Followers

Tuesday, 15 March 2016

Journey Of Princess RA : Happy 11 Months!

Hi & Assalammualaikum..

14 March 2016, Monday

Lagi sebulan RA nak setahun..
Ada satu haritu kat meja makan..
Eshat duk cakap cakap la dengan RA..
"Kejap je dah besar anak abah"
"Dulu baru2 lahir RA duduk hospital seminggu, sedih je abah"
"Tangan kiri kanan kena cucuk masuk kan ubat hari hari"
Yang sy duduk sebelah ni dah terdiam menahan sebak..
Apa punya dialog daaa..
Buat orang touching je.. Huhuhu..

14 March RA sebelas bulan..
Terlalu cepat masa berjalan..
Tak puas rasa nya ibu abah nak gomol2 RA..
Bulan depan RA dah setahun pon..

Progress dari 10bulan nak ke 11bulan :-

Berdiri Lepaskan Tangan
Bila berdiri nak lepas2kan tangan
Kita ni takut kalau dia jatuh ke apa..
Tapi dia selamber je dia berdiri joget2 lagi..
Adudududud anak ku..

Nak salam orang
Pandai dah hulur tangan nak salam orang..
Itu pon ikut mood dia la..
Kalau mood dia terlebih ok berkali kali dia nak salam orang tu.. Hahahaha..

Buat Flying Kiss
Lepas salam automatic nak buat flying kiss..
Tapi pandai buat lekapkan tapak tangan kat mulut jela..
Tak lepas pon kisss dia tu.. Huhuhu..
Lepas tu buat bunyik "muahhh"..

Suka Goyangkan Badan
Pantang dengar muzik sikit, laju je gerak2kan badan..
Dan paling suka bila dengar lagu didi..
Haaaa laju je gerak2 kan punggung diaa tuu..
Bila dengar lagu kalau rasa gembira tu, pandai hentak2 kaki dah..

Kat taska, teacher cerita..
Teacher biarkan anak2 semua dalam baby coat, lepas tu pasangkan lagu didi..
Haaa semua berjoget dalam baby coat..
Habis baby coat diaorang goyang2 kan.. Hahahaha..
Haaa punya kuat pengaruh lagu didi & friends tu..

Suka Makan
Bagi la apa je, laju je makan..
Buat masa ni sy banyak bagi dia buah-buahan je untuk dia kudap-kudap..
Sy control lagi pemakanan dia..
Snack instant sy memang tak akan bagi..
Puree & bubur dia sy rela buat sendiri dari bagi cerelac atau apa2 biskut readymade..
Nanti nak buatkan RA cookies bila free..
Tepung atta dah beli..

Melangkah 2 tapak
Petang kat rumah lepas balik dari taska tu, saje la sy tatihkan RA..
Lepas kan tangan dia, dia melangkah dua tapak je..
Ya Allah best nye tengok walaupon sekejap je dia melangkah tu..
Tak sabar nak tengok RA berjalan..

13 Mar 2016, 10months 29Days

Selamat ulangbulan yang ke 11 sayang ibu..
IbuAbah sayang princess selamanya..
Cepat jalan sayang.. IbuAbah nak bawak princess jalan tempat best best ni..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment