Followers

Tuesday, 16 February 2016

Journey Of Princess RA : Check Up 10 Months

Hi & Assalammualaikum..

16 Feb 2016 (Tues), KK Dengkil


Berat - 8kg
Panjang - 71cm
Lilit Kepala - 45cm
BMI - 15.8kg

Kali ni abah teman lagi check up RA..
Sebab utama ialah susah nak parking kalau kat KK Dengkil tu..
Dah la klinik ibu anak tu atas bukit, parking kereta kena ke bawah bukit sikit & jalan sempit..
Haritu pernah sekali pergi check up berdua je dengan RA, haa kelam kabut jadi nya..
Dengan nak carik parking lagi, dengan nak register lagi, dengan RA menangis nak menyusu lagi..
Dengan nak dengar2 no giliran lagi dari bilik menyusu..
Oh cukup la sekali check up berdua je dengan RA..
Lepas hi eshat mesti teman kan..

Haritu pernah viral kat FB suami teman isteri check up bulan2 kat KK tu..
Sy lagi suka & nak husband teman kan..
Sebab nya dia boleh pegangkan RA sementara sy register semua..
Dia boleh dengar2 kan no giliran bila sy pergi menyusukan RA..
Kalau RA dah bosan duduk, eshat akan bawak jalan pusing pusing satu klinik tu..
Check up klinik KK mana nak pernah sekejap.. Mesti lama punya..
Anak pon jadi bosan sebab lama menunggu..
Tu penting nya kalau husband ikut hantar kita ke KK untuk check up anak..
Eh menjela pula dah luahan perasaan yang orang duk viralkan kat FB tu..

Check up RA kali ni semua nya ok..
BMI, berat, tinggi pon ok..
Nurse dah suruh start bagi telur rebus kat RA..
Nanti nak injection setahun nak tahun ada elergic telur ke tak..

Habis check up, ibu hantar RA pergi taska lepas tu ibu masuk office & abah pon pergi kerja..
Dalam kereta otw ke taska, RA lena betul tidur..
Mengantuk sangat la tu dari pagi tak tidur..
Next check up 19 April 2016 hari selasa..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment