Followers

Thursday, 14 January 2016

Journey of Princess RA : Happy 9 months!

Hi& Assalammualaikum..

14 Jan 2016, Wednesday

Kejap je RA dah 9bulan..
Cepat betul masa sekarang ni..
Lagi 3bualn RA masuk setahun dahhh..
Huwaaaaa besar dah anak ibu..

9 bulan lepas RA dalam perut ibu tunggu masa nak pop out je!
9 bulan harini RA membesar bagai juara depan ibu abah..
Semoga RA terus membesar dengan sihat, cargas & bijak yea sayang..

Cepat2 jalan, ibu abah nak bawak princess jalan2 ni..
Banyak tempat dah ibu list kan ni.. Huhuhu..
Tak sabar nak bawak princess pergi tempat2 tu..
Sebenarnya ibu dia yang excited nak berjalaaannn.. Hahahaha..
Seronok lain macam kalau nak bawak anak ke tempat2 tu..
Dulu takde anak, nak pergi tempat2 tu pon macam takde feel la..
Ni dah ada anak, seronok teruja lain maciammm.. Hahahah..

Sepanjang 9bulan ni, RA seorang anak yang baik & sedang dijaga..
Bagi susu, bagi makan & kenyang perut dia happy..
Dapat main mainan leka dia main sorang2..

Progress nak masuk 9bulan ni :-
1) Dah pandai bangun duduk dengan sendiri nya
2) Pandai joget2 gerak kan punggong kalau ibu abah dia nyanyi atau dengar lagu yang dia suka
3) Pandai angkat tangan dah kalau kita tanya siapa nama Raudhatul Aaishah angkat tangan
4) Dah mula merangkak.. Tapi kejap je dia angkat punggong nak merangkak.. Lepas tu mengesot balik.. Hahaha
5) Pandai kiss ibu abah, pandai salam cium tangan.. Yang ni dia akan buat ikut mood dia la
6) Pandai direct bf dengan macam-macam gayaaaaa.. Seronok tengok RA time tu.


ibu ngedate dengan princess kat taska!

Sekarang ni, tengahari je ibu ngedate dengan princess..
Siapa tak suka selalu dapat jumpa anakk..
Rasa nak peluk cium anak 24jam je..
Nasib baik la bf mom boleh datang tengahari kat taska..
Kalau tak, sedu jugak ibu tak dapat jenguk2 RA kat taska.. Huhuhu..

Semoga princess sihat selalu, bijak pandai & membesar lagi bagi juaaraaaaa..
Dan selalu ibu doa semoga princess di lindungi Allah swt selalu.. Amin Ya Rabb..
Ibu abah sayang princess so much!!

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. Alahai..comelnyer die...best lah kan taska dekat..le tgok.slalu..

    ReplyDelete