Followers

Monday, 29 February 2016

Journey of Princess RA : Playground

Hi & Assalammualaikum..

29 Feb 2016, Monday

Dah 2 3 kali bawak RA jalan2 pusing2 playround kat taman rumah tu..
Kesian pulak dia satu hari kat taska, sekali sekali bawak dia jalan petang2 ambik angin..
Sy sampai rumah je petang tu, eshat dah tunggu depan rumah nak bawak anak dara dia jalan2 taman..


Suka princess ibu dapat jalan2 kan..


RA suka tengok kapal terbang lalu atas kepala dia..
Bila dengar je bunyi kapal terbang, laju je tegur..
Pagi2 dalam kereta otw hantar ke taska, nampak je kapal terbang baru nak naik, kemain lagi menegur..
Bising mulut dia.. Agaknya nak bagitau kot dia nampak kapal terbang tu.. Hihihi..



Ibu feeling seseorang, RA pandang kawan2 main larik2.. Huhuhu..


Peace yawww!!!



Apa la yang di borak kan 2beranak tu..


Apa la princess nak cakap kat ibu tu kan???


Haa tengok kawan2 lari2..
Princess dah boleh jalan nanti main dengan kawan2 ye..


Dapat lepak kejap je kat taman tu..
Hari pon dah nak senja..
Balik ikut jalan jauh sikit sebab nak bawak RA pusing2 taman..
Nanti kita jalan2 playground lagi ok sayang ibu..

Love, Rina Ellisa

Sunday, 28 February 2016

P&D Glomorous Nite 2016

Hi & Assalammualaikum..

27 Feb 2016 (Sat), Shangri-La Putrajaya

Bertema kan warna hijau & unggu untuk dinner P&D kali ni..
Haaa kira selamat la sy sebab baju2 kahwin sy ada warna hijau & unggu.. Yeahh!!!

Event P&D kali ni terpilih tarikh dekat sangat nak submit KPI 2015..
Haaa memang jemm kepala terkejar2 buat 2benda satu masa..
Mana nak siap kan KPI, mana nak buat preparation dinner..
Masing2 kena ambik tugas & sama2 buat kerja..
Maka berjaya juga lah dinner P&D ni..


#ootd dinner P&D malam tu..
Dapat la jugak merasa pakai balik dress kahwin ni..
Sy memang suka suka suka suka sangat baju songket kahwin ni..
Hari2 masuk bilik baju, hari2 tengok baju songket ni sebab cantikkkkkkkkkkkkkk..
Sorry iolls tak move on lagi dengan baju kahwin sendiri walaupon dah masuk tahun kedua kahwin.. Huhuhu..

Haritu ada bagitau eshat nak pakai pergi wedding..
Dia cakap jangan buat hal nak over sangattt.. Hahahahaa..
Nasib baik dapat jugak pakai time dinner tu..
Itu pon last2 minit eshat tak bagi pakai sebab dia kata overrrrr.. Hahahaha..
B, bagi can la pakai lagi sekali..
Bila lagi nak pakai lepas ni.. Huhuhu..

Cuma tudung je beli shawl, kasut pon pakai balik kasut kahwin tahun 2014 tu..
Crown je la tah pakai..
Make up sendiri je..
Kang kalau pakai terlebih overrr.. Huhuhu..


Bergambar dulu dengan photobooth..
Gigi wanita wanita p&d (officemates) kerah idea & tenaga hasil kan photobooth ni..
Tengahahari sebelum event malam tu, ramai2 turun set up photobooth ni..
Balllon & paper wheel tu dah siap2 buat kat office..
Seminggu pulun buat benda tu semua..
Hasil nye sangat dabommmm!!
Lepas ni boleh bukak service sewakan photobooth akak2 uiii... Huhuhu..


Partner bergambar kalau ada dinner..
Sifu MUA ku jugak kak Aida ni..


Suka suka suka gambar ni..
Candid habis..
Kitaorang ber5 siap kat hotel petang tu..


 Selfie dulu sebelum event mula..


Iolls suka gambar candid dengan kak kin ni! :D
Habis sesi2 bergambar & bagi doorgift kat luar, masuk ballroom nak mula kan event..

Dimulakan dengan baca doa, lepas tu makan..
Sambil2 tu mula kan acara..
Antaranya tukar2 hadiah, lucky draw & anugerah khas, best shoes, best dress & show dari wanita2 P&D yang berbakat..
Last skali group photo..


Tukar2 hadiah, kak Ziah dapat nama sy..


Dah dapat hadiah, sy kena ceritakan sikit nama orang yang sy nak tukar hadiah tu..
Dupdapdup atas stage kena bercakap.. Hahahaha..
Selalu iolls belakang tabir je kat office..


Haaaa kak sha dapat hadiah dari sy..
Harap kak sha suka yea..


Eh dapat lucky draw jugakk..


Lepas tu menang best shoes..
Haaa kena buli la cat walk atas stage tu..
Adudududu lagi sekali kena naik atas stage..
Walaupun malu2 tapi buat jela.. Hahahaha..


 Rejeki pakai kasut kahwin 2014.. Hehehe..


Last sekali ambil gambar ramai2 dulu sebelum balik..
Tq uolls yang memeriahkan dinner p&d 2016 ni..


Habis bergambar kat dalam, sambung bergambar kat photobooh luar..



Bergambar selagi boleh..


Akak menang besarrrrrrrrrrrrr!


Hadiah dapat malam dinner p&d tu :-

1) hand mixer
2) cermin ikea
3) fridge magnet
4) frame ikea
5) iron


Yang paling best dapat hand mixer ni..
Dari kak ziah masa tukar2 hadiah..
Boleh buat cookies RA nanti..
Jumpa nest event uolls..

Love, Rina Ellisa

Saturday, 27 February 2016

Preloved Madness Sale - Day 2

Hi & Assalammualaikum..

7 Feb 2016, Sunday

Kerja gila apa sy buat ni 2hari berturut pergi PMS tu.. Hahahaha..
Ahad tu tengahari pergi kenduri dulu dengan mak & eka..
Lepas tu baru pergi PMS kat bangi gateway tu..


Eshat ada class hari ahad tu, sy bawak RA kena la pakai carrier ni..
Haa senang sikit nak bergerak..
Pergi kenduri kahwin, letak dia dalam carrier ni lena dia tidur..
Dapat sy makan dengan amann..


Muka baru bangun tidurr..


RA suka cium2 daiyyan..
Daiyyan pon senyap je apa kakak buat kat dia..
Tunggu sy besar ye kakak, nanti sy buli kakak pulak.. Hahahaha..


RA & ibu..
Intan payung ibu ni..

Lepas tu terus gerak ke bangi gateway..
Eka pon dah tak sabar2 nak tengok PMS tu..


RA, ibu & makngah..


Dapat la jugak beli skirt & baju..
Barang2 untuk RA dapat, untuk ibu pon dapat..


Ni la suasana hari kedua PMS tu..
Orang pon tak berapa ramai sangat macam hari pertama sy pergi tu..
Baju2 ada yang diaorang lambak kan kat bawah je untuk pilih2..
Hari kedua pergi sy beli barang2 dan baju2 sy je..
Baju semua separuh harga..
Ada yang bawah RM10 pon ada..
Tahun depan boleh pergi lagi jalan2 cuci mata & cuci poket sekali!

Love, Rina Ellisa

Friday, 26 February 2016

Preloved Madness Sale - Day 1

Hi & Assalammualaikum..

6 Feb 2016 (Sat), Bangi Gateway

Janji dengan Faezah lepas maghrib gerak..
Siap2, pukul 7lebih keluar rumah, pukul 830 sampai..
Sampai2 tu tengok parking penuh..
Sekali masuk je BG tu, haaa ramai dah beratur..
Ada yang beratur start pukul 8pm hari jumaat malam pon ada..
Gigih nya diaaa..

PMS ni diaorang jual barang2 preloved yang masih elok..
Ada tu barang2 yang tak pakai lagi pon ada..
Eka la tag kat ig pasal PMS ni..
Hari2 lah duk usha ig PMS tengok barang2 dia upload yang akan ada kat PMS ni..


Ni crew PMS get ready pukul 9am dia nak lepaskan orang masuk membeli..


Ni dia orang beratur panjang menjela..
Sambil2 tengah beratur tunggu diaorang nak lepaskan masuk sikit2, crew PMS datang seal beg utk elakkan kecurian..
Time ni perut dah mula bunyik2 laporrr..
Maklum la pagi2 tak sempat breakfast..


Lebih kurang setengah jam jugak la beratur menunggu baru lepas masuk dalam tu..
Kira setiap 5minit macam tu barisan bergerak kedepan..
Dari jauh membara je tengok orang berebut2 pilih ambik barang.. Huhuhu..


930am macam tu sy dah nak sampai pintu masuk..
Time ni tengok je org2 dalam tu rakus memilih barang..
Ada penuh tangan kiri kanan letak barang..
Haishhhh mengugat betul..


Eh tetiba gambar princes..
RA tinggal dengan antie cik kejap kat rumah..
Taknak bawah dia.. Takut dia tak selesa nanti & lama tunggu ibu membeli belah cuci mata.. Hhehehe..
Bangun je terus tengok tv..


Faezah & the geng..
Terasa muda remaja pulak keluar dengan diaorang semua..
Rasa macam belum kahwin.. Kihkihkih..




Ni ha suasana dalam PMS tu..
Penuh & ramai orang..
Kat ruangan beg & kasut tersangat padat!
Nak mencelah nak tengok pon takdapat sebab orang berhimpit2..
Orang dah reda, baru sy jenguk2 tengok beg & kasut..
Nasib baik dapat jugak beg..

Sy masuk je terus tuju ke barang2 baby..
Tak rasa sangat nak beli untuk diri sendiri..
Cari barang anak dulu..
Bahagian barang2 baby tak ramai orang..
Boleh pilih belek satu satu barang..


Pukul 930am masuk dalam tu, dekat pukul 12pm baru keluar..
Bayangkan berapa jam duduk dalam tu pusing2 belek2 barang..
Memang mengila betul la..
Macam2 ada tudung baju beg kasut jubah jaket & segala2 nya la barang2 perempuan..


Ni lah hasil berejam duduk dalam PMS tu..
Ni pon dah sorting mana yang nak mana yang taknak..
Kalau tak, jenuh la nak menjawab dengan eshat nanti.. Hahahaha..

Barang yang di beli
1) Beg Hello Kitty
2) Beg Sling
3) Boots untuk RA
4) Shoe untuk RA
5) Snowcape
6) Sweater
7) Tudung 6 helai
8) Blouse
9) Baju untuk RA & Daiyyan 2 helai

Free item
1) Sungales
2) Storage plastik
3) Casing iphone
4) Cluth
5) Tshirt

Total damage : RM61

Bayangkan barang banyak ni RM61 je..
Haaa memang berbaloi-baloi..
Next year kena join lagi PMS ni..
Diaorang buat PMS ni setahun sekali je..


Haaa kena buli sayang ibu ni. Hahahha..

Love, Rina Ellisa

Monday, 22 February 2016

#Tips - Natural Remedies Anak Demam

Hi & Assalammualaikum..

Ni tips sy dapat dari FB..
Berguna jugak untuk sy bila anak demam batuk selsema..
Kadang2 tu blur apa nak buat..
Haa ni dah tepek kat blog, boleh la jengah2 blog kalau lupa..







Sama sama kita jadi pawang untuk anak & jadikan dapur kita farmasi..

Love, Rina Ellisa