal yang ada kat rumah, tak keluar jugak susu..
Last2 sy marmet je.. Keluar la sikit..
Untuk hilangkan bengkak Miss B je..
Miss B bila bengkak sakit & berattttt.. T___T

4) Stress
Sy pernah sekali tengah pump kat stor office, ada gangguan dari luar, terus susu dropppp.. T__T
Keluar 2 oz je.. Padahal Miss B bengkak time tu..
Serius kalau tengah stress atau marah, memang susu malu malu je nak keluar..
Please la alert orang-orang sekeliling..
Atleast bagi la ruang seketika untuk kitaorang working mom ni pump susu dengan keadaan yang tenang..

5) Jadual pump
Macam kalau kat office sy akan pump sekurang kurang nya 2 kali sehari..
Pagi dalam pukul 9 @ 10pagi..
Petang sebelum balik pukul 4 @ 5 petang macam tu..
Pagi-pagi sy memang tak sempat nak pump kat rumah..
Jadinya, pagi2 tu lepas setelkan kerja sikit kat office, sy start pump..
Sy guna pump elektrik solo..
Memang makan masa untuk pump bagi Miss B betul-betul kosong..
Kalau guna lacte solo ni, sebelah 30 minit, sebelah lagi 30 minit..
Sebelum balik make sure sy akan pump dulu..
Sebab petang lepas ambik RA kat ika, akan terus bagi dia direct susu..
Kalau sy tak pump sebelum balik, miss B penuh & RA minum tersedak sedak..
Kesian kat dia..

Kalau weekend kat rumah, sy pump susu pagi je bila bangun tidur..
Lepas tu dah terasa Miss B kosong, bagi direct je kat RA..
Selalu weekend memang bagi direct susu je kat RA..
Jarang bagi botol kat dia..
Cuma bangun pagi tu je Miss B penuh..
Time tidur RA minum sebelah je..
Sebelah lagi tak, tu yang penuh sebelah je..

6) Persepsi orang luar/Orang sekeliling
Bila balik kampung, sedara mara akan tanya bila pergi kerja bagi RA susu apa?
Sy cakap sy bagi susu badan.. Tak campur dengan susu lain..
Tak susah ke kena perah semua?
Sy akan jawab elok-elok..
Sy pump susu, buat stock, nanti ika akan panaskan semua dan bla bla blaa..
Orang orang lama diaorang dulu macam kurang sikit kesedaran kebaikan susu badan ibu ni..
Zaman kita je sekarang ni segala macam jenis breast pump ada & info hujung jari kalau rajin cari kat internet..

7) Fridge Penuh & Terpaksa buang susu frozen..
Sy guna fridge 2 pintu..
Belah atas dah penuh dengan susu frozen..
Bila fridge penuh, tak tahu nak isi makanan basah macam ayam daging kat mana..
Memang kena beli deep freezer ni..
Ada sesiapa nak let go deep freezer tak?

Susu yang sy perah masa dalam pantang tumpang simpan dalam deep freezer MIL..
Ada banyak jugak.. Separuh deep freezer tu isi susu RA je..
Ada la sy bawak balik sikit-sikit letak dalam fridge kat rumah..
Last2 tak guna, buang jugak akhirnyaaaaa..

Baru2 ni mil nak kemaskan freezer dia, terpaksa la sy buang je susu tu.. SobSobSs.. Y__Y
Lagipun dah nak expired.. Masuk nov je dah tak boleh guna..
Menangis dalam hati nampak susu kena buang..
Sy duduk lama kat sinki..
Buat2 tanggalkan label la, susun2 ambik gambar la..
Susu cantik2 kat sinki la sebelum buang..
Memang bercinta la masa nak buangkan susu tu..
Tapi apa kan daya, buang jugak susu tu.. Hmmmmm..

8) Rumah Black Out
Sepanjang 6bulan pertama ni, sekali je black out..
Nasib baik la tak keluar rumah lagi tu..
Time tu dah kelam kabut nak selamat kan stock susu..
Dah la first time jadi.. Nak buat apa tak tau..
Last2 calling2 ika tanya freezer dia kosong tak..
Bawak masuk semua stock susu dalam plastik terus zasss bawak pergi rumah mak..
Risau je masa otw nak ke rumah mak tu takut cair..
Lepas pada peristiwa tu, terus scroll cari info kat page FB #bfmember macam mana kalau black out..
Dapat pon info..

Lepas ni sy kena beli kotak ais yang putih tu, kena standby buat ais ketul, kena beli garam kasar..
Black out je, cepat2 transfer masuk box putih tu..
Kena research lagi info bila black out & nak selamat kan stock susu..

9) Kurus Sangat!
Orang cakap kalau susu badan kan anak, berat badan kita akan turun..
Dan sy memang dah rasa kan..
Malah lagi kurus ada la.. Huhuhu..
Last timbang berat sy kat KK 38kg.. T___T
Ramai pon dah tegur yang sy makin kurus lepas bersalin..
Orang lain lepas bersalin gemss..
Tapi sy lepas bersalin maintain..
What to do.. Power of SUSU IBU! :)

Tapi takpela kurus ke gemok ke..
Ibu ok je RA..
Janji my princess RA dapat susu badan dengan secukupnya..

10) Terlupa simpan susu dalam fridgeeeeeeeeee
Yang ni banyak kali jadi..
Kadang2 bila pump malam, letak kejap atas meja sementara nak pergi cuci pump semua dulu..
Ingat lepas tu nak letak la dalam fridge..
Sekali terus je menonong masuk bilik susu kan RA dan tertidur sekali..
Last2 bangun pagi tengok susu tak bersimpan..
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Sayang nyaaa.. T__T

Info/Pembakar Semangat/Pendorong

1) Suami aka Eshat
Alhamdullilah eshat faham dan sedar kebaikan susu ibu ni..
Masa RA jaundice mula2 lahir tu, eshat memang suruh je sy bagi RA susu badan kerap..
Dia sanggup ulang alik rumah hospital hantar stock susu kat RA time tu kat ward NICU putrajaya..
Sampai la harini kalau RA demam ke, memang dia suruh bagi je susu badan banyak banyak..

2) Adik aka Ika
Ika lah orang kedua yang banyak bantu dalam tempoh penyusuan RA 6bulan ni..
Sy first time jadi ibu memang zero knowledge..
Ika la banyak bagi info..
Dia ada add kan sy masuk dalm group #bfmember..
Dari situ macam-macam pengalaman ibu menyusu ada..
Rajin tak rajin je nak baca..

3) Page FB #bfmember


Kat page ni segala jenis info ada berkenaan penyusuan ibu ada..
Kena rajin scroll & baca post post lama..
Kalau rasa nak tanya pape, just post je komen..
InsyaAllah ada yang membantu..
Page ni ahli members memang semua perempuan..

Kalau tengah pump susu, sy bukak page #bfmember ni memang berkobar kobar nak pump..
Members dalam group tu selalu bagi sokongan paduuu..
Maju susu ibu untuk anak kita!!! :)

4) Google
Kalau sy nak lebih lagi info, sy akan google & baca review yang ada..
Best baca macam-macam pengalaman mommies yang fully breastfeed ni..

5) Kawan Yang Dah Ada Pengalaman
Officemates la yang banyak membantu dan sharing info..
Terutama kak Sha & Kak Ikin.. Tq uolls!
Masa dalam pantang dulu pon, kak sha la orang rujukan sy.. Hihihi..
Kalau rasa musykil atau nak tanya pape, whatsapp je kak sha.. Setel problem..

6) Tengok Gambar & Video Raudhatul Aaishah
Yang ni sy buat time pump susu kat office..
Ika memang rajin share gambar2 & video RA..
Sambil sambil tu mood happy je tengok gambar video RA..
Tu susu pon meriah je keluar.. :)

Inilah dugaan sy sepanjang tempoh 6bulan penyusuan RA..
Kadang2 tu tak sempat pump susu kat office belah petang, balik rumah baru pump..
Memang berperang la dengan RA kat rumah..
Dengan nak pump lagi, dengan RA merengek mintak dukung lagi..
Jadi tangan sotong time tu..Hahahahaha..

Moga melimpah ruah lagi rezeki RA dapat susu ibu sampai 2tahun yea.. Amin..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment