Followers

Sunday, 31 January 2016

Journey of Princess RA : Jalan Jalan KLIA2

 Hi & Assalammualaikum..

31 Jan 2016 (Sun), KLIA2 Gateway Mall

Nama je ibu RA kerja kat KLIA, tapi jarang sangat bawak eshat & RA jalan jalan ke KLIA..
Haritu lalu la jalan erl salak tinggi tu..
Eshat cakap nanti bila2 free kita naik erl bawak RA pergi klia2..
Haa petang ahad tu lepas eshat class, siap2 terus ke erl salak tinggi..
Harga tiket erl dari salak tinggi ke KLIA2 RM4.90 sehala..
RA ofcoz la free kan sebab baby lagi..

Dekat je erl salak tinggi ke klia2..
Tak sampai 10minit pon..
Kitaorang sampai erl salak tinggi je, erl dah lepas..
Tunggu 20minit untuk next erl..


Selfie duluuu..
RA susah betul nak senyummmmm..


Mula-mula sy pangku je RA..
Lepas tu duduk kan RA atas seat sendiri..

 
 

Dah duduk sendiri, macam2 gaya dah la..
Tapi muka still masam mencuka lagi taknak senyumm..
Ke dia takut naik erl tu.. Sebab tu senyap jeee.. Hahahaha..

Sampai je KLIA2, terus carik tempat makan dulu..
Lapar sangat dah..
Nak jalan2 cuci mata pon takde feel sebab perut berbunyi lapar dah..
Jadinya, kitaorang ke kenny rogers untuk makan..


Selfie dulu sebelum makan..
RA sedap tidur time ni kat sebelah abah dia tu ha..
Masa otw nak carik kedai keny roger lagi dia dah tidur kat abah dia..
Masuk keny roger, landing kan dia atas seat, ha sambung tidur dengan lena..
Dapat la ibu abah bercintan cintun time makan.. Huhuhu..
Kalau tak salah sorang kena laju2 makan sebab kena ambik trun jaga RA..


Habis je eshat makan, RA pon bangun..
Makanan dia sy bawak dari rumah..
Time dia tengah tidur tu, panas kan siap2 makanan dia..
Dia bangun je terus suapkan makan..

Habis makan, sambung balik pusing2 klia2 menghabiskan masa yang ada..
Jenuh jugak gilir-gilir dukung RA.. Hahahaha..
Sebab nya carrier dia boleh pulak tertinggal..
Padahal dah keluar masuk bilik, carrier tu letak atas laci tepi pintu je..
Sakit pinggang eshat mendukung RA.. Hahahaha..


Ibu & RA..
Nanti kita ajak abah datang sini lagi ok princess..
Tapi nanti datang, make sure kita berlepas naik flight laaaaaa..
Tak kan datang lagi pusing pusing mall je.. Huhuhu..

Love, Rina Ellisa



Saturday, 30 January 2016

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Muhammad Azfar Rizqi Bin Mohd Nizam

Hi & Assalammualaikum..

30 Jan 2016 (Sat), Sg Merab

Rasa macam baru je aqiqah kan abang dia tahun 2012 ke 2013..
Sekarang turn aqiqah adik dia pulak..
Sepupu eshat yang aqiqah ni sebaya dengan RA..
Lahir tahun yang sama, cuma bulan je lain..
Nanti uncle & anak buah masuk darjah satu sama sama eh.. Hehehe..


Selfie dulu dalam kereta..
Eh spek mata RA dah senget2 tu ha..
Kena snap cepat2, kang cepat je tangan dia sambar nak cabut spek tu..


Haishhh manja sangat ni main hug hug kiss kisss..
Sendu ibu duduk sebelah.. huhuhu..


Haaa meh selfie dengan ibu pulakk...

Kitaorang sampai je majlis dah selesai..
Time tu ngam2 pukul 12..
Ingatkan kitaorang datang awal, rupa2 antara yang terlambat sampai.. hehehehe..
Tak dapat tengok rizqi berendoi..
Sampai2 je terus makan..


Pelamin simple & just nice je..
Mak uda sewa barang, lepas tu deco deco sendiri..
Cantik cantik.. Pandai mak uda deco..


Eh ada orang lena dalam buai berendoi laaaa..
Time ni RA dah kenyang & mengantuk nak tidur..
Letak je dalam tu, buai2 sikit terus lelapppp..
Haa tidur la nak dalam tu..
Dapat ibu borak2 lama sikit.. hehehe..


Bersama cousin eshat & kakngah..
Lama tak jumpa diaorang..
Seronok borak-borak..

Habis borak2, makan2 kul 430 gerak balik..
Pukul 5 eshat ada class..


Kejap je princess ibu dah besar..
Lagi berapa bulan je nak setahun..


Haaa angkat dia tinggi-tinggi..


Ibu nak RA jadi best friend ibu sampai bila-bila tau..
Sayang princessssssssssssss!!


Eh ada pulak gambar maklong selfie dengan Muhammad Daiyyan ni..
Pandai pulak tu dia buat memek muka bila kita snap gambar tu..
Bijak bijakkkk..
Daiyyan nampak nye dah dapat tittle abg sado lengan berketak ketakkk.. Hahahaha..


Haa nah gambar ok sikit dengan maklong..
Sayang daiyyan jugak tau!!

Love, Rina Ellisa

Friday, 29 January 2016

Kuey Teow Kung Fu Sedap!

Hi & Assalammualaikum..

28 Jan 2016

Lama dah simpan resepi Kuey Teow Kung Fu dari blogger Filla..
Siap printscreen lagi simpan dalam tab..
Sebab nya tengok macam senang je dia buat..
Haaa haritu beli barang2 dapur, eh beli sekali la barang2 nak buaat KTKF ni..
Nak resepi, boleh tengok dari blog fillanie, Resepi Kuey Teow Kung Fu..


Taraaa berjaya masak..
Best best bila masak menjadi..
Rasa waaaaa hebat nyeee.. Hahahaha..

Ada la olah sikit2 resepi..
Nak pedas, sy letak je cili potong dua..
Bila tergigit cili padi tu panjang muncung tarikkk sebab pedasss.. Wahahaha..

Eshat pon first time makan KTKF ni..
Nasib baik dia habiskan jugakk..
Kalau tak nanti sy sentapppp.. Whahahahaa..
Yelaa peluh2 masak ni kat dapur goreng kuew teow celup telurrrr.. Hahahaha..

Lepas ni nak try masak apa lagi yea???

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 26 January 2016

Journey of Princess RA : Demam Nak Tumbuh Gigi

Hi & Assalammualaikum..

17hb Jan 2016, Ahad
Ahad tengahari tu pergi rumah mak..
Lepak2 makan tengahari kat sana..
Masa otw dalam kereta tu, perasan mata RA dah bertaik..
Mungkin sebab tengah musim panas kot masa tu..
Petang lepas Eshat habis class balik rumah mak putrajaya pulak..
Lepas maghrib badan RA mula panas..
Petang tu RA tidur, hujan pulak kat luar..
Check suhu badan 39.2c..
Tak lama tu RA dah start mengigil, dia dah start merengek badan panas agaknya..
Makan cepat2 kat rumah MIL, terus siap bawak RA pergi klinik..
Bawak RA ke klinik nak minta advise doc..

Sampai klinik, doc check suhu 38 dc..
Dah turun sikit..
Sebab masa kat rumah MILm sy tuam je badan dia dengan kain basah..
Doc terus decide nak masuk ubat bontot..
Lepas masuk ubat tu, RA merengek sikit..
Tak selesa agaknya..

Doc suruh pantau setiap 2jam suhu badan dia..
Setiap 2jam check suhu badan..
Takut suhu tetiba tinggi sangat boleh sawan tarik..
Pukul 10mlm masuk ubat bontot, 2jam lepas tu panas kebah sikit..
Boleh la lagi RA main2 dengan abah dia pukul 12tengahmalam tu..

Start pukul 1pagi sampai ke pagi badan dia start panas balik..
Tapak kaki sejuk..
Kadang2 mengigil2 RA..
Tidur malam sy pakaikan RA seluar baju lubang2 je biar haba badan tu keluar..
Sambil2 tu tuam je kain basah kat badan & kepala dia..
Dia tidur malam tu memang tak selesa..
Kejap2 jaga minum susu, kejap2 jaga minum susu..
Bila menyusu pon, dalam mulut RA rasa badan je..
Kesian anak ibu :(

18hb Jan 2016, Isnin
Pagi & tengahari sy rendamkan RA dalam air lemon nak bagi suhu badan turun..
Selera makan pon ok masa tu..
Sy bagi makan dia ok je makan, habis pulak tu..
RA dah start batuk & masih selsema..


Bila malam je badan RA panas balik..
Sy tuam kan je dia dengan tuala basah..

19hb Jan 2016, Selasa
Bangun pagi panas badan RA dah kurang sikit
Tengahari sy mandikan lagi RA dengan air lemon..
Biar panas badan dia kurang..

RA dah suka berdiri depan tb sambil pegang2 meja tv tu..
Tetiba masa dia nak berdiri bangun tu, dahi terhantuk kat meja tu..
Mata bengkak sikit..
Adoiiii lah anak ibu ni..


Tidur malam masih tak lena lagi..
Kejap2 bangun menyusu..
Takpe sayang, minum susu ibu banyak2 biar princess cepat sembuh..

Pukul 5pagi kitaorang bagi RA ubat demam..
Badan dia panas sangat,,
Sy risau kena sawan tarik ke apa nanti..

20hb Jan 2016, Rabu
Bangun pagi tu badan RA dah kurang panas..
Ibu EL lagi sebab tak sampai hati nak hantar RA pergi taska dengan dia tak sembuh sepenuhnya..
Biarlah ibu jaga princess masa princess tak berapa sihat ni..


Masa RA tidur siang tu, sy saja la tengok2 gusi dia..
Sekali ada putih putih kat gusi dia,,
Tanya mak, mak cakap haaa nak tumbuh gigi la tu..
Patut la demam.. Huhuhu..

Tidur malam masih lagi tak selesa..
Badan pon panas lagi..
430am RA terjaga, check suhu badan dia 37.5c..
Sy tuam kan je badan dia..

21hb Jan 2016, Khamis
Masih lagi tak hantar RA ke taska..
Tapi haritu tu eshat pulak cuti kerja, sy kerja..
RA bangun pagi tu, batuk teruk tak berhenti..
Kesian tengok dia batuk eshat cakap..
Hampir2 eshat nak call sy suruh balik..


Eshat rendam kan lagi RA dalam bathtub..
Letak leman dan ais seketul sikit untuk keluarkan panas dalam badan RA..
Petang lepas sy balik kerja, bawak RA jumpa doc nak check batuk dia.
Timbang berat RA 7.7kg time tu..
Tak naik banyak sangat..
Mungkin sebab dia tak sihat ni..

22hb Jan 2016, Jumaat
Demam RA dah kebah..
Cuma tinggal batuk & selsema je..
Ibu cuti haritu nak jaga RA biar sembuh sepenuhnya..
Seminggu RA tak pergi taska..

Dah keluar gigi sikit 2 batang belah bawah..
Suka la RA mengigit time menyusu.. Huhuhuhu..
Dah gigit, lepas tu dia senyum..
Oh anak ku sayang!

Love, Rina Ellisa

Monday, 25 January 2016

Muhammad Daiyyan Bin Mohd Nizam

Hi & Assalammualaikum..

Ramai tertunggu-tunggu, tertanya-tanya mana gambar anak eka..
Siapa yang follow cerita adik sy sebelum2 ni tahu dah cerita 2tahun lepas..
Alhamdullilah rezeki eka Allah kurniakan dia anak lagi..
Kali ni dapat baby boy jugak..

Nah, maklong nak tempek gambar anak buah baru maklong kat sini..
Eka & Zam pon dah izinkan nak share gambar anak dia, baru la sy boleh share..
Eka pon dah share gambar daiyyan kat ig & FB dia..
Gambar baby dalam pantang kalau boleh, takyah la share lagi kat laman social..
Biar bby besar sikit baru nak post ke apa..

Tapi ikut la cara masing-masing lain-lain..
Ada orang suka terus publish gambar anak yang fresh fresh lagi..
Ada orang suka publish gambar anak dah besar sikit..
Macam sy dengan eka, lagi suka diam-diam tapi berisi..
Haaa gitau la kekdah nya..
Lagi suka senyap-senyap dari heboh heboh..


Hi, nama sy Muhammad Daiyyan Bin Mohd Nizam..
Jangan ditanya apa maksud daiyyan..
Eka dah bagitau haritu, tapi sy lupaaaaa.. Hehehe..
Selalu ig eka penuh dengan gambar2 RA..
Lepas ni penuh dengan gambar-gambar daiyyan & raudhatul aaishah pulak.. Huhuhu..

Daiyyan pon dah sebulan lebih..
Pandai dah nak borak-borak..
Bila di agah, dah pandai senyum..
Raudhah tengok daiyyan geram je dia..
Nak di capai2 nye sarung tangan & sarung kaki si daiyyan.. Hahaha..
Cepat besar yea daiyyan.. Boleh main rebut2 mainan dengan kakak Raudhah..

Love, Rina Ellisa

Friday, 22 January 2016

Family Is Everything!

Hi & Assalammualaikum..


17 Jan 2016, Sunday


Best nya dapat lepak2 dengan family hujung2 minggu..
Kalau takde hal apa2, datang lepak rumah mak..
Dapat lepak kejap pon jadi la..
Dapat borak2, gosip2, gelak2 ya Allah heaven nye rasa..
Ye la masing2 dah sibuk dengan family sendiri..
Ada masa terluang sikit, tu yang lepak ramai2..

Aidil pon balik break lunch kejap tengahari tu..
Mak pon seronok ramai-ramai makan tengahari kat rumah dia..
Mak masak teluar ayam masak gulai lemak cili padi, ayam goreng, tempe tauhu goreng & sayur campur...
Menu wajib ada sambal cili api.. Fuhhh berpeluh2 makan dengan nasi panas-panas..

Sambil2 tu, sekali harung tunggu adib balik dari Bangkok hari ahad tu..
Tak sabar nak dapat souvenirrrr untuk RA.. Hahahaha..


RA tengok nekNyang tak berkelip..
Dia tenung je nekNyang dengan renungan tajammm.. Hahahaha..
RA memang suka tenung orang tak berkelipppp..
Bahagia nye rasa bila dapat duduk sebelah nenek, nenek pegang anak kita pulak..
Dulu kecik2, nenek yang selalu pangku sy..
Harini nenek yang pangku anak sy.. Tak caya pon ada..


Haa tahun 2015 sekali duaorang mak dapat cucu..
Sepasang lagi tu..
Moga mak makin gumbira dengan ada nya cucu cucu..
Tahun ni duit raya untuk cucu cucu lebih sikit eh mak.. Hihihi..

Uncle cu pon suka main2 dengan anak-anak buah dia..
Cu tengok anak2 buah dia pon geram je..
Dia suka cium2 peluk2 RA & anak ika..


Sayu tengok gambar nenek tengah makan ni..
Dulu tangan tu la yang mandi suap kan sy & adik2 makan semua time mak pergi kerja..
Banyak jasa nenek jaga kitaorang adik beradik kecik2 dulu..
Ya Allah panjangkan la usia nenek ku & moga nenek selalu bawah rahmat Allah swt..

Tunggu punya tunggu, akhirnya adib pon sampai rumahhhh..
Haaa dia keluarkan je barang2 dia beli dari bangkok, berebut2 masing2.. Hahahaha..


Tq paklang belikan RA baju ni..
Memang kena dengan taste iolls.. Huhuhu..
Tq juge bagi beg make up tu..
Dah boleh ganti beg make up yang sedia ada tu.. Wuhuhuhu..

Moga Allah kekalkan kasih sayang antara kami semua hingga akhir hayat..
Love u olls dam much!

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 20 January 2016

Alfatihah Untuk Ayah Nuriesya Nadia

Hi & Assalammualaikum..





Pagi2 jumaat dapat berita dari group whatsapp yang ayah nad meninggal kat mekah..
Baru je tengok nad upload gambar hantar mama & ayah kat klia haritu..
Ya Allah sy baca whatsap time tu mengigil tangan..
Rasa macam tak percaya..
Baru je jumpa ayah nad time kenduri aqiqah nadeem haritu..
Tak sangka tu pertemuaan yang terakhir..

Ayah nad antara yang terpilih menghembus kan nafas dia yang terakhir kat tanah suci mekah..
Tuhan dah aturkan yang baik-baik untuk insan yang terpilih macam ayah nad..
Ayah awak bertuah makcik.. :)

Jumaat malam tu, ada buat tahlil kat rumah atuk nad..
Sy & eshat pergi kejap malam tu..
Dapat jumpa nad & wan jadilah..
Menziarah ahli keluarga yang ada..

Jumpa nad malam tu, dia tenang je..
Sy pulak menahan sebak..
Nad memang tenang je sy jumpa malam tu..
Borak-borak dengan dia macam takde pape jadi..

InsyaAllah nad dah redha dengan perginya ayahanda tercinta dia..
Be strong makcik..
Kite tahu awak memang kuat..


Hari rabu 20 Jan mama nad selamat balik ke sini..
Ya Allah nad seorang yang kuat bila sambut mama dia balik tanpa ayah dia.. T___T
Tak dapat bayangkan kalau sy kat tempat nad..
Semoga ayah awak ditempatkan orang-orang yang beriman makcik, Amin ya Rabb..

Love, Rina Ellisa


Thursday, 14 January 2016

Journey of Princess RA : Happy 9 months!

Hi& Assalammualaikum..

14 Jan 2016, Wednesday

Kejap je RA dah 9bulan..
Cepat betul masa sekarang ni..
Lagi 3bualn RA masuk setahun dahhh..
Huwaaaaa besar dah anak ibu..

9 bulan lepas RA dalam perut ibu tunggu masa nak pop out je!
9 bulan harini RA membesar bagai juara depan ibu abah..
Semoga RA terus membesar dengan sihat, cargas & bijak yea sayang..

Cepat2 jalan, ibu abah nak bawak princess jalan2 ni..
Banyak tempat dah ibu list kan ni.. Huhuhu..
Tak sabar nak bawak princess pergi tempat2 tu..
Sebenarnya ibu dia yang excited nak berjalaaannn.. Hahahaha..
Seronok lain macam kalau nak bawak anak ke tempat2 tu..
Dulu takde anak, nak pergi tempat2 tu pon macam takde feel la..
Ni dah ada anak, seronok teruja lain maciammm.. Hahahah..

Sepanjang 9bulan ni, RA seorang anak yang baik & sedang dijaga..
Bagi susu, bagi makan & kenyang perut dia happy..
Dapat main mainan leka dia main sorang2..

Progress nak masuk 9bulan ni :-
1) Dah pandai bangun duduk dengan sendiri nya
2) Pandai joget2 gerak kan punggong kalau ibu abah dia nyanyi atau dengar lagu yang dia suka
3) Pandai angkat tangan dah kalau kita tanya siapa nama Raudhatul Aaishah angkat tangan
4) Dah mula merangkak.. Tapi kejap je dia angkat punggong nak merangkak.. Lepas tu mengesot balik.. Hahaha
5) Pandai kiss ibu abah, pandai salam cium tangan.. Yang ni dia akan buat ikut mood dia la
6) Pandai direct bf dengan macam-macam gayaaaaa.. Seronok tengok RA time tu.


ibu ngedate dengan princess kat taska!

Sekarang ni, tengahari je ibu ngedate dengan princess..
Siapa tak suka selalu dapat jumpa anakk..
Rasa nak peluk cium anak 24jam je..
Nasib baik la bf mom boleh datang tengahari kat taska..
Kalau tak, sedu jugak ibu tak dapat jenguk2 RA kat taska.. Huhuhu..

Semoga princess sihat selalu, bijak pandai & membesar lagi bagi juaaraaaaa..
Dan selalu ibu doa semoga princess di lindungi Allah swt selalu.. Amin Ya Rabb..
Ibu abah sayang princess so much!!

Love, Rina Ellisa

Sunday, 10 January 2016

Journey of Princess RA : First Week Taska

Hi & Assalammualaikum..

Random pictures kali ni story 1st week RA kat taska..

4 Jan 2016
Hari pertama RA ke taska, ibu abah hantar..
Abah cuti haritu.. Ibu tak cuti, kena kerja..
Lagipon taska RA sebelah office ibu je..
Dari jauh nampak dah bumbung taska.. huhuhu..

RA mesti feeling lain je pagi tu..
Sebab sebelum ni pagi2 dia akan tatap muka makngah & antie cik dia kalau sy hantar dia..
Tapi kali ni dia tengok orang lain yang sambut dia pagi-pagi..
Dengan ramai kawan-kawan lagi..
Harap anak ibu seronok duduk taska ye sayang..
Dan yang paling best sekali, tengahari dapat la sy jenguk2 dia kat taska & main2 dengan RA..

Balik je taska hari first tu, RA tidur petang sampai pukul 9lebih baru bangun..
Memang penat sangat tengok gaya dia tidur tu..
Teacher bagitau dia nak main je kat taska, tidur taknak..
Haaa dah ramai kawan, taknak la tidur..

Lagi satu, RA suka tahan mata nak tidur..
Kadang2 tu sampai merah berair mata dia sebab mengantuk sangat..
Hari 1st kat taska tu, teacher bagi susu lepas tu dia tertidur sendiri..
Haaa yang tu memang dia mengantuk sangat sampai tertidur tu..
Makanan dia pon habis dimakan..
Suka teacher suap RA makan.. Suap je habis, suap je habis.. Huhuhu..

5 Jan 2016
Second day RA pagi sampai tengahari je kat taska..
Eshat cuti, dia suruh ambik anak bawak balik..
Uwaaaaaa baru 1 hari setengah RA duduk taska, baru nak suaikan diri..
Abah dia pulak merindu kat anakkkkkk..
Tengahari hantar sy balik office, RA & abah jalan2 mitsui tinggal ibuuuuuu.. T___T
Tengok gambar second tu, sampai je rumah kemain gelak lagi tengok abah dia agah2 dia..

6 Jan 2016
Hari ke3 RA kat taska, pon masih tahan mata nak tidur belah pagi tu..
Pagi sy hantar dia, lepas tu RA tak tidur2 dah..
Tengahari pukul 12 macam tu baru dia tidur..
Balik rumah, tidur pukul 6lebih sampai 8malam..

Balik petang dalam kereta menangis taknak duduk dalam carseat..
Bila sy angkat senyap..
Sudahnya, sampai ke rumah drive sambil pegang RA.. T__T
Nasib baik la rumah dekat je..

7 Jan 2016

Hari ke 4 sy datang tenghari nak direct bf kan RA, dia tidur..
Tak dapat main2 dengan RA time tu..
Tengok mommies yang lain pegang anak, sedu sorang2 kat tepiii.. Huhuhu..
Nak kejut tak sampai hati pulak sebab tengok dia sedap je tidur..
Dah la RA susah nak tidur..
Takpela bagi la dia tidur puas2..

8 Jan 2016
Hari jumaat tu datang awal sikit jumpa RA..
Tengahari tu nak keluar ada bacaan yassin & makan2 sikit kat rumah officemates..
Jadinya, sy datang awal bf kan RA..
Rindu nanti tak jumpa anak tengahari.. Hihihi..

Hari ke 5 tu baru la RA tidur pagi tu awal sikit dalam pukul 10lebih..
Teacher dukung & dodoikan dia kejap, terus je lelap..
Kalau tak pukul 11 atau 12 baru tidur balik berjaga dari sampai taska pagi2..
Petang balik ambik RA, tengok dia dah selsemaaaaa.. Y___Y

9 Jan 2016

Disebabkan RA selsema, sabtu pagi tu sy mandikan dia air hirisan lemon..
Badan RA pon panas sikit.. Check suhu 7pagi 37.6..
Check suhu sebelum mandi air lemon 36.7 dah..

Malam tu dia tidur pon tak lena, kejap2 bangun merengek..
Kalau selsema sian dia hidung tersumbat..
Terjaga menyusu, sampai tertidur atas badan sy.. Huhuhuhu..
Sian anak ibu..
Bila RA asyik terjaga tu, sy rasa2 badan dia panas sikit..
RA kat taska, aircond memang betul2 atas kepala dia..
Tu yang hari kedua je semua yang datang taska, parents pakaikan stokin kat anak..
Sian diaorang kesejukan..

Lagipun musim panas sekarang ni..
RA duduk dalam taska sejuk, keluar nak masuk dalam kereta panas, masuk dalam kereta sejuk balik..
Haaa kejap sejuk kejap panasss..
Tu lah agaknya tetiba demam mengejut je..

Belah petang demam RA dah reda..
Cuma tinggal selsema je..
Pulun ibu sapu kunyit hidup kat batang hidung RA nak bagi sembuh..

10 Jan 2016
Ahad tengahari nak keluar pergi wedding member eshat..
Sy bersiap, eshat siapkan RA dulu, baru dia bersiap..
Tengah kitaorang bersiap2 tu, letak RA atas katil..
Tiba-tiba RA jatuh katillllllllllllllllllllll...
Sy nampak dari cermin, cepat2 angkat dia..
Terus angkat dia lepas tu dia punya meraungggggg..
Sian anak ibu.. :(
RA tengah duduk time tu, dia nak bangun merangkak kedepan..
Sekali terjatuh kebawah.. Lagipun dia duduk tepi katil..
Tak jangka pon dia akan jatuh sebab eshat ada kat tepi katil tu berdiri..
RA betul2 jatuh kat tepi kaki eshat..
Eshat pon tak sempat sambut RA..
Tu la orang cakap, malang tak berbauuuu..

Nak keluar jalan, time tu la dia jatuh katil..
Bengkak sikit bibir atas haritu.. Hihiihi..

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 5 January 2016

Planner 2016 Dari Shakina Farhan

Hi & Assalammualaikum..

Kita masih di awal tahun 2016 lagi ni kan..
Boleh list kan plan apa nak buat tahun 2016 ni..
Tapi kena ada dairi atau planner dulu..
Baru la best & smooth je kita punya plan nanti sebab ada rekod & bertulis..

Tahun 2015 sy guna 1 dairi je yang company bagi..
Tu pon dah bercampur dengan office & personal punya..
Kadang2 tulis hal2 personal dalam note book kecik dalam handbeg.. T__T
Bila nak carik info & refer lupa dah tulis kat mana sebab banyak sangat buku notaaaa. Hahahaa..

Untuk tahun 2016 ni, nak kena ada proper planner..
Lagi2 dah ada anak ni, tak semua benda kita ingat..
Kadang2 kat office dah ingat nak beli barang anak..
Bila sampai kedai terusss lupaaaa..
Yela dah jadi ibu2 ni semua benda kena ingat & fikir..
Tu belum fikir malam nak masak apa..
Dalam kereta otw balik rumah duk berlegar je dalam kepala apa la nak masak malam nanti..

Jadi bila scroll instagram terjumpa la blogger shakina farhan post yang dia jual planner 2016..
Usha2 IG dia, terus ajak2 akak2 office terjebak sama membeli planner tu.. Hahahaha..
Terjebak la kak ana & kak sha membeli nye juge..
Beli 3 planner, free postage.. Jimat jimattttt!

second batch preorder!

Disebabkan 1st order dah habis di jual, shakina open preorder untuk 2nd batch..
Nak order sampai 14 Jan 2016 je & delivery mula 18 Jan 2016..
Lepas ni shakina tak restock dah..
Harga RM30 sebuah + RM6 postage..
Kalau beli 3 buah dapat free postage..

Kenapa sy suka planner 2016 shakina farhan ni?
Meh baca kat bawah ni list dari blog shakina farhan..

Description: 
Size - A5
160 pages full color printing (80 sheets - 100gsm paper)
Black hardcover with UV spot printing
Black wire-o binding

Special features : 
12 months daily checklist
Ramadhan ibadah checklist
Ramadhan menu planner
Monthly expense tracker
Monthly bills to pay checklist
Cleaning checklist
Fitness checklist
52 weeks saving challenge

Boleh terjah entry shakina untuk detail lagi berkenaan planner 2016 ni..
Nak terjah ig pon boleh @shakinafarhan & @plannerhut..
Ni no whatsapp shakina 013 2126 952 kalau sesiapa nak order last 14 Jan 2016 tau!


Dapat dah planner 2016..
Hari rabu minggu lepas order, hari isnin ni dapat dah..
Lambat sikit sampai sebab hari jumaat minggu lepas kan public..
Tak sabar nak tulis macam2..
Lagi2 nak record perkembangan Raudhatul Aaishah.. :)


2 dairi untuk tahun 2016 ni..
Satu dairi dari company untuk office, satu lagi dairi dari shakina farhan untuk personal..
Lepas ni takyah conteng2 dah dalam buku2 kecik dalam handbeg..
Bawak je ke mana mana planner ni..

Setelah di belek2 setiap helaian planner tu, antara yang menarik minat sy ialah page 52 weeks saving challenge..
Minggu 1 kumpul RM1, minggu 2 RM2 dan ikut la minggu minggu seterusnya..
Hujung tahun ni kita shopping hasil duit kumpul tuuuuu.. Hahahaha..

Sekian review ikhlas dari hati, Rina Ellisa

Monday, 4 January 2016

Journey of Princess RA : First Day Taska

Hi & Assalammualaikum..

4 Jan 2016, Monday

Cerita first day RA ke taska adalah????

Pagi2 lagi abah dah mandikan & siap2 kan RA..
Ibu pagi2 dah bersilat kat dapur sediakan susu & makanan RA..
Malam tadi dah letak susu frozen kat chiller, tapi pagi still keras lagi..
Jadinya, kena cairkan lalukan susu bawah air paip, lepas tu baru tuangkan ke dalam bottle storage..
Harini bekalkan 6 botol susu kat RA..
Tak tau lagi nak budget berapa botol RA minum kat taska..
Selalu nya hantar kat eka, bawak je 4 atau 5 susu dalam plastik..
Tapi ni dah hantar ke taska, kena letak siap2 dalam storage bottle supaya senang cikgu nak panaskan & bagi RA minum..

Selfie dulu!
Muka masam & mengantok princess pagi2.. Hihihi..
Tau ke sayang ibu abah nak hantar RA ke taska..

Puree betik RA sy dah siapkan weekend haritu..
Bubur nasi pon dah siap masak malam tadi..
Pagi tag nama kat tupperware & letak dalam cooler bag je..

Eshat cuti kerja harini..
Dapat lah teman sy hantar RA ke taska..
Kalau sorang2 ibu hantar RA, memang kena kuat mental fizikal la nak tinggalkan anak sorang2..
Atleast eshat ada temankan, kental jugak la hati ni..
Kalau tak memang drama airmata depan taska RA tu.. Huhuhu..
Dah nak sampai taska, sy cakap2 dengan RA pon dah sebak & tahan airmata dari merebesssss..

Pagi sampai taska, punch card dulu kedatangan RA & ada lagi parent yang hantar anak lagi..
Bagi barang2 & brief sikit pasal RA kat cikgu..
Cikgu nak ambik RA, dia berpaling taknakkkk.. Hahahaha..


Cikgu ambik, letak dekat2 dengan kawan2 sebaya dia..
Lepas tu dia scan sorang2 yang ada kat situ.. Hihihi..
Agak nya dia tengok sekeliling lain je pagi2..
Selalu pagi2 dah nampak muka makngah & aunty cik dia..
Harini tengok ramai pulak kawan2 yang sebaya lebih kurang dia je..

Dah bagi RA kat cikgu, sy & eshat tengok RA dari luar je..
Lama jugak kitaorang stay kat luar pintu tu.. Sejam ada! Hahahaa..
Mula2 tu RA senyap je tak bergerak dari tempat duduk dia..
Kawan2 yang duduk sekeliling dia pon cuit2 dia, dia senyap je.. Hahaha..
Lepas tu sy minta izin cikgu masuk ambik RA nak susu kan dia & nak tidurkan dia.
Masuk bilik menyusu, susukan dia taknak tidur jugak..
Agaknya excited tengok kawan ramai2 kot..


RA dah start beralih dari tempat duduk dia..
Kalau tak duduk kaku jeeee.. Hahaha..
Habis rumput2 teacher kat dinding tu ha diaorang cabut2..

sian dia main sorang2 dalam baby cot tu..

Eshat hantar sy masuk office, lepastu dia pergi balik taska tengok RA..
Eh ni abahnya excited + risau lebih ni anak duduk taskaaaa.. Hahahaha..
Eshat bagitau RA senyap je tengok ada 2 3 orang kawan2 dia menangis..
Tapi bila Teacher kulur kilir depan dia, muka sedih je nak nangis mintak di ambil lattuwww..

8 months 21 days
Happy eh datting dengan ibu tengahari?

Tengahari tu sy datang taska jenguk RA..
Time tu RA baru sejam tidur..
Cikgu ambik dia & sy susu kan dia sekejap..
Waktu menyusu dari pukul 1-2pm je..
Lepas tu sila la mak2 masuk office balik yeaaa..

Balik petang ambik RA, tengok dia tengah tidur terlentang je dalam baby cot..
Macam penat sangat je gaya nye tidurrr..
Penat main ke sayang..
Esok ibu hantar RA pergi taska lagi yea..

Hari pertama RA kat taska alhamdullilah semua nya ok..
RA merengek sikit2 je nak ada orang duduk dengan dia..
Baby cot pon sorang satu setiap baby..
Locker pon sorang satu..
Fridge pon bersih untuk letak susu2 ibu..
Sy pon kena adjust time pagi2..
Baru first day, tak dapat lagi adjust time pagi2..

Moga anak ibu selalu di lindungi Allah swt bila duduk kat taska ni & baik2 je duduk taska..
Moga cikgu2 yang jaga RA pon baik2 & penyabar.. Amin Ya Rabb...

Love, Rina Ellisa

Sunday, 3 January 2016

Journey of Princess RA : Persediaan Ke Taska

Hi & Assalammualaikum..

First time nak hantar RA masuk taska..
Blur jugak nak sediakan apa..
Kalau tengok pada senarai barang2 yang taska bagi barang2 basic baby..
Tapi berapa hari jugak la sy memikirkan apa yang nak di sediakann.. Hadoiiii..

Dokumen :-
- borang pendaftaran
- yuran
- salinan surat beranak, mykid, gambar, ic & gambar parents & emergency contact

29 Dec 2015
Bawak RA ke kedai gambar nak ambik gambar passport dia..
Kena bagi ke taska 3 keping & 1 keping kena tampal kat buku harian taska..
Penat la kitaorang agah2 dia suruh senyum, sikit pon taknak senyumm.. Hahahaha..


Taraaaaaaaaaaaa ini lah hasil nya..
Susah sangat nak senyum..
Comil princess ibu!


Senarai barang keperluan anak :-
- toto kecik
- selimut
- bantal
- baju
- pampers
- barang2 mandi
- minyak angin, minyak rambut
- botol susu
- termometer
- tuala mandi
- tuala kecik
- bib
- pencuci botol pureen
- susu secukupnya
- makanan secukupnya
- plastik untuk baju kotor baby

Sy sediakan bakul kecik untuk letak segala minyak2 RA..
Takde la bersepah2 letak dalam locker dia nanti..
Kat taska nanti setiap baby, sorang satu locker..
So ok la takde bercampur2 barang nanti..

Selimut, tuala, lampin & toto semua kena tulis nama..
Nampak macam comot sikit la bila dah ber label dengan marker pen tu ha..
Tpi kalau tak tulis nama, tertukar pulak nanti..


Setiap baby di bekalkan sebuah buku harian..
Tiap2 hari parent akan update apa yang di bawak & buat note atau pesanan pape dalam buku tu..
Nanti bagitau teacher direct takut teacher lupa pulak nanti..
Atleast ada tulis dalam buku ni teacher boleh refer..
Semangat ni ibu siap balutkan lagi buku harian RA..
Nanti takde la basah ke kulit buku tu..


Dah pandai berdiri sendiriii..
Tak boleh tinggal kan dia sorang2 dah..
Fuhhhh Fuhhhhh.. #urutdadaibudibuatnyaaaaa..

Ibu sibuk mengemas, dia pon sibuk jugak buat sepah.. Habis barang2 dalam box dia keluarkan.. Cotton bud pon habis dia terabur kannnn T__T

Baju2 dah siap letak dalam bag..
Barang2 mandi, minyak2 angin pon dah siap label nama RA..
Bantal pon dah siap sarung semua..
Tinggal susu & makanan je prepare masuk kan dalam cooler bag pagi2 nanti..

Ibu mana tak risau nak tinggalkan anak kat taska..
Hari2 terpikir macam mana la RA duduk taska nanti..
Ok ke dia? Menangis tak dia? Cukup minum susu ke tak? Cukup makan ke tak?
Kalau makin di pikirkan, memang macam2 benda berlegar2 kat kepala ni..
Doa je banyak2 semoga RA ok je nanti kat taska..
Harap2 RA ok duduk taska nanti, Allah selalu jaga & lindung RA.. Aminn..
Takpe tenghari je ibu pergi tengok RA kat taska ye sayang..
Lepas ni tengahari je kita ngedate ye princess!! :)

Love, Rina Ellisa