Followers

Sunday, 10 January 2016

Journey of Princess RA : First Week Taska

Hi & Assalammualaikum..

Random pictures kali ni story 1st week RA kat taska..

4 Jan 2016
Hari pertama RA ke taska, ibu abah hantar..
Abah cuti haritu.. Ibu tak cuti, kena kerja..
Lagipon taska RA sebelah office ibu je..
Dari jauh nampak dah bumbung taska.. huhuhu..

RA mesti feeling lain je pagi tu..
Sebab sebelum ni pagi2 dia akan tatap muka makngah & antie cik dia kalau sy hantar dia..
Tapi kali ni dia tengok orang lain yang sambut dia pagi-pagi..
Dengan ramai kawan-kawan lagi..
Harap anak ibu seronok duduk taska ye sayang..
Dan yang paling best sekali, tengahari dapat la sy jenguk2 dia kat taska & main2 dengan RA..

Balik je taska hari first tu, RA tidur petang sampai pukul 9lebih baru bangun..
Memang penat sangat tengok gaya dia tidur tu..
Teacher bagitau dia nak main je kat taska, tidur taknak..
Haaa dah ramai kawan, taknak la tidur..

Lagi satu, RA suka tahan mata nak tidur..
Kadang2 tu sampai merah berair mata dia sebab mengantuk sangat..
Hari 1st kat taska tu, teacher bagi susu lepas tu dia tertidur sendiri..
Haaa yang tu memang dia mengantuk sangat sampai tertidur tu..
Makanan dia pon habis dimakan..
Suka teacher suap RA makan.. Suap je habis, suap je habis.. Huhuhu..

5 Jan 2016
Second day RA pagi sampai tengahari je kat taska..
Eshat cuti, dia suruh ambik anak bawak balik..
Uwaaaaaa baru 1 hari setengah RA duduk taska, baru nak suaikan diri..
Abah dia pulak merindu kat anakkkkkk..
Tengahari hantar sy balik office, RA & abah jalan2 mitsui tinggal ibuuuuuu.. T___T
Tengok gambar second tu, sampai je rumah kemain gelak lagi tengok abah dia agah2 dia..

6 Jan 2016
Hari ke3 RA kat taska, pon masih tahan mata nak tidur belah pagi tu..
Pagi sy hantar dia, lepas tu RA tak tidur2 dah..
Tengahari pukul 12 macam tu baru dia tidur..
Balik rumah, tidur pukul 6lebih sampai 8malam..

Balik petang dalam kereta menangis taknak duduk dalam carseat..
Bila sy angkat senyap..
Sudahnya, sampai ke rumah drive sambil pegang RA.. T__T
Nasib baik la rumah dekat je..

7 Jan 2016

Hari ke 4 sy datang tenghari nak direct bf kan RA, dia tidur..
Tak dapat main2 dengan RA time tu..
Tengok mommies yang lain pegang anak, sedu sorang2 kat tepiii.. Huhuhu..
Nak kejut tak sampai hati pulak sebab tengok dia sedap je tidur..
Dah la RA susah nak tidur..
Takpela bagi la dia tidur puas2..

8 Jan 2016
Hari jumaat tu datang awal sikit jumpa RA..
Tengahari tu nak keluar ada bacaan yassin & makan2 sikit kat rumah officemates..
Jadinya, sy datang awal bf kan RA..
Rindu nanti tak jumpa anak tengahari.. Hihihi..

Hari ke 5 tu baru la RA tidur pagi tu awal sikit dalam pukul 10lebih..
Teacher dukung & dodoikan dia kejap, terus je lelap..
Kalau tak pukul 11 atau 12 baru tidur balik berjaga dari sampai taska pagi2..
Petang balik ambik RA, tengok dia dah selsemaaaaa.. Y___Y

9 Jan 2016

Disebabkan RA selsema, sabtu pagi tu sy mandikan dia air hirisan lemon..
Badan RA pon panas sikit.. Check suhu 7pagi 37.6..
Check suhu sebelum mandi air lemon 36.7 dah..

Malam tu dia tidur pon tak lena, kejap2 bangun merengek..
Kalau selsema sian dia hidung tersumbat..
Terjaga menyusu, sampai tertidur atas badan sy.. Huhuhuhu..
Sian anak ibu..
Bila RA asyik terjaga tu, sy rasa2 badan dia panas sikit..
RA kat taska, aircond memang betul2 atas kepala dia..
Tu yang hari kedua je semua yang datang taska, parents pakaikan stokin kat anak..
Sian diaorang kesejukan..

Lagipun musim panas sekarang ni..
RA duduk dalam taska sejuk, keluar nak masuk dalam kereta panas, masuk dalam kereta sejuk balik..
Haaa kejap sejuk kejap panasss..
Tu lah agaknya tetiba demam mengejut je..

Belah petang demam RA dah reda..
Cuma tinggal selsema je..
Pulun ibu sapu kunyit hidup kat batang hidung RA nak bagi sembuh..

10 Jan 2016
Ahad tengahari nak keluar pergi wedding member eshat..
Sy bersiap, eshat siapkan RA dulu, baru dia bersiap..
Tengah kitaorang bersiap2 tu, letak RA atas katil..
Tiba-tiba RA jatuh katillllllllllllllllllllll...
Sy nampak dari cermin, cepat2 angkat dia..
Terus angkat dia lepas tu dia punya meraungggggg..
Sian anak ibu.. :(
RA tengah duduk time tu, dia nak bangun merangkak kedepan..
Sekali terjatuh kebawah.. Lagipun dia duduk tepi katil..
Tak jangka pon dia akan jatuh sebab eshat ada kat tepi katil tu berdiri..
RA betul2 jatuh kat tepi kaki eshat..
Eshat pon tak sempat sambut RA..
Tu la orang cakap, malang tak berbauuuu..

Nak keluar jalan, time tu la dia jatuh katil..
Bengkak sikit bibir atas haritu.. Hihiihi..

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. Wah..best taska die ada air cond...comel je...snng jaga..suka main2 ek..

    ReplyDelete